Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

RENUNGI DAN FAHAMILAH...

2 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1RENUNGI DAN FAHAMILAH... Empty RENUNGI DAN FAHAMILAH... Fri Aug 28, 2009 3:35 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


SUBHANALLAH...

Setiap ciptaan Allah mempunyai rahsia yang tersendiri. Sama lah juga dengan kehidupan kita.

Setiap yang berlaku bukanlah perkara sia-sia sebaliknya mempunyai hikmah yang tersendiri.

2RENUNGI DAN FAHAMILAH... Empty Re: RENUNGI DAN FAHAMILAH... Sat Sep 19, 2009 11:10 am

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

ayat ni memang beri erti pada saya.. selalu angat rasa nak putus asa bila hadapi sesuatu yang berat, namun bila teringat ayat ni buat saya terfikir, siapalah saya yang berhak untuk berputus asa dan mengeluh sedangkan sedikit ujian diberikan berbanding berjuta kurniaanNya..(^_^) Sememangnya Al Quran itu penawar..subhanallah.

http://normyislam.blogspot.com

3RENUNGI DAN FAHAMILAH... Empty Re: RENUNGI DAN FAHAMILAH... Sun Sep 20, 2009 4:16 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

normyislam wrote:
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

ayat ni memang beri erti pada saya.. selalu angat rasa nak putus asa bila hadapi sesuatu yang berat, namun bila teringat ayat ni buat saya terfikir, siapalah saya yang berhak untuk berputus asa dan mengeluh sedangkan sedikit ujian diberikan berbanding berjuta kurniaanNya..(^_^) Sememangnya Al Quran itu penawar..subhanallah.

sy pun begitu jua...
seakan bagai berputus-asa n berserah aje bila di duga dgn dugaan yg berat2..
tp bila mengenangkan ayat...


muzafar wrote: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

berfikir jg byk kali jg utk berputus-asa...

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum