Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

13/05/2008 - Intai jiran mandi.

3 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

113/05/2008 - Intai jiran mandi. Empty 13/05/2008 - Intai jiran mandi. Tue May 13, 2008 3:48 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Intai jiran mandi.


MUAR: Hobi seorang ‘Mat Skodeng’ yang gemar mengintip jirannya membawa padah apabila dia ditangkap polis hanya selepas beberapa hari memasang kamera yang disembunyikan pada siling bilik air utama rumah tetangganya itu di sebuah taman perumahan di Sungai Abong, dekat sini.

Tindakan lelaki berusia 29 tahun yang sudah berkahwin itu disedari jirannya yang membuat pemeriksaan selepas ternampak lubang kecil di siling sebelum menjumpai kamera kecil dan wayar yang dipercayai bersambung ke rumah lelaki berkenaan.

Mangsa berusia 31 tahun yang tinggal di rumah itu bersama isteri dan tiga anaknya kemudian membuat laporan polis, 3 Mei lalu.

Bagaimanapun, polis tidak dapat memasuki rumah itu apabila suspek dikatakan mengelak dan memberitahu dirinya berada di luar daerah tetapi berjanji pulang untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, ketika dihubungi mengesahkan lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut selepas pihaknya menerima laporan mangsa.

Katanya, polis menahan lelaki berkenaan selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah, petang Jumaat lalu.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut polis di rumah suspek itu turut menemui kamera kecil dan wayar di bilik rumahnya yang bersambung dengan bilik air rumah jirannya.

Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan baru memasang kamera itu beberapa hari sebelum tindakannya disedari oleh jirannya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Sumber: H.Metro.

**********************************************************************************

Macam-macam hal dengan persekitaran kita sekarang ni. Kalau yang dok rumah sewa tu, bagi yang perempuan tu khususnya, hati2 la dengan apa yg ada kat dalam rumah. banyak dah kes camni. Diorang pasang kameralah, itulah... takde kerja lain gamaknya.

213/05/2008 - Intai jiran mandi. Empty Re: 13/05/2008 - Intai jiran mandi. Sat May 24, 2008 1:10 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

macam2 tol org sekarang ni.....ish2 Evil or Very Mad

313/05/2008 - Intai jiran mandi. Empty Re: 13/05/2008 - Intai jiran mandi. Wed May 28, 2008 11:22 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Dunia dah moden aysa, minda manusia pun turut berkembang sama, selari dengan kemodenan yang terus berlaku. Tapi, betulkah cara yang digunakan, kita sama2 tahu impaknya.

413/05/2008 - Intai jiran mandi. Empty Re: 13/05/2008 - Intai jiran mandi. Wed May 28, 2008 10:42 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

patutnyer...guna mende2 moden ni ke arah kebaikan......
cuba belajar jadi hamba bersyukur...

513/05/2008 - Intai jiran mandi. Empty Re: 13/05/2008 - Intai jiran mandi. Wed Jun 10, 2009 3:20 am

nurul muslimah

nurul muslimah
Ahli Junior
Ahli Junior

uiks...intai jiran mndi...x ptut btol...x beradap...mcm2 org skg ni

p/s: teringat ms kecik2(drjah bape tah) dlu...sy intai umh org sbb nk cari kucing sy...tp bkn niat jahat eh.. Laughing

http://nurulmuslimah.blogspot.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum