Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Perlukah Mengambil Ubatan Beralkohol?

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Perlukah Mengambil Ubatan Beralkohol? on Wed Jun 25, 2008 12:33 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Haruskah Mengambil Ubatan Beralkohol?
Sumber: Ustaz Saiful

Sebelum kita membicarakannya, elok rasanya kita teliti beberapa kumpulan bahan makanan yang dimasukkan alcohol semasa proses pembuatannya

Pertama : Perahan pelbagai jenis buah-buahan, susu pekat, zabadi, ragi (yis) dan lain-lain yang mengandungi kuantiti kecil alcohol, tidak lebih daripada 5% kecuali perahan anggur yang kadang-kadang tidak sampai 10%, bahan-bahn ini tidak dinamakan sebagai bahan yang memabukkan dan berdasarkan pengkategorian makanan, ia tidak termsuk dalam kumpulan minuman beralkohol atau memabukkan.

Bahan makanan yang termasuk dalam kumpulan makanan ini, pada pndangan syara' dianggap sebagai haalal lagi baik. Walaupun mengandungi kuantiti kecil alcohol, yang terhasil daripada tindak balas cepat sesetengah bahan gula dan kanji yang ada padanya. Ini kerana ia telah larut dalam cecair yang banyak, sehingga tidak ada lagi kesan rasa,warna mahupun bau. Hal ini jelas dalam teori hancur zat (al Istihlak) iaitu bahan yang yang diharamkan ddan najis apabila larut diidalam cecair yang suci lagi banyak dengan tidak meninggalkan kesan terhadap rasa, bau dan warna , perubahan ini sebnarnya 'menghilangkan sifat najis dan haram ' dari segi syara'.

Bahan makanan seumpama ini tidak termasuk dalam kaedah yang dinyatakan dalam hadith :

" Benda yang banyak yang boleh memabukkan, maka pengambilannya yang sedikit adalah juga haram" (riwayat Abu Daud)

Meminum sedikit minuman yang meabukkan membawa kepada minum banyak kerana minum banyak pada kebiasaannya di dalam waktu tertentu, tidak membawa kepada mabuk sama sekali. Hal seperti ini tidak ubah seperti meminum perahan anggur ketika awal perahannya (nabiz) yang tidak memabukkan iaitu sebelum ia menjadi 'kuat' dan hamper kepada arak. Meminum minuman ini (nabiz) menurut pandangan ulama adalah aharus walau terdapat kuantiti alcohol yang sedikit unytuk beberapa hari. Imam Nawawi menyatakan:

"..bahagian kedua perahan anggur belum kuat dan belum menjadi arak. Peringkat ini tidak ubah seperti air yang ditaruh biji tamar, zabib, misymisy atau madu kemudian menjadi manisan. Bahagian ini adalah suci berdasasrkan ijma'. Harus meminum, menjual dan melakukan urusan lain. Hadis-hadis yang yterdapat didalma assahihain (Bukhari dan Muslim )banyak seklai menjelaskan kesuciannya dana keharusan meminumnya asal saja belum menjadi bahan yang memabukkan walaupun sudah melepasi tiga hari"

Kedua: Bahan-bahan awet yang dimasukkan ke dalamnya kuantiti alcohol yang kecil yang digunakan untuk melarutkan sesetengah bahan yang tidak larut di dalam air seperti pewarna , pengawet, perasa dan lain-lain. Sebagai contoh minuman Coca colas dan pepsi mengandungi bahan untuk membuat minyak wangi, yang bberbeza antara satu sama lain yang dikira sebagai rahsia perindustrian. Ia dilarutkan didalam alcohol. Kuantiti alcohol yang terdapat di dalmnya tidak lebih dari 2 hingga 3%. Begitu juga dengan mirinda yang mengandungi pewarna ( Vena Carotin) minyak limau semulajadi. Kedua-duanyadigunakan selepas dilarutkan didalam alcohol, sebagaiman dijelaskan sebelum ini.

Didalam kategori ini, terdapat bahan-bahan makanan pada pandangan syara', dikira sebagai benda halal yang baik berdasarkan kepada teori 'Istihlak'. Memandangkan alcohol telah larut di dalam cecair yang bercampur dengannya, yang suci di mana tidak terdapat lagi sebarang rasa, warna dan bau.

Menururt resolusi Nadwah Fiqh Perubatan kali ke 8 kelolaan Pertubuhan Ilmu-ilmu Perubatan Islam di Kuwait (Mei 1995), telah memutuskan:

"Bahan makanan yang ditaruh kuantiti kecil alcohol dalam pemprosesannya bagi melarutkan sesetengah bahan yang tidak larut dalam air seperti pewarna, pengawet dan lain-lain, harus mengambilnya kerana berdasarkan knsep "umumul balwa" dan kerana kebanyakan alcohol telahpun hilang semasa pemprosesan makanan itu dilakukan"

Ketiga: Bahan-bahan makanan yang ditaruh bahan beralkohol yang memabukkan ke dalamnya seperti Rawm, Brandi, Koniak, dan lain-lain bagi menimbulkan citarasa tertentu yang digemari oleh sesetengah pengguna. Antaranya sesetengah gelatin, aiskrim, kuih muih, sesetengah chokolat, buahan yang memabukkan dan air gas.

Bahan makanan yang termasuk dalam kategori ini, kesemuanya HARAM diambil kerana mengandungi arak. Para ulama sepakat mengatakan, arak yang ditaruh ke dalam makanan yang berbentuk cecair atau beku, kemudian tidak larut di dalamnya bahkan zahir dengan nyata kesannya seperti warna , rasa atau bau, oleh itu rosaklah seluruh makanan itudan HARAM mengambilnya serta tidsak harus sama sekali menggunakannya..

Bertolak dari sini, resolusi Nadwah Fiqh kali ke 8 pada Mei 1995 di Kuwait, Pertubuhan Perubatan Islam telah memutuskan:

"Tidak harus menggunakan makanan yang mengandungi kuantiti tertentu arak walaupun kecil, lebih-lebih lagi yang dijual di Negara Barat seperti sesetengah makanan sejuk seperti aiskrim,gelatin dan buza-minuman yang diperbuat daripada sekoi- dan beberapa minuman bergas sebagai mengambil kira kaedah yang menjelaskan benda yang banyak pengambilannya yang menyebabkan mabuk, maka sedikitnya juga dikira mabuk. Tidak ada aspek kelonggaran dalam masalah ini.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

2 Re: Perlukah Mengambil Ubatan Beralkohol? on Thu Jul 03, 2008 12:35 pm

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
Perlukah Mengambil Ubatan Beralkohol?

kalau tak pilihan perlulah kot

3 Re: Perlukah Mengambil Ubatan Beralkohol? on Fri Jul 04, 2008 4:04 pm

dheadz


Admin
Admin
Dalam artikel di atas, kebanyakannya menyentuh tentang makanan. Memang kita sedia maklum, makanan yang mengandungi ciri2 arak (bau, rasa dan warna), adalah haram dimakan. Begitu juga dengan minuman.

Tapi, kemudiannya persoalan menyentuh tentang ubatan pula. Perlukah, haruskah? Pada pendapat saya, ia harus, bergantung pada keadaan kerana ubatan ini melibatkan kesihatan atau nyawa. Jika tiada sumber lain, selain ubatan beralkohol tu, bolehlah digunakan ubat itu.

Bagaimana pendapat lain?


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

4 Re: Perlukah Mengambil Ubatan Beralkohol? on Thu Jul 10, 2008 5:49 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Dheadz.. setuju..
Saya juga setuju dengan artikle insyirah.. hujja h yg ke dua...
Alkohol adalah salah satu bahan yg mudah menjadi gas walaupun dengan suhu bilik...
Ada perbalahan mengenai isu ini.. saya cuma berpegang pada satu... yg haram adalah khamar... arak yg memabukkan.. alkahol cuma salah satu element sahaja dalam arak..
Dan Alkohol ini pun perbagai jenis.. dan kategori..
Bila bahan2 berusur alkohol ini terkena haba, unsur alkohol akan hilang menjadi wap.. dan cecair tu menjadi pati/jus buah... yg manis..

Secara kiasan.. Nyira kelapa asalnya harus.. jika diperap ia bertukar sifat menjadi tuak/arak.. tapi bila tuak tu dibiarkan lebih lama ia bertukar sifat menjadi cuka.. maka cuka menjadi harus kembali..

Kalau gunakan kiasan tu.. maka hujjah 2 yg diwarwarkan insyirah agak berketepatan

http://www.umaruddin.blogspot.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum