Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Penggunaan ubat, peralatan ketika puasa

2 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Penggunaan ubat, peralatan ketika puasa Empty Penggunaan ubat, peralatan ketika puasa Sat Aug 29, 2009 11:48 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Ini ada sedikit info tentang rawatan perubatan yang boleh dan tidak batalkan puasa kita. Menurut info ni, menggunakan inhaler utk mereka yang menghidapi penyakit asma boleh membatalkan puasa. Tapi kalau diperhatikan, inhaler hanya mengandungi gas yang akan masuk kebahagian tekak/dada. Saya tak yakin, adakah ini benar2 akan membatalkan puasa, atau tidak. Minta pendapat sesiapa sahaja tentang ini. Terima kasih.

------------------------------------------------------------------------------

Penggunaan ubat, peralatan ketika puasa

Bagi pesakit yang menggunakan ubat dan alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur dan faraj, huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut:


Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah:

* Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);

* Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;

* Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan ketika prosedur rawatan itu;

* Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah;

* Pendermaan atau pemindahan darah;

* Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;

* Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;

* Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;

* Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;

* Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak membabitkan proses menelan;

* Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ lain untuk tujuan analisis makmal;

* Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;

* Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;

* Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan

* Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa membabitkan kawasan rongga yang dalam.



Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:

* Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;

* Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita.

* Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (uretroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan `urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);

* Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;

* Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan

* Penggunaan bius menyeluruh yang membabitkan penggunaan gas.



Sumber: Buku Panduan Berpuasa Pesakit terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Wallahualam...

Berita Harian

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Copy dari: Penggunaan Inhaler

Ikhwah, dalam mazhab kita asy-Syafi`iyyah, di antara perkara yang membatalkan puasa adalah masuknya sesuatu `ain (unsur benda) walaupun sedikit ke dalam rongga terbuka yang biasa seperti mulut, hidung, telinga, qubul dan dubur. Perkara ini disebut adalah karya-karya fiqh mazhab kita asy-Syafi`iyyah seperti "Fathul Mu`in" yang menyatakan:-

و يفطر بدخول عين و إن قلت إلى ما يسمى جوفا

Dan batal (puasa) dengan masuknya sesuatu 'ain (benda) walaupun sedikit ke dalam apa yang dinamakan sebagai jauf (rongga).

Daripada nas kitab tersebut, dapatlah difahami bahawa jika seseorang tanpa paksaan daripada seseorang (yakni tanpa ikrah yang mu'tabarah pada syara`) dengan sengaja dan dengan tahu memasukkan sesuatu `ain, walaupun sedikit, baik berupa ubat yang diperlukannya melalui alat penyembur ubat (inhaler) ke mulut atau ke hidungnya maka batallah puasanya. Cuma bagi orang yang terpaksa melakukannya tidaklah dia berdosa kerana berbuka dari puasanya, tetapi dia kenalah mengqadha`nya pada hari lain atau jika penyakitnya tersebut tiada harapan untuk sembuh, di mana setiap siang hari hidupnya terpaksa menggunakan ubat tersebut, maka wajiblah dia mengeluarkan fidyah atas keuzurannya untuk tidak berpuasa tersebut.

Inilah hukumnya bagi seumpama penghidap asthma apabila terpaksa menggunakan inhaler sewaktu berpuasa. Dan inilah yang difatwakan oleh banyak ulama kita termasuklah oleh Darul Ifta` al-Mishriyyah melalui Syaikh Dr. Ali Jum`ah Muhammad hafizahUllah, mufti Mesir, yang menyebut antara lain:-

وكل ما دخل إلى جوف الإنسان عن طريق فتحة طبيعية مثل الفم والأنف والأذن فإنه يكون مفطرا والبخاخات التي تستعمل في مثل الحالات التي ذكرت في السؤال تدخل رزازا إلى جوف الإنسان مما يؤدي إلى فطر من استعملها وعدم انعقاد صيامه............... فإن البخاخات المستعملة في مثل هذه الحالات مفطرة للصائم

Dan setiap apa yang masuk ke dalam rongga seseorang insan melalui jalan yang terbuka secara semulajadi seperti mulut, hidung dan telinga, maka jadilah ianya membatalkan puasa. Penyembur (inhaler / spray) yang digunakan seumpama dalam situasi yang disebut dalam pertanyaan (yakni penggunaan inhaler bagi penghidap asthma) memasukkan sesuatu semburan ke rongga seseorang insan yang membawa kepada batalnya puasa sesiapa yang menggunakannya .... Sesungguhnya penyembur yang digunakan dalam situasi ini membatalkan puasa orang yang berpuasa.

Dalam fatwa beliau yang dihimpun dengan jodol "al-Kalimuth Thoyyib", Dr. 'Ali Jum`ah menyatakan pada halaman 109:-

Jika ubat yang digunakan dengan perantaraan penyembur (spray) tersebut sampai ke rongga seseorang melalui mulut atau hidung, maka ianya membatalkan puasa. Jika tidak sampai sesuatu daripadanya ke rongga, maka tidaklah ianya membatalkan puasa. Dalam situasi batalnya puasa, maka wajiblah seseorang itu mengqadha`nya pada hari-hari lain setelah hilang penyakitnya. Jika penyakitnya itu berpanjangan tanpa ada harapan untuk sembuh, maka menurut hukum syarak tidaklah wajib atasnya untuk berpuasa, tetapi dia diwajibkan mengeluarkan fidyah berupa memberi makanan untuk siang dan malam kepada orang miskin sebanyak hari yang dia tidak berpuasa itu.


Syaikh 'Athiyyah Saqr rahimahUllah, mantan ketua Lujnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif, pun menyatakan pendapat yang sama dengan yang diutarakan oleh Mufti Dr. 'Ali Jum`ah di atas. Di mana dalam himpunan fatwa beliau "Ahsanul Kalaam fi al-Fatawaa wal Ahkam", beliau menyatakan antara lain:-

فقد قال العلماء: نقط الأنف والبخار الذي يشم من إصبع الربو يبطل بهما الصيام، وإذا كان المريض لا يستغني عنهما في الصيام؛ جاز له الفطر وعليه القضاء بعد الشفاء من المرض، وإن كان المرض مزمنا لا يرجى شفاؤه كان له الفطر، وعليه الإطعام عن كل يوم مسكينا

Para ulama telah berpendapat ubat titik hidung dan wap (yakni wap ubat / nebulizer ) yang disedut oleh penghidap asthma membatalkan puasa. Apabila si pesakit terpaksa menggunakannya tatkala berpuasa, maka haruslah dia berbuka dan hendaklah dia mengqadha` puasanya setelah dia sembuh dari penyakit. Jika sekiranya sakitnya berpanjangan tanpa ada harapan untuk sembuh, pesakit tersebut tidak perlu berpuasa, dia hendaklah membayar fidyah dengan memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari (yang dia tidak berpuasa)

Begitulah juga fatwa daripada Dr. Ahmad al-Haji bin Muhammad al-Mahdi bin Ahmad bin Muhammad 'Assaf al-Kurdi, seorang ulama yang menjadi pakar syariah (fiqh) di Kuwait dan anggota lembaga fatwanya, menyatakan:-

فالبخاخ مفطر للصائم، فإذا احتاج إليه المريض حاجة كبيرة في نهار رمضان ولم يغن غيره عنه، فله الفطر ثم القضاء بعد العيد. وعند العجز الدائم عن الصوم تجب الفدية.

Penyembur ubat (inhaler) itu membatalkan puasa orang yang berpuasa. Maka apabila orang sakit itu sangat memerlukannya pada siang hari Ramadhan dan tidak ada cara lain selain daripada menggunakannya, maka dia boleh berbuka kemudian mengqadha` puasanya selepas hari raya. Sekiranya dia lemah daripada berpuasa selamanya, wajiblah dia membayar fidyah.

Selain daripada mereka-mereka di atas, ramai lagi ulama yang mempunyai pendapat yang serupa. Antaranya Syaikh Omar al-Khatib Singapura, Dr. Wahbah az-Zuhayli dan lain-lain. Di Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor dalam koleksi soal-jawab onlinenya menyatakan:-

Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan. Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib mengqada semula puasa tersebut.

Namun tidak dinafikan dalam isu penggunaan inhaler ini tidak lepas dari perbezaan pendapat. Ada segelintir ulama, terutamanya ulama Saudi @ Wahabi seperti Syaikh Bin Baz, Syaikh Utsaimin dan sebagainya, menghukumkan penggunaannya tidak membatalkan puasa. Dan dikatakan bahawa inilah juga pendapat Syaikh Yusuf al-Qardhawi. Di antara alasan mereka ialah penggunaan inhaler tidak termasuk dalam hukum makan dan minum kerana yang disedut itu diumpamakan seperti menyedut udara dan ianya tidak masuk ke dalam perut. Walau bagaimanapun dalam perkembangan yang terbaru, terdapat ulama Saudi sendiri yang telah mulai meragui fatwa yang menyatakan tidak batal tersebut dan mengambil sikap bertawaqquf dan menganjurkan agar mengamalkan ihtiyath seperti Dr. Yusuf bin Abdullah bin Ahmad al-Ahmad, anak didik Bin Baz dan lain-lain ulama yang sewaktu dengannya, beliau juga adalah pensyarah di Kuliah Syariah, Universiti al-Imam Muhammad bin Saud al-Islamiyyah, Riyadh. Menurut Dr. Yusuf berdasar kepada penyelidikan pakar perubatan, kira-kira 60% daripada apa yang disedut sampai ke perut, inilah antara sebab mengapa beliau mengambil sikap tawaqquf mengenai fatwa yang tidak membatalkan itu.

Dari dua pendapat di atas, maka kawan lebih cenderung dengan pendapat para ulama yang pertama tadi, iaitu ulama seperti Syaikh 'Ali Jum`ah (gambar beliau di sebelah), Syaikh 'Athiyyah dan lain-lainnya tadi, yang telah memfatwakan bahawa penggunaan inhaler ketika berpuasa membatalkan puasa. Ini adalah kerana ianya lebih ihtiyath. Jika dikatakan bahawa penggunaan inhaler itu tidak membatalkan kerana darurat, maka adakah seseorang yang kelaparan atau kehausan yang amat sangat sehingga memudaratkan dirinya boleh makan dan minum dan perbuatannya itu tidak membatalkan puasanya kerana darurat? Sudah tentu dia boleh makan dan minum kerana darurat tersebut tetapi batallah puasanya, maka sama jugalah keadaannya dengan orang yang menggunakan inhaler. Sungguh inilah pendapat yang berhati-hati dalam fatwa dan jauh dari sikap bermudah-mudah. Tetapi sesiapa yang hendak ikut fatwa yang mengatakan tidak batal, maka terpulanglah kat kome. Kuburnya masing-masing, pepandailah jawab.

***************************************************
Penjelasan Fatwa Mesir oleh Dr. Salim 'Ulwan al-Hasani dan Penjelasan Dr. Yusuf bin 'Abdullah al-Ahmad boleh dilihat pada youtube


link youtube ada pada link (atas sekali) berserta artikel dari blog asal

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Terima kasih Insyirah. Ada pendapat yang mengatakan batal puasa kerana menggunakan inhaler, dan ada juga yang mengatakan tidak batal puasa. Tapi, antara batal dengan tidak, eloklah kita ambil yang batal. Takut nanti, kalau kita katakan tidak batal, dan tidak juga menggantikan puasa itu, akan berdosa.

Setuju dengan pendapat di atas, baik kita cenderung untuk pilih batal, lebih baik.

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

La syukran 'ala wajib Smile

Ermh, memang terdapat khilaf ulama' dalam penggunaan inhaler (sama ada batal atau tidak) tetapi kita juga perlu melihat sudut lain antaranya siapa yang mengeluarkan fatwa tersebut. Seperti artikel di atas, fatwa membenarkan penggunaan inhaler (tidak membatalkan puasa) kebanyakannya ulama' Saudi @ Wahabi dan kisah golongan Wahabi ni sejarahnya agak panjang. Jadi, saya lebih cenderung untuk mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Ali Jum'ah, mufti Mesir. Insya Allah, mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (bukan Wahabi).

Wallahua'lam. Smile

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Similar topics

-

» ubat batuk
» Puasa adat

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum