Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Kalam Hikmah

+7
muzafar
izzah_azzahrah
dheadz
Mahfuzah
kamalzharif
avar_counselor
insyirah
11 posters

Go to page : 1, 2, 3  Next

Go down  Message [Page 1 of 3]

1Kalam Hikmah Empty Kalam Hikmah Mon Mar 17, 2008 8:06 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan manusia: riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun berjuta batu menghalang. Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya. (",)

Salam :)
Tajuk lama posting ini ialah AYAT-AYAT CINTA dan ana menukarkan kepada KALAM HIKMAH yang bermaksud kata-kata yang berhikmah/manfaat. Semoga ruangan ini menjadi inspirasi kepada kita semua dalam menempuh kehidupan yang banyak onak dan duri. Sebagai kembara sang abid menuju ke arah pengabadian kepada SANG KHALIQ.



Last edited by insyirah on Tue Sep 15, 2009 10:37 pm; edited 1 time in total

2Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Tue Mar 18, 2008 8:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. Mereka tepu dengan masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba berdepan dnegan belaian Pencipta, sebagai tanda ingatan Nya... (",)

3Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Mon Mar 31, 2008 8:58 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Manusia seringkali beralasan. Kekurangan ilmu, masa terbatas, masih mentah, segan bergaul dan lain-lain alasan yang menghalang dari berdakwah. Terlontarnya kalimah syahadah menandakan kewajipan berdakwah terbeban di atas pundak kita. Biarpun diri sendiri masih dibelenggu kekurangan, namun sedarlah, sekerdil mana pun kita, kita tetap pendakwah!!!

Hazrat Mu'az bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Penghuni syurga tidak akan menyesal (dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun) kecuali masa di dunia yang telah berlalu tanpa zikrullah". [Hadith Riwayat Tobrani]

Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahuai maknanya. Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahuai tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya. Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya.

"Selalu benar kau manjakan matamu... memandang keindahan, kelak kau mudah menjadi pelupa... Selalukan lah pujuk matamu memandang kedhaifan, kelak kau akan jadi pengingat..." (",)

perkara untuk menjadi orang mukmin yang beruntung dan dijanjikan Allah S.W.T syurga firdaus baginya...:
1. orang-orang yang khusyu' dlm solatnya
2. orang-orang yang menjauhi perbuatan yang tiada gunanya
3. orang-orang yang menunaikan zakatnya
4. orang-orang yang menjaga kemaluannya dari berzina,homosexual dan sebagainya
5. orang-orang yang menjaga amanah yang dipikulnya
6.orang-orang yang memelihara solatnya
Sumber: surah An-nur ayat: 1-11

4Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Fri Apr 04, 2008 2:22 pm

avar_counselor

avar_counselor
Ahli Senior
Ahli Senior

ayat-ayat cinta...

good...betapa agong nya CINTA itu..

5Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Wed Apr 09, 2008 8:59 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Lidah walaupun lembut tidak bertulang, peranannya hebat sekali, boleh membunuh dan boleh menghidupkan. Boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan. Boleh menghina dan boleh memuliakan. Boleh mempesona dan boleh meliarkan. Boleh menghasut dan boleh memujuk. Maka gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya...

Bila kau bergelar DA'IE... Kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama menjadi remaja... Bak kata al-Banna..."Tanggungjawab melebihi masa yang ada" dan tarbiyah yang bersalutkan ILMU dan CABARANlah yang dapat menDEWASAkan kau.. Tapi, cukupkah jika sekadar menerima tarbiyah? Sampaikanlah pada yang lain.. Bangunlah wahai SYABAB.. Sedarlah wahai FATA.. Kita bukan memulakan perjuangan.. Tapi kita adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan... Bangkitlah wahai sahabatku.. Semoga usaha kita diberkati Allah Yang Esa.. Ya Allah el-'Azeem, robbal'arsh el-Azheem.

6Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Thu Apr 10, 2008 9:03 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah s.a.w menyatakan: Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "besegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (syak perawi hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. (Hadis riwayat Muslim)

"Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia." (Imam Al-Ghazali)

7Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Wed Apr 16, 2008 4:28 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Mutiara Kata Smile

Airmata rindu mengalir laju. Kembara musafir kerdil di bumi ini penuh ranjau dan aral. Seringkali aku lupa mengingatiMu dalam kesibukan aktiviti dan perancangan. Aku lupa mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian. Aku rindukan teman yang sering mengetuk hati ke arahMu. Aku rindukan akhlak peribadi mulia. Aku rindukan syurga yang penuh kenikmatan…Tuhanku, aku merindukan saat bertemu denganMu. Tuhanku jadikanlah akal fikiranku, tanganku, mataku, kakiku dan lintasan hatiku berada seiring dengan kehendakMu. Andai aku terleka ketuklah aku, bangunkanlah aku dari lena angan dunia yang panjang.

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahui kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang akan gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tiada jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tiada sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan yang tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan DIA MENGETAHUI apa yang kamu kerjakan pada siang hari untuk sempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian KEPADA ALLAH-lah KAMU KEMBALI, lalu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan. [6: 59-60]

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang….Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira… Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata..Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Ilmu agama akan beransur-ansur hilang : Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama.Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama',org ramai akan memilih org2 jahil sbg pemimpin mereka.Maka apabila pemimpin yg jahil itu ditanya,mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.Mereka sesat dan menyesatkan org lain." (HR Muslim)

DARIPADA Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil, pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah, insan yang hatinya terpaut dengan masjid, dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: Sesungguhnya aku takutkan Allah, insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya."

8Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Fri May 16, 2008 5:09 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- IBNUL QAYYIM-

9Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Sun May 25, 2008 6:44 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

10Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Mon May 26, 2008 7:34 pm

kamalzharif


Ahli Baru
Ahli Baru

lihat pada surah at-taubah ayat ke 24. Ayat yang menjelaskan betapa bahayanya melebihkan cinta harta benda, anak, isteri dan bermacam lagi makhluk daripada mengagungkan Allah.


Lihat juga pada surah ali-Imran ayat ke-13. Kembalilah kepada Allah jika mahu memahami erti cinta yang sebenar

11Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Thu May 29, 2008 4:19 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : "Sesungguhnya telah dipertahankan agama ini oleh para mujahidin yang terdahulu darimu, melalui pemerkasaan kekuatan iman terhadap Allah, dan zuhud dari kemewahan dunia yang fana ini, serta melebihkan ke arah tempat tinggal yang kekal abadi, mereka mengorbankan dengan darah, nyawa dan harta benda mereka di jalan yang benar, cinta untuk mati di jalan Allah dan sentiasa menyelusuri landasan pertunjuk Al-Quran".

12Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Tue Jun 03, 2008 9:51 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Kalam Hikmah Janganbersedihov9

13Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Wed Jun 18, 2008 11:33 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

"pandangan mata itu laksana anak panah beracun dr berbagai macam anak panah iblis, brgsiapa menahan pandangannya dr keindahan2 wanita, maka Allah mewariskan kelazatan dalam hatinya, yang akan dia dapat hingga bertemu dengan Allah"

14Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Wed Jun 25, 2008 8:53 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Muliakanlah rakanmu dengan kemulian yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan- Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al Husaini

Kebekuan air mata datang dari kerasnya hati,kerasnya hati itu datang dari banyaknya dosa,banyaknya dosa itu datangnya dari kerana banyaknya angan2 mencintai dunia dan cinta kepada dunia adalah sumber kepada segala dosa"

Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah JIHAD, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.

15Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Wed Jul 02, 2008 6:11 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Umar Al-Khattab berpesan:

"Hendaklah kamu berwaspada tehadap perbuatan-perbuatan maksiat daripada kewaspadaan terhadap musuh. Sesungguhnya aku lebih bimbang dengan dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kebimbanganku terhadap musuh. Sesungguhnya umat Islam mendapat pertolongan Allah lantaran kemungkaran yang dilakukan oleh pihak musuh. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara yang dimurkai Allah ketika sedang berjihad di jalan Allah."

16Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Wed Jul 09, 2008 5:26 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Kata Luqman Al-Hakim....
"Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
ramai manusia yang karam didalamnya.Bila kau ingin selamat dari karam,
layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman dan layarnya Tawakkal kepada ALLAH.

17Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Tue Jul 22, 2008 10:58 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Seandainya tidak mampu untuk membina istana dengan wang dan harta yang melimpah, binalah istana di dalam hati. Binalah istana bahagia yang dikelilingi taman-taman syukur dan redha dengan setiap nikmat pinjaman dari Allah. Suburkan bunga-bunga di taman hati dengan sifat qanaah dan tawadhuk. Binalah istana bahagia di dalam hati-hati mereka yang disayangi, nescaya mereka akan membina istana bahagia di dalam hati kita. ~ al-wardah as-syaukiyyah ~

18Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Wed Aug 27, 2008 3:10 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

jatuhkan pandangan pada laut, ombaknya berlari hingga jauh ke tengah lautan, namun akhirnya kembali mencium pantai. Tak peduli pasang atau surut. Begitu juga manusia, sejauh mana melangkah meninggalkan Allah, tapi dalam hati kecilnya sentiasa ada hasrat untuk kembali mendekati Nya. SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.

19Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Wed Nov 12, 2008 5:14 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

"Wahai Tuhan kami, jadikanlah cintaku kepada-Mu sebagai sesuatu yg paling aku sukai, dan rasa takutku pada-Mu sebagai suatu rasa yg paling dalam. Putuskanlah segala ketergantungan dunia dariku, dan gantilah dengan rasa rindu untuk berjumpa dengan-Mu. Jika Engkau memberikan kepada ahli dunia kesejukan harta mereka, maka jadikanlah kesejukan bagiku di dalam ibadahku". Crying or Very sad

20Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Mon Dec 08, 2008 8:36 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Tazkirah Hati:

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga telah bersabda : “Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan menghias-hiasinya (membuat indah dalam pandangan laki-laki sehingga ia terfitnah)”. (HR. At Tirmidzi, dishahihkan dengan syarat Muslim oleh Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi`i dalam Ash Shahihul Musnad, 2/36).

21Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Wed Feb 18, 2009 11:32 am

Mahfuzah

Mahfuzah
Ahli Baru
Ahli Baru

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,
siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,
siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara',
sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.


(Saidina Ali r.a.)
Smile

22Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Mon Feb 23, 2009 3:39 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

kata Al-Banna, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang pertama, "Suasana telah mengkehendaki untuk kita berada dalam generasi yang umatnya berebut-rebut dan bertarung dengan begitu sengit dan kemenangan sentiasa diperolehi oleh sesiapa yang telah mempunyai kekuatan. Begitu juga suasana mengkehendaki kita supaya menghadapi kesilapan yang lampau dan menelan kepahitannya. Adalah menjadi kewajipan kita untuk memperbaiki dan membalut keretakan serta menyelamatkan diri kita dan anak-anak (generasi) kita, mengembalikan kemuliaan, keagungan, menghidupkan tamadun dan ajaran agama kita".

23Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Tue Feb 24, 2009 9:42 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan Dia. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana dia menginsafi 'tanasub' yakni persesuaian batin antara dirinya dan Dia. Orang yang paling bahagia di akhirat kelak ialah orang yang paling kuat mahabbahnya kepada Allah s.w.t.. Semakin kuat mahabbah antara Muhib (pencinta) dengan Mahbubnya (yang dicintai), maka semakin besarlah nikmatnya. Puncak kelazatan itu adalah pertemuan itu. Lazat datang setelah datangnya mahabbah. Mahabbah timbul daripada makrifat. Makrifat lahir setelah hati bersih daripada renungan fikir dan zikir yang murni, puncak percintaan ialah nikmat yang mampu 'disentuhi' dan 'dikecapi' setelah mampu melihat keindahan Ilahi - Robbi. Smile

[Imam al-Ghazali ; Minhajul 'Abidin]

Wallahua'lam.

24Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Fri Feb 27, 2009 11:43 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Dahsyatnya Proses Sakaratul Maut:

"Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri".

(Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).

25Kalam Hikmah Empty Re: Kalam Hikmah Wed Mar 18, 2009 12:45 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wahai hati, tidurlah dari fikiran krn fikiran adalah perangkap hati, jgn pergi menuju Tuhan dgn membentangkan sesuatu yg tidak layak untuk Nya. [Jalauddin Ar-Rumi]

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 3]

Go to page : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum