Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Slot Bersama Bapa

+8
aysarahanan
muzafar
indah
munira alhashimi
umaruddin
dheadz
izyan insyirah
insyirah
12 posters

Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

Go down  Message [Page 5 of 7]

1Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Slot Bersama Bapa Mon Aug 24, 2009 12:20 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum.

Atas permintaan (siap ada permintaan lagi, mantoppp!) maka ana membuka ruangan "Slot Bersama Bapa" iaitu bersama 3 insan yang hebat:

Cikgu Umaruddin
Pakcik RS
Pakcik Muzafar

untuk memeriahkan kolum ini. Mesti banyak pengalaman yang nak dikongsikan bersama anak-anak disini. Maka, anak-anak semua... Sila la beramah mesra dengan bapa-bapa Al-Insyirah yang penyayang lagi berilmu Smile

~ UkHuWwaH FiLLaH MeMBuRu MaRDhaTiLLaH, Insya Allah ~


101Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Sun Oct 11, 2009 11:54 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

dheadz wrote:Alhamdulillah, banyak pengajaran yang boleh kita dapati dengan bersembang mengenai duit raya ni. Mana yang kita terlepas pandang tu, yang tersilap sebelum ini, jadikan ini sebagai satu titik permulaan untuk berubah kepada yang lebih baik. Insyaallah.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah ada yang sudi terima pandangan... bukannya apa.. seperti kata Aysa.. dek disebabkan kebiasaan... dah mula jadi adat.. dikhuatiri nanti jadi adat sonsang yang bercanggah dengan syarak.. tanda2 awal dah mula..
Ziarah lebih niat nak kutip duit raya.. bukan nak eratkan silaturrahim.. bermaafan... kalau tak anak buat macam tu... Kekadang MakBapak pun terbabit.. Ada kes kan.. terdetik di hati.. "kita bagi anak2 diorang sekian banyak... anak kita dapat banyak ni aje..." berlakukan... berlaku jugakan kes beza2kan rumah ni kita bagi banyak ni.. rumah tu banyak ni pula.. Betul?
Sebab tu saya sarankan.. duit raya ni.. kalau niat nak bersedekah.. buat padan2 patut.. dan sedekahkan pada yang perlu sahaja.. jangan dijadikan amalan.. sampai jadi budaya.. Setahu saya budaya ni budaya kaum Thiong Hua saja.. Niat asal cedok budaya tu baik.. sekarang... wallahu alam bil sawab...

http://www.umaruddin.blogspot.com

102Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Mon Oct 12, 2009 9:57 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

KISAH PEMINTA SEDEKAH

[Situasi 1]

Anda disapa seorang kanak-kanak meminta sedekah dengan menjual barang-barang seperti kalender, dsb. Setiap satunya berharga RM10 (untuk kegunaan anak yatim dsb). Anda memberi RM10 dan mengambil barang tersebut lalu menyimpannya. Kemudian selang beberapa minit anda disapa lagi seorang kanak-kanak berbeza tetapi menjual barang dari produk yang sama. Anda berkata; "Saya tidak mahu. Saya sudah beli tadi." Tetapi ana tetap di rayu anak kecil itu. "Saya bagi sedekah tetapi saya tidak mahu membeli." lalu menyerahkan not RM5. Budak kecil itu protes... "Pakcik, ini RM10." Lalu anda membalas "Saya tak nak kalender ini. Terima kasih. Assalamu'alaikum." Tidak semena-mena anda dimarahi oleh budak kecil itu tetapi anda tetap berlalu pergi.

[Situasi 2]

Anda memasukkan sejumlah wang ke dalam tabung amal anak-anak yatim, kemudian anda didoakan "Semoga Allah memberkati pakcik" kemudian anda berlalu.

[Situasi 3]

Anda dipaksa 'membeli' barangan yang diinfaq kepada anak yatim sedangkan sewaktu itu hampir setiap hari anda didatangi dari 'pusat yang sama' hanya berbeza wajah yang menghampiri. Awalnya tidak kisah memberi tetapi apabila dipaksa, ana meradang dan mencemuh (lalu bermonolog dalam hati; sapa jadikan budak2 ni macam pengemis). Niat asal untuk bersedekah jadi 'lain' bila diPAKSA...

~ Situasi-situasi apakah ini? ~ Rolling Eyes

Pernah tak lalui perkara ni? Ana tetiba nak utarakan sebab semua bercerita mengenai sedekah.

103Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Mon Oct 12, 2009 10:14 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Faham sangat dan rasa2 tahu sangat apa yang dimaksudkan...
Senang ceritalah.. Setiap perbuatan tu bermula dengan niat.. Bab jual kalender tu betul2 nak jual atau umpan nak duit... Betul2 ke nak bina dan biaya Madrasah.. rumah anak yatim atau sebaliknya.. Ingat tak dulu ada kes.. kemalangan yg mengakibatkan kematian pelajar2 ni.. sepatutnya mereka pergi menelaah .. tapi keluar untuk cari duit.. Penyelia pusat dah disoal-siasat.. tak pasti pula apa hasil kes siasatan..
Sama juga kes.. pusat tertentu kerap hantar.. tapi setaip kali guna orang lain..

Persoalan saya.. mengapa mereka begitu tegar buat demikian.. Adakah penyelia tu tak takut hukum hakam syariah... Adakan pemantauan kita lemah.. atau terlalu mudah simpati sehinggakan kita juga syubahah... tapi yang paling dimuskhili... Di mana perginya dana baitul mal yang berbillion2 tu.. nape tak leh nak disalurkan ke badan2 sedemikian sehingga perlu anak2 berminta2 sedekah..dan simpati?

http://www.umaruddin.blogspot.com

104Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Tue Oct 13, 2009 10:10 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wa'alaikumussalam whb Ayahanda Umaruddin (nampaknya kita berdua saja di Al-Insyirah)

Iya benar, semua persoalan itu benar. Tetapi, seorang teman yang sedang berusaha mendirikan madrasah (secara sendiri) mempunyai banyak sangat kerenah birokrasi, contohnya dari sudut politik (try avoid tapi tak boleh). Dalam satu kes, pakcik saya seorang pengarah akademik Yayasan Pulau Pinang (diasaskan oleh DS Anwar semasa beliau menjadi menteri pelajaran) kemudian disebabkan politik atasan, yayasan mengalami masalah sangat teruk dari segi kewangan. Pakcik naik turun pejabat menteri, kemudian seorang menteri pantas berkata: "Senang, you join BN kita akan bagi you duit untuk bayar semua hutang yayasan, kita akan bantu." - Hutang ini ialah hutang sewa bangunan dsb.

Key word, you join us, we will try to handle (or settle?) this probs. Huhuhu... Dulu macam pelik juga sebab Yayasan semuanya bumiputera. Ermh, kemudian dah tak ada perkembangan, yayasan pun dah tutup sekarang ni. Smile Bila kawan sendiri yang turun naik pejabat minta bantuan dirikan madrasah, ermh... susah sebenarnya Smile

Jadi, saya fikir patut la anak-anak yang sepatutnya belajar, mereka mencari duit untuk menampung hidup. Tapi, saya kurang setuju sebab kalau pengasas pusat/madrasah/umah anak yatim nak buka, mereka perlulah ikhtiar untuk 'menghidup'kannya tanpa menggunakan anak-anak ini. Dari satu sudut mereka belajar erti kehidupan tetapi dari sudut lain, mereka seakan digunakan.

Allah lebih mengerti.. Wallahua'lam.

p/s: Ada seorang kanak-kanak yang bersembang dengan sahabat saya di sebuah surau cakap beliau TIDAK PERNAH belajar di sekolah, sebaliknya tour serata negeri mencari sumbangan orang ramai. Semata-mata menghafaz Quran dan penghafalannya sangat baik, beliau mengingati no talifon sahabat saya tanpa mencatit dimana-mana. Wallahua'lam.

105Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Tue Oct 13, 2009 3:13 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Setuju sangat.. memang kurang wajar digunakan anak2 untuk mencari wang...
Apa yang cuba diterapkan pada anak2 ni? Budaya meminta2? Budaya lepak kat kompleks? Walhal mereka asalnya dari jurusan ugama..
Apa pula tanggapan kafirun? Adakah ugama kita ni rata2 umatnya miskin sehingga nak jalankan kelas pun kena meminta2.. Maaf kekadang saya pandang terlampau jauh.. teliti.. menjangkau semua sudut... Bukan disengajakan tapi berkat Rahmah yang diberi berpandangan meliputi semua sudut.. walaupun lihat sekali imbas..

http://www.umaruddin.blogspot.com

106Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Thu Oct 15, 2009 3:08 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Saya tidak setuju dengan amalan menggunakan kanak-kanak meminta sedekah (menjual kalendar dan sebagainya) untuk bantu biayai kos pusat pembelaran mereka. Ini seakan satu perbuatan yang tidak kena pada tempatnya. Kanak-kanak itu dihantar belajar ke tempat tersebut untuk mendapat ilmu, bukan untuk mendapat simpati ramai dengan menjual barangan lain. Sudah tentu ibu bapa kanak-kanak ini membayar yuran pembelajaran mereka ini, kalau tidak banyak pun pasti ada sedikit jumlahnya.

Kalau tidak cukup dana untuk tampung kos yang ada, patut diusahakan cara lain selain dari mengaharapkan anak-anak ini membantu dengan cara meminta sedekah. Kalau tidak boleh juga teruskan pusat pembelajaran itu tanpa bantuan kenak-kanak ini, mungkin jalan yang ada adalah dengan menutup sahaja pusat ini. Itu lebih baik daripada niat nak belajar, hendak cari ilmu, dan akhirnya berkesudahan dengan suatu yang lain dari niat asal tadi.

107Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Fri Oct 16, 2009 8:13 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum... tuan.. perkara ni bukan setahun dua.. dah lama sangat berlaku..
Kalau tak silap tanggapan saya.. sekolah yang dimaksudkan dah lama ujud.. dah lama buat macam ni.. Rasa2nya tak masuk akal masih tak cukup dana nak tampung..
Saya takut.. cara ni walaupun bertopengkan jualan.. tapi lebih menjurus pada simpati.. beri sedekah.. dan kalau ikut hadith Rasulullah SAW.. yang maksudnya.. yang meminta sedekah sebab nak tambahkan dana.. harta. menjurus pada menambah bara.. batu api neraka.. Nauzubillah..

http://www.umaruddin.blogspot.com

108Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Fri Oct 16, 2009 10:37 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Betul juga tu, takkanlah dengan dana yang sedia ada, ditambah dengan hasil pungutan derma itu tidak juga mencukupi untuk tampung segala kos. Tak bagus kalau ada agenda lain di sebalik itu semua. Kalau ada, memang dah lari dari niat asal buka pusat pembelajaran tersebut. Wallahualam.

109Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Sat Oct 17, 2009 9:01 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum Smile

Selalunya yang berterusan mengumpul dana ialah madrasah yang dihuni oleh anak-anak yatim, derma yang diberikan bukan saja untuk menggerakkan madrasah (untuk terus 'bernyawa') bahkan duit sumbangan itu juga untuk makanan harian mereka jadi itu adalah faktor kenapa kutipan derma dilakukan sepanjang tahun, ada madrasah yang hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai. Sekiranya bergaul dengan mereka maka kita akan lebih faham situasi mereka, berdampingan dengan golongan begini kita akan sangat terasa betapa mewahnya hidup kita. Mereka makan sehari sekali saja. Itupun kalau ada beras, sebab itu mereka sangat bergantung kepada sumbangan orang ramai.

Tetapi kasihan pada anak-anak ini yang rasa nasibnya terbela oleh pengasas malangnya pada sisi lain, hakikatnya anak-anak ini sendiri yang 'membela' nasib mereka. Wallahua'lam. Tetapi, apabila berjumpa kanak-kanak ini, kalau tidak mahu memanjangkan sumbangan, cukuplah kita membeli makanan dan berikan kepada mereka kerana duit sumbangan mungkin beliau akan simpan untuk diberikan kepada pihak yang menguruskan mereka, jadi berikan makanan supaya mereka dapat merasa apa yang selama ini mereka hanya mampu melihat. Kegembiraan mereka tatkala mendapat makanan itu, kita sendiri pun tak jangka 'semanis' itu... Smile

Wallahua'lam.

110Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Sun Oct 18, 2009 8:48 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Bab ni kena bezakan Madrasah... sekolah ugama/pondok.. Mereka menang tiada dana dan benar2 mengharapkan sumbangan.. tapi seingat2 saya... belum pernah la saya dengar penyelia2 institusi ni membenarkan pelajar2 keluar meminta2.. atau berselindung dengan 'menjual' kalender.. poster.. buku...
Wallahualam bil sawab..

http://www.umaruddin.blogspot.com

111Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Thu Oct 29, 2009 4:17 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Assalamualaikum bapa2 Al-Insyirah.. Umarruddin, Muzafar dan dheadz.
Salam ingatan ...salam sejahtera dari ibu buat kalian.

112Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Mon Nov 02, 2009 9:32 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Wa Alai Kum Mus Salam Wa Rahmatullah..
Sihat Alhamdulillah.. Didoakan Akak macam tu juga..

http://www.umaruddin.blogspot.com

113Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Wed Nov 04, 2009 4:32 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Terima kasih Umar. Doa adalah pemberian yg terbaik.

Di doakan kesejahteraan buat Semua Warga Al-Insyirah.

114Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Thu Nov 05, 2009 11:30 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum..
Kak .. kita kan hamba.. sebagai hamba.. yg termampu cuma memohon pada yg Esa.. melalui doa.. Kan dalam AlQuran Nur Karim pun penuh doa.. AlFatihah tu sendiri ada doa..
Kalau kita tak berdoa.. tak memohon.. tu bagaikan kita nak melawan tuan.. Nauzubillah..

http://www.umaruddin.blogspot.com

115Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Thu Nov 05, 2009 7:22 pm

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Assalamu'alaikum kak..

jengok2 lar sini slalu kak...
dah lar kat sana pun akak dah x bertandang...
rasa mcm hilang seri skit tanpa akak..
Smile Smile

116Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Sun Nov 08, 2009 1:19 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Betul tu kak.. jengah sekejap pun jadi...

http://www.umaruddin.blogspot.com

117Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Tue Nov 10, 2009 9:07 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum, sebagai seorang bapa.

Apa pandangan untuk perancangan musim cuti sekolah yang akan bermula tak lama lagi? Very Happy

118Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Tue Nov 10, 2009 11:45 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

insyirah wrote:Assalamu'alaikum, sebagai seorang bapa.

Apa pandangan untuk perancangan musim cuti sekolah yang akan bermula tak lama lagi? Very Happy
Assalamualaikum...
InsyaAllah akan cuba bawa mereka bersolat jemaah di surau..
InsyaAllah akan cuba ajar mereka matapelajaran yg mereka agak lemah..
InsyaAllah akan cuba ajar mereka kemahiran hidup... kemas rumah.. memasak.. basuh pakaian..
InsyaAllah akan cuba kenal mereka asal usul mereka.. kenal sanak saudara di kampung..

http://www.umaruddin.blogspot.com

119Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Tue Nov 10, 2009 4:26 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

muzafar wrote:Assalamu'alaikum kak..

jengok2 lar sini slalu kak...
dah lar kat sana pun akak dah x bertandang...
rasa mcm hilang seri skit tanpa akak..
Smile Smile
WaalaikumSalam...
InsyaAllah...
akak akan jengah. Sebab ramai anak2 tersayang di sini.

120Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Tue Nov 10, 2009 4:28 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

umaruddin wrote:Assalamualaikum...
Betul tu kak.. jengah sekejap pun jadi...

WaalaikumsalamWarahmatullah....
Terima kasih.... Jika rajin, akak jengah lama2.

121Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Wed Nov 11, 2009 4:40 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. kalau dah singgah lama.. berile teguran satu dua.. yg mana patut.. Kita manusia tak lari dari tersilap dan terlupa..

http://www.umaruddin.blogspot.com

122Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Thu Dec 03, 2009 6:18 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Assalammualaikum kepada bapa2 Al_Insyirah.
Dah lama ibu tidak singgah melawat kalian.

123Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Sat Dec 12, 2009 5:50 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

bapa2 insyirah lama dah tak nampak....

sibuk bercuti bersama anak2 tercinta agaknya.maklumlah cuti sekolah..hihi

manfaatkan cuti bersama yang tersayang...

124Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Sat Dec 19, 2009 11:23 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Maaf lama menghilang diri.. kat2 2 minggu.. lepas marking.. cuti bersama keluarga seminggu.. Alhamdulillah dapat kembali.. bukannya bawa diri atau merajuk...

http://www.umaruddin.blogspot.com

125Slot Bersama Bapa - Page 5 Empty Re: Slot Bersama Bapa Mon Dec 21, 2009 8:08 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wa'alaikumussalam Smile

Alhamdulillah, bercuti ke mana tu ayahanda Umar? Very Happy
Saya pun baru je balik dari Johor terus ke Rompin dan terlajak ke Kuantan. Hehehe, malam tadi baru sampai rumah. Insya Allah esok nak ke Terengganu pula Very Happy cuti-cuti malaysiaaaaaaa Wink

Sponsored content



Back to top  Message [Page 5 of 7]

Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum