Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

UPSR & PMR bakal dimansuh???

4 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1UPSR & PMR bakal dimansuh??? Empty UPSR & PMR bakal dimansuh??? Mon Jun 21, 2010 6:30 pm

joehaneyz

joehaneyz
Ahli Baru
Ahli Baru

salamualaikum wa rahmatullah...

pagi tadi saya mendengar radio Sinar.fm dan dalam segmen Sembang Sinar DJ bertugas mengutarakan isu di atas..

so, saya nak tanya pendapat antum semua yg ada dlm forum ini tentang isu ini.. adakah patut ia dimansuhkan atau dikekalkan..

pada pandangan saya, pemansuhan & pengekalannya ada pro & kontra. sekiranya ia mahu dimansuhkan, kemetrian pelajaran perlu ada satu mekanisma pengukuran penilaian pencapaian pelajar berdasarkan sistem apa. apakah pendekatan merit dimerit berasaskan pointer seperti universiti prlu diperkenalkan ataupun tidak?

kementrian pelajaran di bawah TPM, Dato' Seri Muhyidin Yasin seharusnya sedar akan implikasi jika kedua peperiksaan utama ni dimansuhkan. sekiranya ia dimansuhkan, apa pula pendekatan yg mahu diperkenalkan selepas ini?

pada saya, peperiksaan UPSR perlu dikekalkan kerana ia merupakan penanda aras pencapaian bagi pendidikan rendah. dan peperiksaan PMR pula mungkin boleh digugurkan. dan ia boleh diganti dengan sistem pendidikan yg lebih bagus. pun begitu, perlu ada kesinambungan silibus pendidikan tersebut.

walau apa pun yg kerajaan ingin lakukan, seharusnya ia perlu menitikberatkan soal tahap IQ kanak2 & remaja keseluruhannya di Malaysia & perlu dinilai adakah ia seimbang di antara pelajar bandar & luar bandar. berfikirlah secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan yg akan menentukan masa depan anak2 Malaysia kita.

wallahu a'alam...

2UPSR & PMR bakal dimansuh??? Empty Re: UPSR & PMR bakal dimansuh??? Tue Jun 22, 2010 9:17 am

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

saya pun terfikir-fikir juga, kalau dimansuhkan, diganti dengan sistem apa pula..?
Pembaharuan tak semestinya tak elok, boleh jadi lebih baik daripada sistem tedahulu. Cuma bergantunglah pada sistem baru yang diperkenalkan, adakah lebih baik atau tidak, lalu menentukan samada ianya wajar atau tidak yang lama dimansuhkan..
Dan sedikit pandangan peribadi, kadang-kadang saya terfikir bahawa upsr tak mampu menentukan tahap aras pelajar yang sebenar-benarnya, kerana pada usia 12, potensi sebenar seseorang pelajar itu belum 'timbul' sepenuhnya. Tak kurang kenalan saya yang upsr nya dulu sangat lemah, namun potensinya sangat melonjak bila menjelang pmr. Jadi, pmr kelihatan perlu untuk menilai potensi pelajar kerana pada tahap ini, potensi pelajar lebih 'solid' untuk dinilai.

http://normyislam.blogspot.com

3UPSR & PMR bakal dimansuh??? Empty Re: UPSR & PMR bakal dimansuh??? Tue Jun 22, 2010 12:58 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

perubahan yg hendak dibawa ini sesuatu yg bagus, boleh jadi antara titik perubahan penting dlm pendidikan negara, pelan pemansuhan tidak diwar warkn secara jelas kepada rakyat, jadi kita boleh membuat pelbagai andaian,

bagi saya, mungkin kerajaan hendak mereka sistem pendidikan pengkhususan, maksudnya pelajar belajar apa bidang yang mereka secara khusus sejak awal menengah lagi, siapa tahu?

https://al-insyirah.forummotion.com

4UPSR & PMR bakal dimansuh??? Empty Re: UPSR & PMR bakal dimansuh??? Wed Jun 23, 2010 11:08 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Bagi saya, jika PMR dimansuhkan tidak mengapa, kerana ada lagi SPM untuk menilai tahap kefahaman pelajar di sekolah menengah. Tapi jika UPSR dimansuhkan, tiada lagi satu penilaian kefahaman bagi pelajar di tahap sekolah rendah, dan ini tidak bagus. UPSR perlu bagi menilai seseorang pelajar itu berada di tahap mana, supaya potensi yang ada boleh dikembangkan lagi di sekolah menengah.

Lama dulu pun ada ura-ura kerajaan nak mansuhkan SPM dan digantikan dengan PMA (Penilaian Menengah Atas), tapi tak jadi juga sudahnya. Mungkin kali ini, UPSR dan PMR tidak juga dimansuhkan seperti yang diwarwarkan, siapa tahu kan? Kita nantikan bersama. Wink

5UPSR & PMR bakal dimansuh??? Empty Re: UPSR & PMR bakal dimansuh??? Wed Jun 23, 2010 12:55 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

saya dapat info, gagasan ini masih dlm peringkat cadangan lagi, x akan dilaksanakan dlm tempoh terdekat, rakyat digalakkan memberikan pandangan, mcm 1 pandangan ttg pemansuhan upsr, digantikan dgn peperiksaan khas bg mnduduki asrama, upsr mungkin akan digantikan dengan peperiksaan biasa sekolah

https://al-insyirah.forummotion.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Similar topics

-

» PPSMI dimansuh?

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum