Salam...
Baru jap ni tengok satu klip video mengenai pelajar perempuan kita bergaduh di kawasan sekolah. Ada 3 orang yang terlibat, memang lagak masing2 macam gangster. 2 orang pelajar, dengan gaya yang menggengam erat buku lima, menumbuk seorang lagi pelajar lain (agaknya, yang berbaju biasa). Kalau diikutkan cara pemakaian (memakai baju kurung), mereka adalah pelajar melayu. Yang tidak sedap dilihat, pelajar lain (lelaki + perempuan) hanya melihat tanpa cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Tambah malang, pergaduhan mereka dirakam dengan telefon bimbit. Sebab itu, ia dapat disebarkan. Mungkin nanti akan disiarkan di TV, 999 mungkin.
Ke mana hilangnya sifat2, budaya ketimuran diorang yang berlemah lembut, bersopan santun? Pelajar perempuan lak tu. Saya yang tengok ni pun terasa 'gerun' melihat perlakuan mereka. Apa nak jadi dengan pelajar kita sekarang? Apa akan jadi dengan generasi yang akan datang? Kalau sekarang hanya mungkin setakat bergaduh, tapi akan datang bagaimana pula mereka? Adakah semakin berani, sehingga yang lain tidak berani untuk masuk campur.
Saya tidak tahu apa masalah diorang, mungkin ada perkara yang membuatkan mereka jadi begitu. Ini tidak harus berlaku.