Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

telurlah ayam

+2
dheadz
haziman
6 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1telurlah ayam Empty telurlah ayam Sat Feb 16, 2008 3:05 am

haziman

haziman
Ahli Senior
Ahli Senior

Subject: Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan
(bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol
Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari
makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba
melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi...

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan
revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya...

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di
lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini
berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-
rakan.
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan
jadi lebih berhati-hati.. Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada
kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih
proaktif dan berkesan.


fwd emel

2telurlah ayam Empty Re: telurlah ayam Mon Feb 18, 2008 10:23 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Cis si mat2 pembuli jalan raya, macam2 taktik diorang ni gunakan. Lepas satu, satu cara lagi diorang ni buat, bergeliga betul diorang ni. Tapi kekretifan tu di jalan yg salah. Apa raaa...

Sama2lah kita ambil iktibar.

3telurlah ayam Empty Re: telurlah ayam Wed Feb 20, 2008 4:29 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

ish2...xbaik tol....
camnela diorg ade taktik camtu...

4telurlah ayam Empty Re: telurlah ayam Wed Feb 20, 2008 2:47 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hehehe... org yg gini selalunye setapak lebey kreatif dr kita. Smile Alangkah indahnya kalau tahap kreatif dorg disalurkan kepada perkara yg lebey bermanfaat.

5telurlah ayam Empty Re: telurlah ayam Thu Feb 21, 2008 2:52 pm

fazley

fazley
Ahli Junior
Ahli Junior

Kalau aku jadi polis tu...aku tembak jer kasi mati penjenayah tu.... Evil or Very Mad

6telurlah ayam Empty Re: telurlah ayam Tue Feb 26, 2008 5:19 pm

Nell

Nell
Ahli Senior
Ahli Senior

org kalau nak duit macamĀ² yang dilakukan.. padahal banyak lagi cara nak dapat rezeki halal.. Evil or Very Mad

http://rawcommunity.allgoo.net/

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Similar topics

-

» Ayam Tesco tidak halal !!

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum