Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Koleksi lawak santai.

+6
aysarahanan
haziman
insyirah
syafinur
umaruddin
dheadz
10 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Koleksi lawak santai. Empty Koleksi lawak santai. Tue Jan 15, 2008 4:42 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Mari kita berkongsi artikel2 yang berunsur lawak, humor, jokes dan yang seangkatan dengannya di sini.

****************************************************************************************

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

Hahahahahh... Laughing



Last edited by dheadz on Mon Aug 10, 2009 2:13 am; edited 2 times in total (Reason for editing : Change from sticky to normal.)

2Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Tue Jan 15, 2008 5:07 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku:

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.

Dari baki tadi 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak.

http://www.umaruddin.blogspot.com

3Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Tue Jan 15, 2008 7:36 pm

syafinur

syafinur
Ahli Aktif
Ahli Aktif

salam.....mmg klakar btul la....sampai adik ngan mak sya ketawa sama bila membacanya

4Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Wed Jan 16, 2008 9:16 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Posting Tuan Umarudin ni ana fwd kan pada umi dan abi ana... Nak tgk apa reaksi mereka Laughing

5Koleksi lawak santai. Empty Good Lessons in Life Wed Jan 23, 2008 1:37 am

haziman

haziman
Ahli Senior
Ahli Senior

Good Lessons in Life

A junior manager, a senior manager and their boss are
on their way to a meeting. On their way through a park, they come across a wonder
lamp. They rub the lamp and a ghost appears.
The ghost says. Normally, one is granted three wishes
but as you are three, I
will allow one wish each"

So the eager senior manager shouted, I want the first
wish. I want to be in the Bahamas, on a fast boat and have no worries.
"Pfufffff and he was gone. Now the junior manager could not keep quiet and
shouted "I want to be in Florida with beautiful girls, plenty of food and
cocktails."Pfufffff and he was also gone.

The boss calmly said, "I want these two idiots back in the office after lunch at
12.35pm "

Lesson I Moral of the story

is: " Always allow the

bosses to speak first"

Standing in front of a shredder with a piece of paper in his hand.

"Listen," said the CEO, "this is a very sensitive and important document, and my secretary has left. Can you make this thing work?"

"Certainly," said the young executive. He turned the machine on, inserted the paper, and pressed the start button.

"Excellent, excellent!" said the CEO as his paper disappeared inside the shredder machine. "I just need one copy."

Lesson II - Never, never

assume that your BOSS

knows everything.

An American and a Japanese were sitting on the plane on the way to LA when the American turned to the Japanese and asked, "What kind of? ese are you?"

The Japanese confused, replied, "Sorry but I don't understand what you mean."

The American repeated, "What kind of -ese are you?"

Again, the Japanese was confused over the question.
The American, now irritated, then yelled,"What kind of -ese are you ... Are you a Chinese, Japanese, Vietnamese!, etc...... ???"


The Japanese then replied, "Oh, I am Japanese."
A while later the Japanese turned to the American and asked what kind of 'key' was he.



The American, frustrated, yelled, "What do you mean what kind of ' -kee' am I?!"



The Japanese said, "Are you a Yankee, donkee, or monkee?"

Lesson III - Never insult

anyone.

There were these 4 guys, a Russian, a German, an American and a French, who found this small genie bottle.



When they rubbed the bottle, a genie appeared.
Thankful that the 4 guys had released him out of the bottle,

He said, "Next to you all are 4 swimming pools, I will give each of you a wish.

When you run towards the pool and jump, you shout what you want the pool of water to become, and then your wish will come true."

The French wanted to start. He ran towards the pool, jumped and shouted "WINE".
The pool immediately changed into a pool of wine.

The Frenchman was so happy swimming and drinking from the pool.

Next is the Russian's turn, he did the same and shouted, "VODKA" and immersed himself into a pool of vodka.

The German was next and he jumped and shouted, "BEER".
he was so contented with his beer pool.

The last is the American. He was running towards the pool when suddenly he steps
on a banana peel. He slipped towards the pool and shouted,
SHIT!!!!!!!. ........"


Lesson IV - Think twice before you say

something,


because sometimes accidents do
happen.

6Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Thu Jan 24, 2008 1:55 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Hahahhahah... good post Haziman. Thanks.

Those lessons can be considered as jokes also. I've merged the post into 'koleksi lawak....'.

7Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Tue Jan 29, 2008 12:17 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Kisah 1 : Jgn terlalu yakin selepas pembedahan

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.
"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

Kisah 2 : Interview Lanun

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua"
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?”
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

8Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Fri Feb 22, 2008 10:34 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Koleksi lawak santai. Lawakterompahjc4

9Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Fri Feb 29, 2008 6:48 pm

haziman

haziman
Ahli Senior
Ahli Senior

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa?
* jwpn: Jadi banyak.**

*2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor mana yg lebih pjg & kenapa?
*jwpn: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah **lantai
*
3) Dari banyak banyak burung, burung mana jaga atuknya sendiri?
* jwpn: Burung belatuk aaa*

4) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ....?
* jwpn: Speedometer turun dulu**
*
5) kalu bas kemalangan n bas tu terjatuh ke dalam sungai, apa yang masih
hidup lagi walaupun bas tu dalam air...?
* jwpn: road tax dia arrr....**
*
6) kete apa yang bolih jalan dari pokok ke pokok?
*jwpn: nissan 323 (tree to tree)**
*
7) apa yang paling pandai dalam makmal?
*jwpn: termometer sebab byk degree:-p**
*
Cool Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
*jwpn: O.A.G (Orang Asli Gombak)**
*
9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
*jwpn: MAY (Bau Sabun)*


fwd emel..

10Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Mon Mar 03, 2008 5:06 am

haziman

haziman
Ahli Senior
Ahli Senior

>>*Lawak 1*


>>Suami : Kenapa Sayang menangis?
>>Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
>>Suami : Buku apa?
>>Isteri: Buku bank abanglah..

>>*Lawak 2*
>>Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
>>untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
>>budak : derma ape bang?
>>lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
>>didermakan?
>>budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
>>lelaki : ?????

>>Lawak* 3**

*>>Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan

>>pertunangan mereka.
>>Farid : Mengapa?
>>Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
>>awak mesti kembalikan semua gambar saya.
>>Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
>>awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
>>Siti : Erkkkkkk........ Benci ........
>>*Lawak 4**
*>>
>>3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut
>>tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

>>*Lawak 5**
*>>
>>Lawak ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen
>>at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la,
>>dia baru jer
>>balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia
>>betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police
>>officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at
>>the same time tu, there was an accident happen across the road. Quite
major
>>jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident
>>scene. So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran
>>off back to her car and head straight back home in Klang.
>>So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu Tanya
>>dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
>>Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
>>So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
>>Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN
>>HOUSEMATE SAYA."
>>So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
>>Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA
>>SAPA TU??"
>>Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam
>>tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira)
>>cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena
saman
>>RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
>>*Lawak 6*
>>Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan
>>pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan
>>kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya
mengunakan
>>gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
>>kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
>>Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
>>Kawan Tok Batin : ????????
>>*Lawak 7*
>>Seorang posmen yang datang menghantar surat .
>>" Assalamualaikum "
>>" Walaikumsalam "
>>" Ni rumah encik Sameon ye?
>>" Ya saya"
>>" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
>>" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

>>*Lawak 8**
*>>
>>Orang Asli Dan Polis

>>orang asli : selamat pagi tuan
>>polis : selamat pagi
>>polis : apa hal
>>orang asli : saya nak buat repot tuan
>>polis : fasal apa tu
>>orang asli : kawan saya di baham harimau
>>polis : pukul berapa
>>orang asli : dia tak pukul, terkam
>>polis : habis?
>>orang asli : tak habis, tinggal kepala
>>*Lawak 9**
*>>
>>Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
>>bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca
>>macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama
>>saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan
>>riang.
>>*Lawak 10**

*>>Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan


>>terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

>>Shan : Kenapa menangis?
>>Amin : Saya datang untuk ujian darah.
>>Shan : Awak takut ke?
>>Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
>>terpotong jari saya.
>>(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
>>Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
>>Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
>>*Lawak 11*

>>Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
>>Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
>>berwarna merah.

>>"Atok buat apa tu?".
>>"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
>>Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
>>merah tu?"
>>*Lawak 12*
>>Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat
>>punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu,
>>dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

>>Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
>>Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
>>Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
>>manakala yg ketiga disambar petir.

>>Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
>>Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

--


fwd emel

11Koleksi lawak santai. Empty before and after married Tue Jul 28, 2009 6:47 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

Before marriage.. I die for you.
After marriage..You die, up to you.
Lagi lama married.. You die I help you!

Before marriage...You go anywhere..I follow you.
After marriage... You go anywhere..up to you.
Lagi lama married...You go anywhere...better get lost!!

Before wedding - "you are my heart, you are my love"
After wedding - "you get on my nerves."

Before wedding - "you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding - "you are worse than godzila."

Before wedding - She looks like Anita Sarawak
After wedding - Don't know whether katak or biawak

Before wedding - Weekends at Cameron, Genting and Fraser's Hill
After wedding - Furthest you go is Gasing Hill

Before wedding - He opens the car door
After wedding - He opens his mouth and snores

Before wedding - She / he was your ideal
After wedding - She / he becomes your ordeal

So beware of the consequences
Just For Fun (",)

12Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Thu Sep 10, 2009 2:07 pm

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Beli Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli : “Bang, berapa harga mangga sekilo?”
Peniaga : “RM7!”
Pembeli : “Amboi, mahal sangat… RM5 sudah la!?”
Peniaga : “Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu.. lagi pun mangga
ni manis-manis!”
Pembeli : “Kalau tak manis, macam mana bang?”
Peniaga : “Kalau tak manis, tak payah bayar!”
Pembeli : “Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!”
Peniaga : “#$%@%&%????…

13Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Thu Sep 10, 2009 4:32 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

hehe...habis la lingkup orang meniagaa....adoiiyaii

14Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Thu Sep 10, 2009 4:54 pm

nurul muslimah

nurul muslimah
Ahli Junior
Ahli Junior

Psychiatrist: What's your problem?

Patient: I think I'm a chicken.

Psychiatrist: How long has this been going on?

Patient: Ever since I was an egg!

---

A frog telephones the Psychic Hotline and is told, "You are going to meet a beautiful young girl who will want to know everything about you."

The frog says, "This is great! Will I meet her at a party, or what?"

"No," says the psychic. "Next semester in her biology class."

http://nurulmuslimah.blogspot.com

15Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Sun Sep 13, 2009 9:49 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

sy kalo baca ni berulang2 kali sekalipun...tetap nak gelak
mmg klakar...hehe



PETUA TERCEKIK TULANG!!!!


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. 朒utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..

Semuanya dari Allah!!!



He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

16Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Thu Oct 01, 2009 3:00 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Pn. Sameon : Kalau tangan kita masuk duri?
Izyan : Cabut duri
Pn. Sameon : Kalau kita sakit gigi?
Izyan : Kita cabut gigi
Pn. Sameon : Kalau kita sakit kepala?
Izyan : Kita cabut kepala
Pn. Sameon : Astaqhfirullah!!

-------------------------------------------------

Huda : Tolong, rumah Rohani terbakar!!
Hanis : Saper Bakar?
Bakar : Saya Bakar..
Izza : Knp Ko Bakar?
Bakar : Entah, mak bapak aku yang bg nama.
Huda : Hanis dan Izza bengang!!

17Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Tue Nov 10, 2009 5:09 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Baru hari ini ibu masuk ruangan lawak santai ni...
Orang lain dah lama tergelak.
Ibu baru nak gelak sorang2. Laughing Laughing Laughing

18Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Tue Nov 17, 2009 11:01 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Lawak 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?

Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah

bang..

Suami :: Buku apa?

Isteri : Buku bank abanglah..

http://www.shindah.blogspot.com

19Koleksi lawak santai. Empty Re: Koleksi lawak santai. Tue Nov 17, 2009 11:02 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Lawak 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk

meminta derma.

Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun

membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada

apa-apa untuk didermakan?

budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????

http://www.shindah.blogspot.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum