Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Nape yer....

+2
indah
muzafar
6 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Nape yer.... Empty Nape yer.... Wed Sep 02, 2009 11:13 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Apa nak jd dgn remaja sekarang yerr....
ari tu waktu sembahyang Jumaat...ramainya dok lepak kat umah bujang
tp bila waktu gi kuliah lepas sembahyang jumaat tu...soma kelihatan bergegas ke kelas...
mmmmmm sedih lah jugak ngan perangai remaja Islam skrg ni..
Sad Sad

2Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Wed Sep 02, 2009 1:15 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Salam..
Hmm.. tu la.. saya pun kadang selalu menyaksikan ketidak boleh berfikir remaja-remaja ni.. entahla.. nak kata salah didikan mak ayah.. pengaruh kawan.. sikap sendiri... memang tak tahu nak cakap... tapi.. saya selalu ingatkan adik saya.. suami saya.. meninggalkan solat jumaat tiga kali berturut-turut tak boleh jadi wali...

Masa kat Uni dulu, memang ada yang macam tu.. kat sini.. (masa sebelum pose) bila waktu rehat pukul 1.30 saya beli makanan.. nampak ade sekumpulan lelaki memang sengaja x pergi sembahyang jumaat. melepak kat kedai makan tu lama-lama.. sambil smoking... uhuhu... tapi lain pulak kedai depan opis ni.. masuk je kul 1.. dah tutup kedai.. kadang.. ada sesetengah menggalakkan perkara ni.. tu yang masalah tu..

http://www.shindah.blogspot.com

3Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Wed Sep 02, 2009 2:30 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Semua tu terpulang pada diri sendiri, jati diri empunya badan. Kalau dirasakan itu juga yang nak dibuat, ditambah dengan hasutan rakan2, walaupun tiada hasutan syaitan di bulan puasa ini, tapi kebiasaan dalam diri itu melebihi segalanya. Sebab itu remaja kita sekarang tak ambil hirau tentang kewajipan bersolat, dan lain2 perkara yang dituntut oleh Islam.

Banyak sebab terjadinya perkara seperti ini. Apa yang kita boleh buat, ialah mungkin nasihat mereka ni sedikit demi sedikit. Bila ada yang menegur nanti, Insyaallah terbuka juga hati mereka itu untuk berubah, kan Muzafar?

4Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Thu Sep 03, 2009 1:55 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

aysa teringat ade satu cerita seorang teman di Jeddah..
jika di sana bila masuk je waktu solat ,semua kedai di tutup
jadi perkerja2 akan sama2 turun majid untuk solat.

kat tempat aysa ni,leh kira dengan jari berapa kedai aja yang tutup bila time solat.
yang tak solat jumaat tu memang ramai.dah la terang-terangan.
harap diri ini tak berburuk sangka.kerana di sini agak susah sikit nak bezakan antara muslim dan kristian.rupa mereka semua sama.wallahua`lam

mungkin remaja sekarang tak fikir tentang masa depan.mereka bakal menjadi kepala keluarga.
susah juga jika hal sebegini di pandang ringan..
moga kita semua di beri hidayah dari Allah
Smile

5Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Thu Sep 03, 2009 3:13 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Yup, moga kita semua mendapat hidayah darinya, dan juga taufiq untuk kita istiqamah dalam apa yg kita lakukan.

6Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Fri Sep 04, 2009 2:56 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

untuk menegur pun dheadz..kena ade kekuatan & keberanian juga...
bdk2 zaman skrg ni...kalo x kena cara tegur..mau die marked kita...
katanya..."Ooo berani ko tegur aku yer...jagalah ko..aku pancitkan tayar kete ko"...
MasyaAllah...tegur tang urusan Allah pun nak d ugut smpi mcm tu sekali..
dunia..dunia.. Sad

7Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Fri Sep 04, 2009 3:42 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

betul tu ayahanda..
walaupun negara itu maju dari pelbagai aspek kemodenan tapi itu tak bermakna sesuatu bangsa itu sudah maju dari segi syaksiah dan jati dirinya.

wallahua`lam

8Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Fri Sep 04, 2009 11:56 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Memang tidak dinafikan remaja zaman sekarang agak agresif, ramai yang suka membuat keputusan melulu tanpa menyedari akibat dari tindakan mereka itu. Zaman sudah berubah, tidak sama dengan cara kia membesar dahulu, dan tentunya jauh sekali bezanya dengan zaman mak ayah kita dahulu. Banyak nilai-nilai murni dalam diri yang semakin hilang, selari dengan bertambahnya kemodenan yang kita semua kecapi sekarang. Wallahualam...

Berbalik kepada sikap remaja tersebut, agak sedih juga melihat anak bangsa, seagama... berkelakuan sebegitu. Kalalaian mereka tidak mengendahkan tuntutan agama tidak boleh dipandang remeh. Kita harus lakukan sesuatu untuk membantu mereka ini. Mula-mula mungkin boleh mulakan langkah dengan memberi salam pada mereka dengan senyuman seikhlas boleh, dan kemudian mungkin juga boleh utarakan ajakan untuk sama2 menunaikan solat di masjid. Insyaallah, ajakan ke jalan yang baik, Allah akan membantu.

9Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Fri Sep 04, 2009 12:29 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum...

Teringat akan kata-kata Rasulullah s.a.w: qulil al-haq walau kana murran. (Berkata benarlah walaupun pahit)

Memang bila melihat 'fenomena' sekarang ni rasa gusar sangat memandangkan generasi sekarang adalah pemimpin di masa depan. Kalau nak tahu generasi akan datang maka generasi sekarang adalah kayu ukurnya. Bukan tak gentar atau sedih mengenangkan 'fenomena' negatif yang semakin membarah dalam masyarakat. Islam ad-deenun nasihah. Islam itu agama yang saling nasihat menasihati, dalam al-Quran sendiri Allah mengingatkan kita semua dalam surah Asr ...dan berpesanlah pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran...

Kita kena menyampaikan kebenaran kepada masyarakat tetapi dalam masa yang sama kita kena tarbiyyah diri untuk peroleh sifat sabar, berjiwa murabbi (yang ni yang susah sangat ni) sebagai da'ei. Da'ei bukanlah tetap pada status seorang ustaz/ustazah tetapi dakwah itu sangat luas pengertiannya. Untuk berdakwah, kena tahu bagaimana nak berdakwah. Tengok tak drama Cinta Sempurna dalam astro oasis, bagaimana fikiran mereka yang jauh dari agama Allah? Na'uzubillah.

Walaupun seorang ustaz muda berusaha nak mentarbiyyah remaja yang hanyut itu, bagi ana tetap nampak 'silap'nya kerana ustaz tu selalu keluar dengan perempuan tu. Crying or Very sad Walaupun di tempat terbuka (umum) tetapi ianya menimbul fitnah. Pada pandangan orang "nama je ustaz tapi keluar berdua-duaan". Tengok, betapa hebatnya FITNAH zaman sekarang ni. Dimana-mana pun mudah untuk mencipta atau menyebarkan fitnah. Na'uzubillah.

Islam ad-deenul haq. Islam itu agama haq, agama kebenaran. Bila tengok anak-anak muda sekarang, jauh di sudut hati merintih; "Ya Allah, kurniakanlah kepada kami sekeping hati yang sentiasa insaf, hati yang sentiasa ingin dekat dengan Mu, hati yang lunak kepada Mu, hati yang tidak jemu mempelajari agama Mu, hati yang menyintai Allah dan rasul Mu melebihi segala-gala isi dunia ini. Ameen ya Allah." Crying or Very sad

Kadang-kadang, saya diusik lelaki bila keluar dengan kawan-kawan perempuan. "Assalamu'alaikum ustazah. Tak jawab DOSA. Jawab GATAL." Ya Allah, selalunya diam je. Tak wajib jawab salam ajnabi Smile "Ya Allah, kurniakan kami rahmat dan maghfirah. Berikan mereka kemanisan iman. Ameen."

Kita merasa kemanisan iman, alhamdulillah. Jangan kita hanya nak rasa sendirian, cubalah untuk memberi mereka terasa manisnya iman. Supaya sama-sama mengabdikan diri pada Khaliq ya Rabbul Izzati. Smile Insya Allah. Dakwah yang TERBAIK adalah dengan akhlaq, tetapi ini juga la yang paling susah sebab kita kena rekrut diri supaya tempiasnya terasa bagi mereka yang mendekati. Insya Allah. Rasulullah sendiri pun bekerja keras supaya kita merasa manisnya iman, jangan mengalah dalam urusan dakwah Smile

10Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Fri Sep 04, 2009 12:54 pm

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

tu baru pasal solat jumaat....belum sebut pasal pakaian anak2 muda skg...

klu anak2 sedara sy tak g solat jumaat, alamatnya kena kejo dgn rotanla...ehehehe.

solat wajib tu tanggungjawab...wajib pulak namanya...buat, dapat pahala...tinggal dapat dosa...dapat dosa, balasannya neraka...nak ke masuk neraka?

http://izyaninsyirah.blogspot.com

11Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Sat Sep 12, 2009 4:28 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

td masa tazkirah sblm sembahyang tarawikh...pak imam menegur..
katanya...kanak2 & mak-paknya kelihatan ramai dtg ke masjid utk bertarawikh..
yg musyhkilnya...kemana perginya para remaja?
satu persoalan yg menarik utk d renungi..
apa nak jd ngan bdk2 ni yer...

12Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Sat Sep 12, 2009 4:47 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Remaja? mungkin ramai yang bersengkang mata main mercun, berdating (kot), pergi shopping dan macam2 lagi. Tak mustahil semua tu, masing2 ada alasan tersendiri. Tapi betul sangat2 tu, tak ramai remaja kita yang turut sema sembahyang berjemaah. Mujurlah ada juga yang sedar diri.

Memang, ramai remaja sekarang yang tidak memanfaatkan masa remaja mereka sebaiknya. Masa berlalu begitu sahaja, rugi.

13Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Sat Sep 12, 2009 4:55 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

kanak2 dr umur 2 tahun dah ade kat masjid...
anak2 peringkat umur 20thn kebwh pun ade kelihatan
remaja2 sekitar 20 keatas ni plak pi mana?

masih di 'buaian' kot...
d buai dgn keseronokan duniawi...
harap dpt menegurlah mrk2 ni..
bermula dgn saudara2 sendiri yg terdekat...

14Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Sat Sep 12, 2009 8:31 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Erk, mereka sedang mempersiapkan diri untuk mencari Lailatul Qadar la tuh, husnudzon aje lah Embarassed

15Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Sun Sep 13, 2009 5:50 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

ayahanda kena belajar berhusnudzon ni..
ada tip tak syirah??...

16Nape yer.... Empty Re: Nape yer.... Sun Sep 13, 2009 1:06 pm

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

muzafar wrote:ayahanda kena belajar berhusnudzon ni..
ada tip tak syirah??...

think positive......terhadap semua perkara....

http://izyaninsyirah.blogspot.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum