Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

suka berleter

+3
traxx_racer
insyirah
haziman
7 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1suka berleter Empty suka berleter Sat Feb 09, 2008 7:24 pm

haziman

haziman
Ahli Senior
Ahli Senior

>> Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter.
>> Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat
>> setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak
>> sikit, berleter.

>> Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami
>> berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj.
>> Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat
>> pelbagai
>> penyakit.

>> Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni
>> tersenyum dan bagitau pada si suami.

>> "Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq".

>> "Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

>> "Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq
>> lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam".

>> "Itu saja ke haji?"

>> "Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal
>> di
>> kemudian hari."

>> "Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".

>> Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi
>> bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

>> "Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai
>> lewat
>> sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau,
>> merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."

>> Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun
>> nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.

>> Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah
>> ubat
>> yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si
>> isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni
>> buat-buat
>> baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu
>> yang
>> konon-konon buat baik ni".

>> Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri.
>> Si
>> suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana
>> ada
>> sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi
>> buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun
>> pulang ke rumah.

>> Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia
>> bangun
>> lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di
>> rumah.

>> Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada
>> leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik
>> teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak
>> boleh
>> hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun
>> berjumpa dengan Hj. Ahmad.

>> "Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh
>> tak
>> saya dapatkan balik isteri saya tu?".

>> "Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan
>> menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun
>> aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba.
>> Malam
>> ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali
>> tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang
>> buang
>> bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang
>> tarik
>> tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak
>> keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

>> Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang
>> dan
>> terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang
>> lepas.

>> Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke
>> dalam
>> perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini
>> dia
>> naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya
>> keluar.

>> Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak.
>> Tapi
>> usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku
>> ni?"

>> Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila
>> ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira.
>> Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan
>> isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

>> "Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"

>> Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku
>> duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk.
>> Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter,
>> berleter.
>> Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah
>> pergi
>> tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku
>> pun
>> dah tak tahan lagi dah".

>> Hah...moral of the story...jembalang pun tak tahan dengor org yg suka
>> berleter
>> tau!!! Laughing

2suka berleter Empty Re: suka berleter Sat Feb 09, 2008 10:49 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Smile Cerita ni mengingatkan ana pd satu kisah... Smile

3suka berleter Empty Re: suka berleter Sun Feb 10, 2008 9:57 pm

traxx_racer

traxx_racer
Ahli Senior
Ahli Senior

haha.. awat lawak sgt crita nih?
meremang bulu roma den

4suka berleter Empty Re: suka berleter Tue Feb 12, 2008 3:24 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Sayangilah pasangan, walaupun adakalanya perangainya sedikit tidak menyenangkan. itu yang kita nampak, sedikit keburukan dalam dirinya, tapi bagaimana pula dengan perangai diri kita ni? Biasanya hanya orang lain yang nampak, kalau kita sendiri nampak pun, tidak menyeluruh.

Pendek kata, terimalah seadanya apa yg ada.

5suka berleter Empty Re: suka berleter Wed Feb 13, 2008 11:31 pm

fazley

fazley
Ahli Junior
Ahli Junior

Pergh....ingatkan lawa...lawak rupenye....hehehe

6suka berleter Empty Re: suka berleter Fri Feb 15, 2008 9:22 am

avar_counselor

avar_counselor
Ahli Senior
Ahli Senior

saya suka memberi nasihat tapi kedengaran seperti meleter bagi sesiapa yang tidak terbuka utk berubah.... Very Happy

7suka berleter Empty Re: suka berleter Fri Feb 15, 2008 10:31 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Takpe, 'leterkan' saja avar... asalkan untuk kebaikan. Nak terima atau tidak, terpulang kepada individu itu sendiri. Janji, kita dah buat apa yg dirasakan perlu. Wink

8suka berleter Empty Re: suka berleter Fri Feb 22, 2008 7:45 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

bagi aysa la kan..nasihat tu perlu...


bez ke dok umah sunyi sepi....
mmg la dengar mak berleter pon rase tak tahan...
tapi bila mak tak de kat umah...rase cam rindu plak nak dengar mak berleter...
Very Happy

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Similar topics

-

» Antara Cinta dan Suka

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum