Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

wasiat As-Syahid Syed Qutb

Go down  Message [Page 1 of 1]

1wasiat As-Syahid Syed Qutb Empty wasiat As-Syahid Syed Qutb Mon Sep 07, 2009 3:23 am

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

"Beliau adalah salah seorang mujahid
agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan
‘Rabbuna’Llah’.




MENYELAMI WASIAT SYED QUTB

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

Wasiat ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid. Jika di baca
sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya. Tetapi sebaliknya jika
dibaca berulang-ulang kali dan cuba menghayati apa maksud yang tersirat di
sebalik keindahan bait bait sajak beliau itu maka kita akan dapat merasai
kesayuan dan menangisi pemergian beliau - berkorban hatta nyawa demi Islam.
Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali
gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.

Beliau telah mengorbankan sebahagian besar hidupnya dalam mendalami Al-Qur’an
(lebih 10 jam sehari) dengan roh perjuangan dan ketegasan sikap serta pemikiran
yang cukup bernas. Hingga kini hasil penulisan beliau yang dibukukan menjadi
rujukan kepada setiap peringkat gerakan dan pencinta Islam.

Pesanan akhir beliau dirangkumkan dalam bentuk puisi/sajak dan amat menyentuh
perasaaan jika memahami maksud yang tersirat. As-Syahid Syed Qutb
mengisytiharkan bahawa tugas tugas beliau di muka bumi ini telah selesai dan
telah sampai masanya dia kembali kepada Allah SWT yang sememangnya di
nanti-nantikan. Hasil kreativiti dan penulisan beliau telah cukup menjadi saksi
beliau di hadapan Allah SWT dan menjadi bekalan dan rujukan kepada
pencinta-pencinta Islam yang akan meneruskan perjuangannya.

Pada rangkap pertama, As-Syahid amat pasti bahawa akan ada saudara-mara,
sahabat handai dan para dai yang menangisi pemergiannya (kematiannya). Beliau
yakin, tangisan itu akan menyalakan semangat atas dasar iman (nyalakan obor
buat umat ini) untuk meneruskan perjuangannya hingga berjaya. Perjuangan untuk
mendaulatkan Deen Allah di dalam kehidupan tidak akan berkahir, walaupun
perjuangannya telah kembali kepada Allah SWT. Pasti ada pejuang lain yang akan
tampil mengganti di kalangan Ikhwan yang diproses keimanannya. Beliau amat
mengharapkan para pendakwah TERUSkan kewajiban berjihad menegakkan yang ma’ruf
dan mencegah yang munkar hingga berjaya dan sekaigus menumpang Jahiliyah yang
bermaharajalela di muka bumi ini. Perjuangan itu ibarat mengenggam bara api
sampai menjadi arang (diatas tulang-tulangku yang hancur luluh) dan ibarat
lilin yang membakar demi Islam!

Rangkap kedua beliau menyatakan bahawa berakhirnya hayat beliau di tali gantung
bukan bermakna beliau telah mati. Sebaliknya beliau masih hidup di sisi Allah
SWT.

“Janganlah kamu menyangka orang yang gugur berjuang pada jalan Allah itu mati.
Sesungguhnya mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Allah.” (Ali Imran: 169)

“Kematianku adalah satu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merindu”,
merupakan ayat yang sangat indah bunyinya membawa maksud yang menyentuh
perasaan. As-Syahid seolah olah memujuk para pendakwah agar tidak terus
menangisi kehilangannya. Tidak ada apa yang perlu disedihkan kerana rohnya
sedang mengembara (perjalanan) menuju kepada Allah SWT untuk bersama roh roh
para anbiya dan para syuhada’ yang sedang menunggunya (kekasih yang sedang
merindui).

Pintu-pintu syorga terbuka luas menerima rohnya (taman-taman di syorga Tuhanku
bangga menerimaku). Perkataan BANGGA memberi maksud yang amat kuat bahawa
segala apa yang disediakan di syorga ternanti-nanti menerima kedatangan dan
kehadiran pendakwah sepertinya. Burung-burung merupakan simbolik pada para
bidadari atau mala’ikat. Mala’ikat dan para bidadari riang menyambut kedatangannya
dan melayaninya sebagai di antara tetamu yang teristimewa di syorga.
Ternyatalah bahawa di saat akhir hayatnya, As-Syahid telah terbau harum syorga
atau terbayang keadaan syorga menantinya. Dengan keyakinan itu, beliau berani
menyatakan bahawa hidupnya bahagia di alam abadi (Bahagialah hidupku di alam
abadi).

Dalam rangkap ketiga, beliau menanamkan keyakinan dan semangat terus berjuang
bahawa alam ini akan disinari fajar lagi. Tidak mustahil daulah Islam akan
tertegak lagi di muka bumi ini. Menurut keyakinannya, “puaka kegelapan pasti
akan hancur” bermaksud jahiliyah yang diwakili oleh ‘kuasa besar’ Amerika dan
Russia pasti akan tumbang. Karangan beliau ‘Masa Depan di tangan Islam’ (‘Al
Mustaqbal Lihaza Al-Din) memperkatakan tentang keyakinan itu. Kenyataan beliau
telah dibenarkan oleh reality kini bahawa kerajaan Komunis Russia telahpun
tumbang.

Beliau mengulangi lagi tentang keadaan rohnya. Jiwanya pasrah dan rela dibunuh
untuk mempertahankan kalimah “Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah” agar
sentiasa bergema di muka bumi ini. “Biarlah rohku pergi mendapatkan rindunya”
merupakan satu penekanan bahawa pengorbanan untuk menegakkan daulah Islam tidak
ada ruginya. Walaupun di dunia terasa seperti kerugian, tetapi hakikatnya roh
beruntung kerana dapat berkumpul bersama-sama roh yang merinduinya. Roh yang
sentiasa di dalam pemeliharaan Allah dan disanjung oleh Allah SWT.
"

http://izyaninsyirah.blogspot.com

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Similar topics

-

» wasiat

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum