Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Tandanya Imanmu Menipis

3 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Tandanya Imanmu Menipis Empty Tandanya Imanmu Menipis Fri Nov 06, 2009 9:03 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

"Giler ah...bangang betul budak-budak tu...siot la.."

"Woi, ko nak makan tak menatang ni, kalau ko tak nak, aku nak mentekedarah je semuanya..."

"Bodoh betul la ngko ni..aku pun nak pegi jugak, ko yang tak ajak..."

"Eleh, apa nak heran...memang mak bapak dia pun lebih kurang je bahlolnya.."

"Bapak giler laju driver tu bawak.."

TATABAHASA BARU

Saya berbangsa melayu. Bangsa timur yang terkenal dengan sifat santun, lemah lembut, bersopan dan bermacam akhlak mulia yang lain, kecuali terlalu pemalu dan pesimistik. Melayu yang masyhur dengan adab dan tatasusila. Sejarah yang berbicara membuktikan bahawa poses komunikasi masyarakt melayu pada zaman dahulu berlaku dalam keadaan yang cukup santun. Pantun dan seloka indah meniti di bibir masyarakat umum. Ganti nama yang merendah diri dan bersopan santun banyak dicatat, seperti, hamba dan tuan hamba dan sebagainya.

Masih belum pernah diajar sejak saya menghabiskan silibus pengajian bahasa melayu saya sejak dari darjah 1 sehingga tingkatan lima, tentang bahasa yang tidak sedap didengar seperti yang ada sekarang.

Dialog di atas cukup sedikit jika dibandingkan dengan istilah dan tatabahasa baru yang timbul akhir-akhir ini. Bahasa yang tempang itu melambangkan tempangnya pemikiran dan jatidiri melayu pada hari ini.

Lebih menyedihkan, ada dikalangan mereka yang bertitle ahli agama juga masih tidak mampu untuk berhati-hati dalam perkara ini. Uruf yang tidak akan dilayan kerana ianya bersalahan dengan syariat.

Lupakah melayu islam, bahawa ketua kita, Al-Rahiq Al-Makhtum, Muhammad S.A.W, pernah bersabda...?

من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا أو ليصمت
"sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengatakan perkatan yang baik, ataupun diam."


Asasnya, kita disuruh oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W untuk menjaga lisan dari menuturkan perkataan yang buruk. Meninggalkan umpat, keji mengeji, kutuk mengutuk dan sebagainya.

Namun, saya ingin juga menukilkan satu lagi hadith yang lebih 'dalam' bagi menyokong hadith di atas.

انما بعثت لاتمم مكارم الاخلاق
"Sesungguhnya akau ini diutuskan untuk menympurnakan akhlak yang mulia"


Maka, termaklum dan maaruf di kalangan kita (harapnya), bahawa pertuturan yang baik, lemah lembut, bersopan santun adalh sebahagian dari akhlaq yang mulia.

Perhatikan pula nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya yang terakam dalam kitab suci :

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (18) وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ


Pesan datuk saya ketika saya masih kecil dan kenakalan saya sedang memuncak, :

"Nak buat salah, silakan. Namun, pastikan kamu sempat bertaubat...dan ingat, jangan sampai kesalahan itu kita terlupa bahawa ia adalah kesalahan akibat dari terbiasa melakukannya."

Andai masih ada yang tidak sedar akan kebiasaan yang menyedihkan ini, bahawa bahasa dan tuturmu tidak selunak yang digariskan oleh AL-Quran dan Sunnah, sedarlah, bahawa itulah tanda imanmu makin menipis. Taqwamu semakin tumpul, basirahmu semakin berkarat, dan hatimu makin zhulumat.

Sirnakanlah ianya dengan meninggalkan maksiat, mengerjakan ibadat, dan taatlah kepada tuhan yang juga pandai melaknat. Jangan hanya tenggelam dalam illusi dan strategi yang direka-reka. Kononnya dakwah itu perlu bervariasi, sedangkan asas dakwah itu kita tinggalkannya dibelakang.

Akhirnya, pesan murabbi agung abad ini, ayahanda Syeikh Abdullah Nasih Ulwan, :

“Anakku, jangan sibuk ingin memenangkan Islam dengan strategi semata-mata sedangkan basirahmu semakin menumpul & Ibadahmu semakin berkurang. Teladanilah Abdullah Bin Mubarak yang menggandingkan semangat jihadnya dengan ketaqwaan yang mutlaq kepada Allah. Bukankah AlBanna itu seorang yang sufi lagi haraki?”

Sesungguhnya berhalus dan berhati-hati dalam menuturkan kata serta beradat, beradab dan berbudaya itu adalah lambang muslimnya muslim, lambang mukminnya mukmin, dan ianya juga adalah lambang Taqwa.

Moga sayalah yang lebih dahulu mengamalkannya.

Ihsan daripada blog HasanHusaini.com

2Tandanya Imanmu Menipis Empty Re: Tandanya Imanmu Menipis Wed Dec 02, 2009 12:13 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Assalamualaikum ,

syukran atas material yang menarik , apa pendapat ukhti tentang penggunaan kata2 yg seolah2 keras bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi yang lain, contoh natang(erm, binatang) kera... kalau kat terengganu dan kelantan, dah biasa dengan kata2 ini.

begitu juga dengan "aku" . ramai yang menganggap aku itu keras, bagi kami, biasa saja. bahkan kita bersaksi kepada Allah dengan "aku" kan?

https://al-insyirah.forummotion.com

3Tandanya Imanmu Menipis Empty Re: Tandanya Imanmu Menipis Wed Dec 02, 2009 2:18 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wa'alaikumussalam whb ya akhi Smile

Insya Allah, ikut pada kesesuaian juga la. Contohnya kalau orang Jawa, "aku" memang bahasa yang tidak keras/kasar sesama mereka jadi bila bersama dengan 'kaum kerabat' maka tidak salah menggunakan bahasa tersebut tetapi kalau dengan orang lain elakkan sebaiknya, insya Allah masih banyak bahasa pengganti diri lain. Contohnya "saya" adalah bahasa yang paling umum, semua bangsa boleh menerimanya dan ianya tidak kedengaran kasar.

Natang/nate ni memang bahasa dari Terengganu/kelantan kan? Hurm, kalau ana lah kan... [pandangan peribadi] ana tetap terasa hati kalau kawan cakap macam tu. Tapi kalau sesama mereka tu terpulang la. Very Happy

Wallahua'lam.

4Tandanya Imanmu Menipis Empty Re: Tandanya Imanmu Menipis Thu Dec 03, 2009 12:08 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Smile kalau mule2 memang tak biasa, lama2 okeyla.. hehe

https://al-insyirah.forummotion.com

5Tandanya Imanmu Menipis Empty Re: Tandanya Imanmu Menipis Thu Dec 03, 2009 6:08 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Memang terasa dekatnya dengan Allah bila menggunakan perkataan "Aku".
Ibu juga gunakan perkataan 'aku' bila berinteraksi sesama sahabat/rakan akrab ibu.
Sayang/kasihnya bagai adik-beradik sendiri pula.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum