Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Kenapa Solat Di Tepi Dinding?

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Thu Jul 02, 2009 9:48 am

insyirah


Moderator
Moderator
Tulisan : Tintataghyir

Seusai solat saya cuba berehat sebentar seminit dua di ruang belakang surau. Lelah juga window shopping berseorangan tadi. Tujuannya hanyalah untuk membeli sehelai baju kemeja sahaja, tetapi masa memilhnya terlalu lama dek sikap cerewet dan kewangan pula tidak membantu. Para pengabdi Tuhan masih keluar masuk surau silih berganti, walaupun tidaklah terlalu ramai. Kelihatan gerak mereka sangat segera seperti mengejar masa. Surau-surau persinggahan begini sememangnya dipenuhi oleh manusia-manusia yang sibuk namun tidak sampai melupakan Tuhannya terus.

Seorang pemuda lalu di hadapan saya. Dia mengambil sejadah, lalu membentangnya di tepi dinding dan terus bersolat. Kemudian mampir pula seorang lagi pemuda. Dengan mukanya masih dibasahi air wudhuk, matanya meliar mencari sejadah yang tidak digunakan. Setelah ketemu, dibentangnya sejadah itu. Namun aneh juga, di tepi dinding jua ruang yang dipilih dan dia terus bersolat. Nampaknya tiada yang menghidupkan jemaah solat yang baharu setelah yang pertama tadi selesai.

Apabila berada di surau-surau awam sebegini, apakah yang anda perhati dan fikirkan? Kalau di pusat beli belah pasti rungutan berkisar ruang solat yang sempit atau bau tikar basah yang meloyakan. Bertambah dengan bauan stoking-stoking yang sebulan tidak dicuci. Sebelum itu lagi kita sudah merungut kerana terpaksa mencari surau yang kedudukannya terpencil. Untung ada, kalau tidak? Boleh juga jadi alasan pekerja Muslim untuk tidak bersolat. Surau-surau sedemikian sudah acap kali diperkatakan dan dipersoalkan. Sedihnya tidak semua diambil tindakan, walaupun masyarakat cukup prihatin. Namun ada juga surau yang kita singgah cukup lapang dan selesa seperti surau di R&R. Sekiranya di Mesir sudah pasti surau itu dijadikan solat Jumaat.

Apapun mereka yang datang ke surau adalah golongan yang terpuji (tidak termasuk puak yang kebas barang dan kasut di surau). Datang untuk menyembah Allah s.w.t walaupun ketika sibuk dengan urusan.

Sebab itu surau sedemikian akan sentiasa ada orang bersolat biarpun di akhir-akhir waktu. Orang yang sibuk selalunya manalah sempat untuk bersolat di awal-awal waktu. Dek kerana kesibukan itu juga lahirlah satu sikap yang seakan sebati pada kebanyakan musollin (orang-orang yang bersolat) ini.

Perangai Orang Kita

Perasan atau tidak, lazimnya mereka hanya berjemaah ketika di awal waktu sahaja. Selepas itu jika tiada jemaah yang bersembahyang, maka mereka akan bentang sejadah di tepi dinding dan solat secara individu. Itulah yang dipilih oleh dua pemuda tadi dan itu bukan kali pertama saya melihat sebegitu. Pilih dinding yang di sebelah kanan pula tu, untuk apa? Taktik agar tiada can orang yang terkemudian, boleh mengangkatnya menjadi imam.

Terdetik juga saya, tidak cukup syaratkah mereka untuk menjadi Imam solat? Tidak bersunatkah lagi mereka atau kelakian mereka masih di tahap ragu? Atau mungkinlah juga kurang keyakinan dalam bacaan. Apatah lagi bacaan imam kenalah dibaca kuat sekiranya bersolat maghrib atau Isyak. Untung solat kena baca ayat al-Quran, kalau tidak, bila lagi bibir mahu basah dengan kalam suci.

Pernah juga seorang rakan menolak untuk menjadi Imam. “Kau naiklah jadi Imam. Aku tidak boleh, seluar aku tidak terlalu bersih.”

Habis itu, jika tidak yakin seluar itu bersih, mengapa dipakai juga ketika solat sekalipun menjadi makmum (mengikut belakang imam)? Adakah syarat yakin pakaiannya bersih ketika solat, hanya untuk si Imam, bukannya makmum? Pelik juga kefahaman sebegitu.

Mereka yang ingin mengerjakan solat di surau itu semakin bertambah. Sementelah melihat ada yang menunggu,terpaksalah bangkit untuk memberi ruang pada yang lain. Ketika mahu keluar terpaksa pula menuntun di belakang seorang lelaki. Baru sahaja keluar dari surau ia terus disapa oleh wanita yang mungkin isterinya.“Kenapa lambat sangat? Berdoa panjang ke?”

“Abang berjemaah tadi, lambat sikit.”

“Saya sudah letih jaga barang dekat luar ini. Cepatlah sikit,. saya hendak sembahyang juga.”

Suaminya hanya bergumam kecil, “Masa membeli belah tadi tidak ingat pula letih.”

Mungkin itu satu penyebab, orang terpaksa lupakan pahala jemaah. Hati risaukan isteri yang menunggu di luar surau. Bersama anak-anak yang melenjit-lenjit keriangan di bawa bershopping. Atau juga tiada alasan, tetapi sudah jadi kebiasaan. Saya pernah menjadi pengunjung setia surau, ketika menjaga ayah sakit di hospital Seremban dan IJN. Setiap waktu saya akan berkejar ke surau. Suraulah tempat saya menenangkan fikiran dan menghilangkan kebosanan. Bukan mudah rupanya untuk menjaga ayah yang tengah sakit terutama kesabaran melayan emosinya.

Sekiranya tidak ramai orang saya akan beriktikaf seketika di surau. Dalam antara perhati atau tidak, sikap tidak suka menghidupkan jemaah ini tetap terlihat dengan jelas. Begitulah fenomena kebanyakan orang-orang baik di negara kita. Lagi menyebalkan melihat ada yang memilih solat bersendirian sedangkan ada jemaah solat di hadapan. Walaupun terkemudian, pelik juga solatnya lebih cepat selesai dari jemaah tadi. Husnudzon sahaja mungkin dia terlalu dikekang waktu. Atau dia bersolat qasar atau mungkin dia tidak perasan jemaah di hadapan kerana ketidaksabarannya menghadap Allah s.w.t.

Situasi ini bukan sahaja di surau-surau malah begitu juga sikap orang kita di masjid. Cumanya kadangkala tidak kelihatan apabila mereka memilh solat bersendirian di selindungi tiang-tiang masjid. Walaupun sedang musafir, atau sibuk, ia bukanlah alasan untuk menolak solat jemaah.

Perangai Orang Mesir

Di Mesir, orang arab cukup-cukup pantang melihat individu yang memilih solat sendirian sedangkan ada jemaah di hadapan. Kalau terlewat masuk masjid, perhatilah dahulu di sekeliling sebelum bersolat, agar tidak terlepas jemaah. Takut juga seusai solat nanti disergah pula oleh puak Salafi yang sememangnya suka direct menegur. Tidak terjawab.

Kadang-kadang ditunjukkan kita orang yang tengah bersolat agar mengangkat orang itu sebagai imam. Selalu juga saya diangkat menjadi imam walaupun saya sedang mengerjakan solat sunat. Tidak pasal-pasal saya pernah jadi imam solat di Masjid Nabawi. Imam muafiklah bila saya ditepuk oleh rakan. Bagi mereka, amat-amatlah rugi solat bersendirian ketika di masjid. Apalah salahnya mengangkat orang yang solat sendirian menjadi imam untuk menambah pahalanya juga. Namun tidak bolehlah ditepuk orang yang sememangnya kita tahu dan yakin ia sedang mengerjakan solat sunat.

Oleh itu bagi yang menyedari cubalah ambil dan hidupkan peluang ini. Pentingkan solat, tersangat-sangatlah bagus kalau dibandingkan dengan puak-puak yang langsung tidak ingat untuk bersujud. Namun kita upkan lagi ke tingkat pahala jemaah pula. Sekejap sahaja sebab imam tidak akan baca panjang-panjang di surau-surau awam sebegini. Lain kalau imam yang kurang sedikit kepekaannya. Habis doa tahlil pun mahu di baca. Nasib tidak doa makan sekali. Padahal di belakang sudah ramai yang menunggu untuk ambil ruang bersolat.

Sekiranya tiada jemaah sedang bersolat, buatlah jemaah baru dan kita menjadi imamnya. Sekiranya tiada sesiapa, solatlah di kedudukan yang mudah orang mengangkat kita menjadi imam. Walaupun bacaan kita tidak sebagus mana, tetapi itu bukan alasan untuk kesedaran sebegini. Kalau sudah tahu bacaan lintang pukang, tajwid panjang pendek main lunggah, bawa-bawalah mengaji semula. Pelakon yang baca tidak sesedap dan sebetul manapun berani baca ayat kursi dengan kuat dalam babak menghalau hantu. Lari juga hantu itu, tetapi dalam lakonanlah. Kalau situasi benar, silap-silap makhluk itu yang gelakkannya balik.

Berkejar ke surau itu sudah bagus, mengingati Allah itu sangat dipuji, namun mengapa tidak dikejar pahala jemaah yang dijanjikan pahala berganda? Bukankah peluangnya sudah terbuka, tinggal lagi untuk dilaksanakan sahaja. Tidak hairanlah orang kita suka berpecah dan berpuak di luar sana, kerana mereka sememangnya suka menjauhkan jemaah atau berjemaah. Jom ubah! Very Happy


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

2 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Thu Jul 02, 2009 2:36 pm

dheadz


Admin
Admin
Alhamdulillah, sempat pun habiskan baca artikel/kisah yang sememangnya amat menarik ini.

Orang 'kita' mmg macam tu, dan mmg ramai sebenarnya yang macam tu. Suka sembahyang bersendirian di sebelah kanan, atau di hujung2 saf. Mungkin ada sebab tersendiri, tapi kebiasaannya mereka2 ini (saya juga begitu dulu) tidak suka menjadi imam. Kalau sembahyang di tengah saf, ada 'can' lah jadi imam, bila orang lain masuk ke surau/masjid nanti. Pada fikiran mereka, jadi imam agak sukar sebab perlu baca doa, wirid sikit, dan kalau sebelah malam, kena dikuatkan bacaan pula... Kalau tak tahu, malulah. Tabiat sebegini sebolehnya dijauhi.

Ada juga orang 'kita' yang hebat bila berkata-kata, pandai kata itu ini, tapi bila di surau... lain pula jadinya. Liat benar nak jadi imam. Bila dipelawa utk menjadi imam, ada sahaja alasannya, kalau boleh ditolak juga pelawaan itu. Isk... isk... Tapi bila di luar surau, dialah 'ketua'. Kan bagus jika sifat 'keketuaan' itu dibawa sekali ke surau.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

3 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Thu Jul 02, 2009 5:14 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Dheadz, you make me smile ehen I read your posting Very Happy especially ayat ni:

Kan bagus jika sifat 'keketuaan' itu dibawa sekali ke surau.

Cakap mudah bagi mereka yang tak fikir natijah dari kata-kata mereka. Bagi orang yang berakal dan menggunakan akal berpandukan iman insya Allah setiap kata-kata merupakan 'amanah dan tanggungjawab' untuk dikotakan. Wallahua'lam.

Hal berkaitan dunia memang orang sanggup berebut contohnya pada bulan 6 yang lalu, kami sekeluarga having dinner di Kampung Baru, kemudian just 'wasting our time' melihat warna-warni Kuala Lumpur di malam hari. Kami duduk dalam kereta je, saja menambahkan kesesakan jalan raya di malam minggu. Razz

menuju ke Bukit Bintang, astaghfirullah hal azhim... Orang ramai beratur untuk MABUK. Rolling Eyes Just cakap pada ahli baeyt "Alangkah bestnya kalau semua yang beratur tuh adalah menuju ke masjid atau surau." Crying or Very sad

What to say? Diam jer la... Neutral


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

4 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Fri Jul 03, 2009 11:58 pm

dheadz


Admin
Admin
Apa yang buat Insyirah tersenyum baca ayat tersebut? Lain sangat ke maknanya?


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

5 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Sun Jul 05, 2009 11:00 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Saya tersenyum sebab ianya lumrah di akhir zaman, sekarang ni sesuatu yang kita tak jangka malah tak terfikir pun seringkali menlanda kehidupan kita. Tak tahu mana kesilapan yang perlu kita muhasabah. Pastinya ada kesilapan tetapiperlu kita muhasabah mana yang silap agar ianya tidak berterusan sampai ke generasi dan diperturunkan ke generasi yang lain.

Menjadi ketua bersifat keduniaan, insya Allah imbalannya segera diperlihatkan kepada kita tetapi menjadi ketua bersifat Alam Abadi, ianya tidak diperlihatkan. Sesuatu yang ghaib, sesuatu yang terhijab! Jadi, terlalu sangat la kita merasa 'lambat' untuk mendapat bonus kerja keras 'usaha' memperbaiki diri.

Apapun, mulakan dengan diri sendiri sebelum mengharap orang lain. Ubah diri sendiri, mudah-mudahan orang lain akan mampu merasai biasan dari usaha kita. Penting sekali, usaha yang terbaik dengan ikhlas. Insya Allah.

Wallahua'lam.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

6 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Sun Jul 26, 2009 4:41 pm

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
bila orang lain masuk ke surau/masjid nanti. Pada fikiran mereka, jadi imam agak sukar sebab perlu baca doa, wirid sikit, dan kalau sebelah malam, kena dikuatkan bacaan pula... Kalau tak tahu, malulah. Tabiat sebegini sebolehnya dijauhi.

ayat ni selalu di jadikan alasan rasanya.. Shocked Shocked

7 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Sun Jul 26, 2009 4:43 pm

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
minta maaf lah bertanya..

Seusai

apa makna Seusai tu..

8 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Mon Jul 27, 2009 1:53 pm

dheadz


Admin
Admin
haziman wrote:
bila orang lain masuk ke surau/masjid nanti. Pada fikiran mereka, jadi imam agak sukar sebab perlu baca doa, wirid sikit, dan kalau sebelah malam, kena dikuatkan bacaan pula... Kalau tak tahu, malulah. Tabiat sebegini sebolehnya dijauhi.

ayat ni selalu di jadikan alasan rasanya.. Shocked Shocked
Hmm.... Crying or Very sad Jadi, kita yang lelaki ni, kena la sama2 tambah ilmu ye, nanti takde la sibuk menepis ajakan untuk mengimamkan jemaah solat. Wink


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

9 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Tue Jul 28, 2009 10:00 am

insyirah


Moderator
Moderator
Salam.

[1] Orang tak nak jadi imam sebab kerana merasakan bacaannya tidak betul (dr segi tajwid)

[2] Rasanya berat menjadi ketua, tanggungjawab yang dirasakan besar (dalam hal ehwal duniawi boleh je berebut-rebut)

[3] Kalau solat jemaah nak solat cepat-cepat takut makmum 'mengata' pula.

Hmmm, jawapan-jawapan sebegini selalu je dengar. Kerana mereka (kita semua) yang meninggalkan solat jemaah TIDAK faham atau tidak tahu nilai yang sangat besar disisi Allah bila solat jemaah. Kalau di Mesir bila dah nak mula solat, budak-budak yang kecil pun pandai check saff. Dia akan berjalan di sepanjang saff tersebut untuk melihat saff sama ada lurus atau tidak. Hatta di Madinah sendiri, sekiranya kita telah solat dan orang dari belakang jalan disisi dan tengok saff tak lurus, dengan 'slumber' je dia akan tarik kita dalam erti kata lain membetulkan saff kita yang sedikit tidak lurus. Very Happy

Kerana itu, umat Islam di Malaysia zahir je nampak ramai dan bersama tetapi hakikatnya masih banyak yang lompong antara asbab utama ialah dengan meninggalkan solat jemaah. Dalam solat jemaah sendiri dah nampak bahawa setiap pengikut MESTIlah wala' (setia) pada ketuanya selagi mana ketuanya itu mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam dan sekiranya imam melakukan kesilapan maka makmum boleh menegur. Subhanallah!

Dalam SOLAT sendiri Allah dah mentarbiyyah kita.

Dalam solat pun kita boleh menegur imam yang tersilap, inikan pula pemimpin yang ada sesama manusia. Maka, itulah kebersamaan dalam Islam. Walaupun kita taat pada ketua (selagi dia mengamalkan syariat Islam) tetapi sekiranya dia melakukan kesilapan, kita boleh menegurnya. Antara lain, apabila bahu bersentuhan dengan bahu (mungkin kaki bersentuhan kaki bagi yang lelaki) badan kita akan me'neutral'kan ion positif dan negatif. Wink Kita juga akan rasa lebih bernilainya silaturrahim/persaudaraan sesama Islam.

Wallahua'lam.

p/s: USAI maksudnya SETELAH, SELEPAS Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

10 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Tue Jul 28, 2009 11:09 pm

dheadz


Admin
Admin
Thanks Insyirah kerana ulas dengan lebih mendalam. Saya juga melihat (biasanya ketika solat Jumaat), di dalam masjid yang besar, dengan ruang solat yang lapang, ramai yang tidak bersentuhan bahu, yakni merapatkan saf. Ramai lagi yang tidak peka dengan keperluan untuk rapatkan saf, bukan sahaja untuk meneutralkan ion positif dan negatif, tetapi juga untuk menghalang syaitan dari masuk di antara mereka yang solat di dalam satu saf. Kalau syaitan berjaya masuk (di tengah2 antara 2 makmum dan seterusnya yang lain), banyaklah perkara yang ia boleh lakukan, seperti melalaikan kita dalam sembahyang. Bagi yang khusyuk tu, alhamdulillah, tapi dalam dunia sekarang , berapa ramai yang khusyuk dalam solat? Kalau tak khusyuk, ditambah dengan syaitan yang mengingatkan/menghayalkan kita dengan bermacam perkara, bagaimana lah agaknya nilai sembahyang itu di sisi Allah swt ya?


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

11 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Wed Jul 29, 2009 12:41 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Subhanallah, benar tu akhi.

Masih ramai yang tidak merapatkan saff walaupun selalu diingatkan oleh imam sebelum memulakan solat kan. Ana sendiri kalau solat jemaah pasti akan menarik adik-adik di kiri dan kanan untuk merapatkan saff tetapi mereka akan kembali menjauhi tetapi apabila diterangkan kebersamaan ukhuwwah dan mengelakkan dari syaitan duduk di tengah-tengah baru lah mereka 'reda' sedikit. Iye la, kalau rapat kan haba tu terkumpul dan kalau di tempat panas semakin panas jadinya. Motivasinya, panas dunia tidak sepanas di padang Mahsyar apatah lagi panasnya neraka Allah. Na'uzubillah.

Setiap kali solat, kalau adik-adik masih tersengih-sengih untuk merenggangkan kedudukan, maka ana akan menjegilkan mata. Baru la mereka tersengih-sengih merapatkan saff. Ana rasa perkara ini perlu dididik sedari kecil, supaya bila dah baligh mereka akan lebih peka. Tetapi, bagi kita yang dah berakal (baligh) maka kita pula mesti berusaha untuk menjinakkan diri sedikit demi sedikit membetulkan keadaan apa yang tak sempat ibubapa didik kerana apabila telah berakal, kita dapat fikir dengan jelas Smile Insya Allah.

Kalau berkesempatan cari buku Bio-Mekanik Solat tulisan Dr Yusof Abbas masya ALLAH, akan lebih terasa kerdilnya diri kita kerana setiap saraf dalam badan berusaha segigihnya untuk dekat dengan Allah sedangkan kita masih alpa dalam solat. Muka tertunduk ke sejadah tapi dalam kepala, pelbagai urusan dunia yang kita fikirkan. Dalam buku tu juga dihuraikan solat dr sudut sains, berbeza dengan buku-buku lain yang menghuraikan solat khusyu' dari sudut kesufian Smile

Lagi satu, situasi masjid/surau di kampung-kampung kurang menggalakkan kanak-kanak solat di masjid/surau sedangkan kalau di bandar besar sekitar selangor (contoh yg saya nampak sendiri) satu tempat solat kanak-kanak disediakan supaya tak mengganggu jemaah yang lain dan mereka ditempatkan dengan seorang penjaga (bukan muslim) yang dipercayai (duduk di kejiranan yang sama) untuk menjaga kanak-kanak ini supaya tidak keluar dari surau. Jadi, jemaah yang dewasa solat lebih tenang dan kanak-kanak sudah dididik untuk solat berjemaah bersama. Suasana ni selalunya pada bulan Ramadhan Smile

Mudah-mudahan, penjaga non-muslim yang membantu memantau anak-anak ini akan terbuka hati untuk hidayah Allah setelah selalu mendengar kalam-kalam Allah. Subhanallah, dakwah itu kan tidak rigid maka... ajarlah anak-anak mencintai dan menjaga solat supaya usia dewasanya nanti sangat merindui khusyu' di dalam solat Very Happy

p.s: Bila cerita tentang solat, rindu sangat-sangat untuk solat jemaah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram yang boleh dikatakan setiap kali sesudah solat fardhu, ada jenazah yang disolatkan. Alangkah indahnya sekiranya meninggalkan dunia ini di tanah haram tersebut. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

12 Re: Kenapa Solat Di Tepi Dinding? on Mon Aug 24, 2009 11:34 pm

Mahfuzah


Ahli Baru
Ahli Baru
Jom solat terawih berjemaah!

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum