Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

[Kelakar] Kenapa Masjid kosong?

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Wed Jan 16, 2008 7:17 pm

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
"RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,
RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG..."

(Lagu :peristiwa akhir zaman)

Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan pangung wayang (bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'...

Hati bagi kampung/bandar/negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,
Baru2 ni aku ada terima emal foward dari mat dan minah forward bertulis 'petua rumah tangga bahagía' dan salah satu isinya bertulis begini:

"Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan."

Aku kata: maaf kerana menegur, dalam keluarga islam tak de hadith atau ajaran/perintah yg suruh solat kat rumah berjemaah bersama isteri, nanti masjid kena roboh pun kita tak tau...sembahyang sunat tu, adalah...nampaknya penulis berjaya membuat perhubungan yg baik dengan isteri tapi tidak dengan masyarakat, dia tak tahu ke wanita tu boleh jadi senjata syaitan? memang keluarga dia ni 'bahagia', pasal tak yah gi masjid...

Sebab tu Nabi bagitau nak bakar je rumah org yg solat fardu kat rumah! Korang ingat Nabi datang nak bergurau ke! ( kalau aku ahli bomba, aku akan buat kajian kat rumah yg terbakar tu ,diorang punya ahli kelurga ada tak gi solat jemaah, kalau takde., memang wajar lah kata2 nabi tu...)

Seorang sahabat kata wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yg dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah.
Seorang sahabat yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga ada sorang mamat tu tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya sahabat ni (lebih-kurang)
"terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?"
Jawab mamat tu :
"aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalu kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu"

Ada satu lagi cerita seorang hamba Allah ni dapat melihat syaitan dan bertanya "macamanakah caranya nak jadi syaitan"
Syaitan kata: sunguh pelik, inilah pertama kali jumpa manusia nak jadi cam aku, apa-apapun senang je nak jadi shaitan, kau kena lengah2kan solat(tak yah pergi solat jemaaah), maka org tu kata mulai hari ini aku takkan melengah2kan solat lagi... shaitan cakap ni lah first time aku kena tipu, mulai hari ni aku takkan menasihati manusia lagi....

Malahan ada juga riwayat bagi tahu Neraka Lam-Lam dicipta utuk org yang melengah2kan solat...

Itu cerita Ancaman, Fadhilat solat jemaah pula:

Lebih kurang hadith: kalau kau nampak ada satu org yang selalu ke masjid, maka kau kena bersaksi dia tu ahli shurga,

40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam kau bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama kau memang ada sifak munafik, bukan aku kata tapi Nabi kata! (org munafik duduk neraka paling bawah!)

Ayat al quran tulis Hanya org yg memakmurkan masjid Allah org yg benar2 beriman!

Banyak lagilah!!!

Satu fakta yang dapat dari Palestin, kata org yahudi, selagi bilangan org yang datang sembahyang subuh berjemaah, tak sama dengan sembahyang jumaat berjemaah, selagi itulah palestin di bawak tapak kaki kami selamanya...

Satu hadith yag aku tak ingat sumber kat mana (kalau korang tahu tolong bagitahu) lebih kurang bermaksud begini: kalau org Islam seratus peratus solat jemaah maka Allah akan mencampakkan kegerunan pada org kapir,

La ni, org kapir tak takut lagi kat org islam sebab Allah dah cabut kehebatan islam bila org islam abaikan solat jemaah, tengok cam Amerika dengan Iraq, Serbia dgn Bosnia, Israel ngan Palestin, org bukan islam kat Malaysia dengan org islam Malaysia(kes Mohamad @ Moorthy) Sekarang ni bilangan peratusan org islam solat jemaah kat masjid tak sama dengan peratusan org islam solat jemaah zaman nabi dulu,
zaman madinah almuwarah(bercahaya-cahaya) semua org islam solat jemaah kat masjid, org munafik pun datang (Abdullah bin Ubai), org tua dan buta pun datang(Abudullah bin Mattom) dan yg uzur dan tua pun dipapah ke masjid,

Nabi , saidina Umar, saidina Ali pernah dipapah ke masjid, Sekarang ni ada gak org papah org tua, tapi bukan pergi ke masjid, tetapi pergi mengundi, 5 tahun sekali bolehlah, 5 kali seharí, Ha!!! ni baru mujahadah!

Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan satu dunia doa, "Ya Allah selamatkanlah, Palestin, Iraq, Pengkalan Pasir," tapi doa tak makbul, kenapa? Kerana umat ini telah tinggalkan cara hidup sunnah Nabi S.A.W. dan yang paling penting dan ketara: solat berjemaah.(amalan yang mula2 sekali akan di hisab, ok, yg ni lepas jugaklah yang lain2-inshaAllah)

Sepatutnya perintah Allah ni boleh menyatukan umat apbila dibuat ikut cara Nabi, tapi Sekarang ni org taat perintah Allah,
Contoh: balik kerja dan dah masuk waktu solat: nak rehat dulu, karang baru solat, bermakna korang dah taat perintah Allah tapi bukan cara Nabi, sebab tu Umat akhir zaman berpecah belah! sampai 73 dan satu saje masuk shurga
Dewasa ini, bila tiba time solat umat islam sendiri berpecah-pecah,
Ada yang solah kat rumah,
Ada yang solat lengah2,
Ada yang solat pakai niat,
Ada yang solat pakai qadha 5 sekaligus,
Ada yang tak solat,
Ada yang marah org solat
Macam2 ada, sampai 73 barangkali!

APA PUNCANYA?

Puncanya sebab korang semua belum buat keputusan.
Korang buat keputusan yang korang ni org islam (siap ada IC tu)
Tapi korang tak buat keputusan untuk taat semua perintah Allah!
Korang tak buat keputusan untuk ikut segala Sunnah Nabi!
Korang buat keputusan untuk solat jumaat berjemaah kat masjid,
Tapi korang tak buat keputusan untuk solat 5 waktu di masjid.
Kalau aku ajak korang tengok wayang hari jumaat jam 1 petang, korang akan terkejut,
Woi! ni waktu solat jumaat,
sebab korang dah buat keputusan untuk solat jumaat,
dan korang akan cakap kalau jam 4 petang boleh gak
sebab korang tak buat keputusan untuk solat asar berjemaah!
Jadi, jika aku ajak korang solat asar berjemaah pada hari jumat apa korang jawab,
eh ! tengoklanlah dulu kalau saya free, tak tau lagi...
inilah masalahnya!

KORANG BELUM BUAT KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH!,

macamamn Allah nak buat keputusan kat korang untuk masuk syurga?
Kat kedai makan pun kalau korang pergi tanpa ada keputusan nak makan apa, bila waitress tanya nak makan apa? Errrrrrrr. Makan apa ye? Apa yang best? Errr...Tapi kalau kau dah buat keputusan nak makan nasi lemak, pasti kau cakap nasi lemak daun pisang satu!!!!
Satu lagi, Kalau nenek korang panggil korang, Ali, oi Ali..., Ali mari jap tolong nenek masukkan benang dalam lubang jarum ni, dan korang buar derk aje, nenek korang panggil lagi sampai sebelas kali, aku rasa kali yg ke dua belas tentu nenek korang akan terajang dan baling masin jahit kat korang, pekak ke!!!

Begitulah jugak dengan Allah, pangil kita 5 kali sehari :
Marilah solat.............
Marilah berjaya..............

Korang buat derk ajer dan sampai umur 40 tahun pun buat derk aje, munasabahlah Allah rendam korang dalam neraka selama satu huqub untuk jumlah setiap satu bilangan solat yg korang tinggal dan satu huqub bersammaan 80 tahun....

Kalau perhatikan dalam satu taman/kampong berapa ramai yag datang solat subuh berjemaah?, 4 hingga 5 org, kalau buat nisbah, berapa? 1/1000 atau 1/5000? Ada hadith yg bagitahu dalam seribu org islam satu je yg masuk syurga tanpa hisab, bahaya nih!!!

Last, kalau korang perhatikan bila hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, Tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! Tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?

Jadi aku doakan agar aku dan korang semua dipilih oleh Allah untuk istiqamah solah berjemaah ke masjid.....

Korang dan aku, buatlah KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH, barulah Allah akan membuka segala jalan kebaikkan....

Sekian.

Ps:sembahyang mayat adalah secara berjemaah....


--
YANG penting dalam kehidupan ialah
'perjuangan' bukan kejayaan.
Perjuangan inilah yang cuba aku lakukan,
hidup tanpa belas kasihan orang lain....




fwd emel..
********************************************
dah tak benda yang boleh disangkal lagi...

2 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Thu Jan 17, 2008 10:42 am

dheadz


Admin
Admin
Betul jugak apa yang disampaikan melalaui artikel ni. Orang kita ramai yang suka sembahyang di rumah dari surau/masjid. Dah jadi tabiat, suka buat mana yg lebih senang. Kalau senang pun, nak senang lagi. Kita harus berubah...

3 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Sat Jan 19, 2008 8:58 pm

Nell


Ahli Senior
Ahli Senior
perkara pertama yg di hisab di akhirat kelak ialah solat.. hmm..

tp ramai yg Islam tp x solat.. kdg² kt u ak member² sibuk belajar tengah² mlm.. kdg² sampai ke pagi.. bukan x boleh.. boleh.. tp selalunya bila dah study time camtu.. ramai yg kantoi subuh psl tido lewat.. majoriti ak tengok camtu..

http://rawcommunity.allgoo.net/

4 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Mon Jan 21, 2008 12:13 pm

dheadz


Admin
Admin
Betul tu Lie, kalau dah berjaga hingga ke 3-4 pagi, mmg liat nak bangun sembahyang subuh. Yang eloknya, berjaga terus hingga ke Subuh, dan boleh tidur jap pas sembahyang Subuh.

Saya sekarang ni teringin nak solat berjemaah subuh kat surau dekat ngan rumah. Tapi tak terbuat lagi. Yelah, pagi2 camtu... nak sediakan diri lagi. Air pulak sejuk pagi2 camtu... Tapi waktu2 lain, insyaallah, kalau ada kelapangan.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

5 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Thu Jan 31, 2008 8:46 am

insyirah


Moderator
Moderator
Heheh, maka manfaatkan semangat HIJRAH kita nih. masih awal tahun lagi... kamon kamon bakal pemimpin umah tangga, wekap from ur dream! Bila lagi nak mula kalau bukan SEKARANG Smile Kalau ditangguh esok, esok cakap esok.. esok lagi cakap esok.. lama-lama tak terbuat lak... Uwaaaa Sad Tak mo camtuh my pren...

Just share ngan antum Smile
Kalau kita nak senang bangun awal kan, set mind kita. Itu yg 'kuat' kan kita Smile heheh, sblm tidur tu dalam gelapnya malam... Kita zikir2 sblm terlelap, pesan siap2 pada bantal "esok gerak aku sebelum subuh yeee... Jangan wat aku lalai dalam lena panjang, umur aku pendek je." Kalau lagi best, kita niatkan nak bgn kul berapa. cthnye nak bgn 5 pagi, insya Allah... kalau sungguh2 minta, Allah bagi Smile Dia Maha Mengetahui hati kita Smile

Pengalaman ana sendr, kalau nak bangun kul 5 pagi, nnt 4.55 pg terjaga.Kdg2 mcm pk gak, napa la x tunggu 5 minit lagi Very Happy Huhuhu... Kan da ckp 5 pg, bantal ni nak kene bantai sungguh... huhu. Tp bila pk2.. ada hikmahnya, nak menggeliat, berangan bla bla bla abis 5 minit... Huhu... So, try la. Set our mind Smile Bermula dengan NIAT, kemudian USAHA nak dapatkannye. Moga sukses.. Smile

aku yg fakir...


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

6 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Thu Jan 31, 2008 10:52 am

dheadz


Admin
Admin
Tima kasih banyak atas tips2 yang Insyirah beri tu, banyak manfaaaaatnya. Insyaallah, sama2lah kita berhijrah ke arah hidup yang lebih baik.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

7 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Thu Jan 31, 2008 11:51 am

insyirah


Moderator
Moderator


image ni memang dah lama orang dapat... maybe antum pun dah penah dapat kan image ni. Tp kita sama2 lupa nak amik pengajaran dr gambar ini...orang di negara bukan Islam, memperjuangkan habis2an solat mereka. Sedangkan kita di negara ISLAM ni.. [eh..eh negara islam ekk?] cukup payahhhh nak jaga solat. hatta solat jumaat tu pun ana berani potong jari la kalau ana cakap terlalu ramai orang islam tak solat jumaat kalau nak dihitung, jari tangan.. jari kaki skali tak cukup Sad Kenapa jadi cmni?? jom.. pikir dan muhasabah sendiri!


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

8 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Thu Jan 31, 2008 12:31 pm

dheadz


Admin
Admin
Tak perlulah nak potong jari Insyirah, secara amnya, mmg ramai orang lelaki islam yang tak solat jumaat pada hari jumaat kat negara ni. Macam2 alasan, itulah inilah... Islam pada zahirnya sahaja. 'Kita' masih lagi ambil endah tak endah urusan dengan Allah ni, bukan bab sembahyang jer. Hal2 lain yang disuruh pun ramai yang tak ambil peduli. Tak perlulah nak katakan satu persatu, 'kita' sendiri pun tahu. Bahkan hal2 lain yang dilarang itu jugak nak dibuat. Betapa tak bersyukurnya sesetengah orang islam 'kita' ni.

Sama2 lah kita muhasabah diri, perbaiki mana yang perlu. Insyaallah, semuanya akan bertambah baik.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

9 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Fri Feb 01, 2008 9:26 am

insyirah


Moderator
Moderator
Dalam solat, kita baca inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamin... Sebenarnye ianya adalah doa kita. InsyaAllah, yang mana selalu dilafazkan selalu... spt kita berjanji. Sebab tu solat 5 waktu, kita perbaharui janji kita dengan lafaz syahadah pd tahiyat awal dan akhir. Sebab dalam urusan seharian kita, kadang-kadang ada perkara yang kita buat [sama ada nampak atau buat2 tak nampak, atau redah aje lah..sapa je yang tau.] kita lupa nak memberi makanan pada rohani. InsyaAllah kalau jaga solat... urusan lain turut terjaga. Sesungguhnya solat itu mencegah dr kemungkaran Wink Kalau kita tetap juga melakukan dosa [yang ni kita tau-tau sendiri la.. Kita yang buat] maka koreksi diri, muhasabah mana silapnya solat kita. Hatta para abid pun merasakan kekhusyukan dalam solat setelah 40 tahun beribadah. Siapalah kita ni kan! Tp satu je yang perlu kita semua sedar...

Sesungguhnya tangisan para pendosa lebih disukai Allah dari tasbih para abid.

MasyaAllah, hebatnya... Tangisan yg lahir dari hati... Yang bertaubat sesungguhnya, lebih menemukan cahaya di hatinya. InsyaAllah. Sebab tangisannya menggegarkan hati-hati lalai... Saidina Ali B Abi Talib juga berkata: Sesungguhnya air mata yang lahir dari hati yang takutkan Allah akan membuatkan kita berpaling dari dosa-dosa. Wallahua'lam. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

10 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Tue May 13, 2008 12:49 am

think_c09


Ahli Baru
Ahli Baru
selamat sejahtera,
terima kasih kpd sahbat sekalian yg menaburkan ilmu di sini....

Smile

bukan mudah nk berubah, tp mesti kuatkan diri.
erm, terutama kpd yg terasa diri ini, tiada manusia yg mendampinginya,
seperti seorang guru yg sayang kpd anak muridnya setiap waktu, inginkan muridnya berjaya & tidak alpa dek terpedaya dgn dunia yg fana.

kadang kala teguh berdiri, tetapi di sebabkan arus kealpaan yang lebih hebat menyogok keinginan nafsu, ia tersandung bergolek ke tanah, azam & semangtnya hampir rapuh...di saat itu sekiranya keinginannya untk berubah kuat ia akan cuba melawan godaan nafsu, akan tetapi biasanya ia akan terpengaruh dgn persekitaran. & membuatkan ia alpa.
Sad

untk menguatkan diri, ku rasa seperti duduk rumah seorang diri study pun xde kawan Rolling Eyes walaupun namanya tinggal bersama insan2 tersayang/mahupun sapa2 jer la.
bgku kwn yg sentiasa berkomunikasi dgn sebaik mungkin & terasa "hapy" hanya lah di alam cyber jocolor

http://usahjemu-menuntutilmu.blogspot.com/

11 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Tue May 13, 2008 12:34 pm

dheadz


Admin
Admin
Komen yang bagus think_c09.

Memang hawa nafsu itu kuat keinginannya, dan kita tidak harus ikut melulu dengan keinginan tersebut, perlu selidiki baik buruknya tindakan kita itu nanti, jika boleh. Memang begitu lumrah duniawi, kita bukan berada di dunia yang mana semua manusia adalah bersopan santun, beradab baik dan segalanya yang baik. tapi, kita berada di dunia yang mengandungi bermacam-macam dugaan, kita kena kuatkan iman, diri dan sebagainya untuk hidup di dunia yang sebegini.

Teguhkan imanmu. Wink


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

12 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Mon Jun 30, 2008 4:17 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
Rase untuk berhijrah...memang pada mulanya sukar...Smile bukan main payah lagi nak tinggalkan tabiat lama....
bak kata insyirah kamon...kamon... bounce

sekurang2 nyer kita berniat serta berazam... Allah takkan sia2kan usaha kamu
"maka nikmat Allah yg manakah kamu dustakan"
Very Happy

mendidik diri..mendidik hati...

jangan kosongkan masjid...tapi penuhkan lah ia...
menitis air mata syaitan bila lihat rumah Allah dipenuhi hamba2Nya..
"Ya Allah..dikau tempat kami merujuk..satukan hati2 kami..."
Crying or Very sad

13 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Thu Jul 03, 2008 12:01 pm

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
macam mana mau kasi hati cerah?cerah sikit pun jadilah..dah hitam sangat ni..pakai serbuk diomod ke daia??aku ni dah kira jenis tahu apa itu tak boleh dan boleh tapi itulah aku selalu ambil jalan yang paling senang sekali walaupun tak boleh..

14 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Fri Jul 04, 2008 4:10 pm

dheadz


Admin
Admin
Haziman, itulah dia.... itu semua bergantung pada hati. Sebab tu ada pepatah, peribahasa, bidalan - ikut hati mati, ikut rasa binasa. dan lagi, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Yang pentingnya, teruskan usaha - alah biasa tegal biasa (macam motto sekolah lah pulak). Very Happy


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

15 Re: [Kelakar] Kenapa Masjid kosong? on Wed Jul 09, 2008 12:52 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Salam'alaikum, ma'alish lama sangat tak dapat posting dan aktif forum. Im so-so-so busy Embarassed Kadang kala menjenguk je tak dapat nak reply apa-apa, huhu. Komitmen dan tanggungjawab yang tergalas buat ana 'lemau' sesangat. Jenguk PC pun sekadar menjenguk, tak sempat nak bersapa khabar sahabat-sahabat kat sini. Maafkan ana yerk. Smile

Antum penah dengar kisah Luqman dan Pemerintah tentang Bahagian Yang Paling Enak di Makan? Hehehe. Kisahnya begini, pada zaman Luqman al-Hakim, ada pemerintah (sapa nama dia ek, ana lupe) yang mengarahkan Luqman sembelih lembu dan berikan bahagian yang PALING sedap untuk disajikan kepada pemerintah tersebut. Dan Luqman pun melaksanakan perintah tersebut dengan penuh amanah, dan setelah itu Luqman menyajikan LIDAH dan HATI kepada pemerintah tersebut. Maka marah la pemerintah tersebut dengan tindakan Luqman. "Apakah bahagian ini yang paling sedap? Tidak adakah bahagian lain yang lebih sedap?"

Luqman dengan penuh tawadhuk menjawab "Sekiranya 2 bahagian (lidah dan hati) dalam badan makhluk itu baik, maka baiklah keseluruhannya. Sekiranya 2 bahagian ini rosak, maka rosaklah keseluruhannya."

Subhanallah... Dapat tak iktibarnya? Wink Jagalah hati dan lidah anda...
Tazkiyyatun nafs merupakan tulang belakang kepada ISLAM, hayya 'alal FALAH...!! Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum