Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Agar diri dicintai...

5 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Agar diri dicintai... Empty Agar diri dicintai... Thu Aug 27, 2009 5:21 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

*Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya.


FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.
Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran. Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.


* Positif

Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan.
Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.


* Ceria

Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.
Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.


* Ramah

Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.
Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.
Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.


* Ringan tangan

Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan. Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.


* Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.


* Percaya diri

Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.


* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.


* Jujur

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.


Sumber – KOSMO

2Agar diri dicintai... Empty Re: Agar diri dicintai... Thu Aug 27, 2009 6:29 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

muzafar wrote:
* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.
Meminta maaf memang susah untuk diucapkan. Mungkin juga antara perkataan yang paling sukar untuk diucapkan. Rolling Eyes

Teringat satu kata2 dari satu blog, "bila marah pada seseorang, maafkan dia, dan kemudian kena beri hadiah". Barulah hati benar2 bebas dari perasaan dendam. Senyuman itu juga dikira hadiah, kan?

3Agar diri dicintai... Empty Re: Agar diri dicintai... Thu Aug 27, 2009 1:05 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

dheadz wrote:
muzafar wrote:
* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.
Meminta maaf memang susah untuk diucapkan. Mungkin juga antara perkataan yang paling sukar untuk diucapkan. Rolling Eyes

Teringat satu kata2 dari satu blog, "bila marah pada seseorang, maafkan dia, dan kemudian kena beri hadiah". Barulah hati benar2 bebas dari perasaan dendam. Senyuman itu juga dikira hadiah, kan?


kadang.. memang hanya masa yang boleh mengubat perasaan dendam tu.. dan kemaafan tu adalah subjektif dimana ia boleh terjadi dengan ikhlas dan cepat.. atau dengan ikhlas tetapi lambat... uhuhu...

Sempena bulan Ramadhan ni.. saya pun nak minta maaf kepada semua.. meminta maaf memang senang dan memafkan juga memang senang.. tetapi.. meminta maaf juga bukan sennag dan memaafkan juga bukan senang...

eheh...Smile

Tentu sekali senyum tu bukan sekadar hadiah.. ia juga sedekah.. kan... yang penting dapat membawa kebaikan...

http://www.shindah.blogspot.com

4Agar diri dicintai... Empty Re: Agar diri dicintai... Thu Aug 27, 2009 1:45 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

*Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.



Sukar bila hidup selalu demikian, adakalanya kita semakin di injak-injak.
Walauapapun, apa harus kita lakukan, jika ianya bagai api dalam sekam..
membakar dalam diam.

5Agar diri dicintai... Empty Re: Agar diri dicintai... Fri Aug 28, 2009 2:07 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

dheadz wrote:

Teringat satu kata2 dari satu blog, "bila marah pada seseorang, maafkan dia, dan kemudian kena beri hadiah". Barulah hati benar2 bebas dari perasaan dendam. Senyuman itu juga dikira hadiah, kan?


lain org..lain caranya
kalo saya...x perlu lah smpi nak beli hadiah...
ajak ngeteh (minum teh) kat mana2 warong/kedai pun dah memadai..
yg penting...persahabatan tu kekal tanpa ade perasaan marah2 lg...

andainya msh ade perasaan x puas hati...
adalah baik kiranya dpt d rundingkan bersama...
dan utk itu... harus amalkan "win-win" situation...
dimana kedua2 pihak berpuas hati dgn kptsan yg d buat...

6Agar diri dicintai... Empty Re: Agar diri dicintai... Fri Sep 11, 2009 3:00 am

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

man laa yarham, laa yurham....

siapa tidak menyayangi, tidak akan disayangi....

http://izyaninsyirah.blogspot.com

7Agar diri dicintai... Empty Re: Agar diri dicintai... Tue Sep 22, 2009 3:08 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

muzafar wrote:
* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

cuba kikiskan kisah2 silam yg pahit...
selagi x kikis...d khuatiri akan d ungkit..
bila di ungkit...maknanya dendam masih ade..

bila berdendam...sape yg rugi?
kita & org sekeliling kita akan sama2 menghadapi musibahnya...

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum