Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Pengalaman Berpuasa

4 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Pengalaman Berpuasa Empty Pengalaman Berpuasa Thu Aug 13, 2009 11:21 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb Smile

Memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi, hihi. Insyirah dengan suka hati nak buka topik untuk sahabat-sahabat kongsikan pengalaman berpuasa tak kira la puasa sunat mahupun puasa Ramadhan dari kecil hingga sekarang. Very Happy

Sebelum tu, Insyirah masukkan satu artikel mengenai puasa dulu yer. Moga bermanfaat.

~ Ramadhan: Pelampung Ajaib ~

"Tolonggggg!!!"

Kedengaran suara gempita para penumpang berbaur dengan dentum petir, di atas laut yang bergelora di tengah pekat malam hujan turun dengan lebat, kapal mewah seberat 90,000 tan yang menghentam terumbu karang di tengah lautan itu pecah, berputar deras seperti mesin basuh dan membedal segalanya.

"Aduh� Sakitnya!!!"

Bunyi jerit kesakitan di mana-mana, rontaan mencari nafas begitu sukar, gelutan menyabung nyawa adalah segala-galanya kini, bunyi desir ribut berdengung serta ombak yang pecah terhempas dan serpihan objek pecah dari kabin beradun membentuk pusar hitam pekat dalam seribu gelora.

Penumpang termasuk anak-anak kapal bertarung dalam pusar itu hanya berfikir untuk menyelamatkan diri sendiri. Nun, di dalam peti besi di bilik-bilik mewah yang telah musnah tersimpan barang-barang berharga, namun tiada siapapun terlintas untuk ambil peduli.

Dalam keadaan getir ini mereka menggapai apa saja yang boleh untuk terus kekal terapung. Itulah satu-satunya jaminan keselamatan yang ada. Setiap mereka memikirkan tentang pelampung keselamatan yang boleh menyelamatkan mereka pada saat gawat ini. Alangkah mahalnya harga sebuah pelampung keselamatan bagi mereka kini, mungkin lebih mahal dari intan permata yang terkunci di dalam peti-peti besi itu!

Bagaimana nasib mereka kemudian? Di dada lautan segalanya terserah...

Kita sebentar tadi terjun dalam gawat penuh gelora, sebuah drama penuh cemas kisah antara hidup dan mati, kisah kapal yang pecah di tengah lautan dan perjuangan untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.

Walau hanya dalam beberapa saat, kita dapat membayangkan betapa dahsyat dan gawatnya keadaan itu.

Mahkamah Allah

Namun, satu hakikat yang perlu kita sedar adalah, setiap kita bakal gawat yang lebih dahsyat dari apa yang telah digambarkan tadi. Ia adalah kegoncangan hari kiamat dan saat kita dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihitung segala amal yang telah dilakukan ketika di dunia.

Allah menggambarkan keadaan yang gawat itu melalui beberapa ayat di antaranya:

"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu; sungguh kegoncangan hari kiamat adalah suatu kejadian yang sangat dahsyat.

Ingatlah pada hari itu kamu melihat kegawatannya, semua perempuan yang menyusui melepaskan apa yang disusui dan setiap perempuan yang hamil akan keguguran kandungannya dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk tetapi mereka menyaksikan azab Allah yang sangat keras." (Al-Haj: 1-2)

Kegawatan hari tersebut adalah kerana setiap manusia akan berhadapan dengan mahkamah Allah. Seluruh amalan mereka akan dihitung, manusia akan diperlihatkan apa sahaja yang telah dilakukannya sama ada baik atau buruk.

Pada saat itu manusia akan berasa gembira seandainya ia menyaksikan kembali setiap kebaikan yang pernah dilakukannya ketika di bumi dahulu. Namun, ketakutan mengambil ruang apabila dipertontonkan kepadanya seluruh keburukan, dosa dan maksiat yang pernah dikerjakan dahulu. Setiapnya telah bersedia untuk menerima hukuman. Di dalam bebola mata pula telah tergambar betapa ngerinya neraka, tempat pembalasan yang menunggu bagi ahli maksiat dan pelaku dosa!

Dalam proses perhitungan, sekiranya seseorang itu melakukan dosa terhadap manusia, maka amal soleh yang dikerjakan dahulu terpaksa dijadikan kafarah (penebus). Pahala dari amal baiknta terpaksa diserahkan kepada orang-orang yang ia lakukan dosa ke atasnya. Keadaan ini digambarkan oleh Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. :

Rasulullah bertanya kepada para sahabat. "Siapakah orang yang muflis?"

Kami menjawab, "Orang muflis ialah orang yang tidak punya wang dan harta benda." Rasulullah menjawab, "Golongan muflis dari umatku adalah mereka yang pulang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa, zakat. Dia datang, sedang dia memfitnah, menuduh dan menumpahkan darah. Akan diambil segala kebaikannya bagi menebus dosa. Sekiranya habis kebaikan sedangkan dosanya masih ada maka akan diambil dosa orang lain lantas dicampakkan ke wajahnya lalu ia dilontar ke dalam neraka Jahanam." (HR Muslim)

Dalam sebuah syair Arab ada menukilkan:

"Setiap sesuatu yang hilang itu sukar tetapi seandainya seseorang itu luput amalannya pada hari kiamar itu terlebih sukar."

Nukilan syair ini menggambarkan tentang nasib manusia apabila mereka dibicarakan pada hari pembalasan.

Penyelamat Terakhir

Ketika itu setiap orang tentunya berharap agar ia terselamat. Satu-satunya yang boleh menyelamatkan mereka pada hari itu adalah amal soleh yang dikerjakan ketika hidup dahulu. Dalam masa yang sama, keadaan yang paling menakutkan adalah luputnya pahala amalan kerana terpaksa menebus dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Bolehlah dibuat anologi, memiliki ganjaran dari amal-amal soleh seperti memiliki barang-barang yang sangat berharga, namun apabila saat bertukar gawat pada ketika itu apa yang diharapkan bukan lagi barang berharga tetapi pelampung keselamatan bagi menyelamatkan nyawa dalam keadaan getir.

Apakah pelampung keselamatan bagi manusia pada hari akhirat nanti?

Di dalam sebuah hadis qudsi Allah ada menggambarkan: "Setiap amalan itu menjadi kafarah kepada seseorang hamba melainkan amalan puasa. Puasa adalah untuk KU dan Aku akan mengganjarinya." (HR Imam Ahmad)

Daripada hadis qudsi ini, Allah menggambarkan bahawa keistimewaan tertinggi ibadah puasa kerana ia menjadi penyelamat terakhir bagi seorang hamba Allah. Seluruh amalan lain akan menjadi kafarah tetapi tidak puasa!

Kerana itu kata Sufyan bin Uyainah, dalam begitu banyak kelebihan tentang puasa yang ditawarkan oleh Allah maka tawaran ini adalah yang terhebat. Jika begitulah kedudukan puasa pada bulan Ramadhan maka ia perlu dilalui dengan penuh keinsafan tentang fadilatnya, bersyukur kerana berpeluang menyambutnya serta melakukannya bertunjangkan iman dan bermatlamatkan taqwa.


Amat malang sekiranya peluang melalui Ramadhan kali ini dilakukan secara sambil lewa dan dilalui tanpa memenuhi tuntutannya. Sia-sialah tawaran hebat ini dan terabailah penyelamat terakhir bagi manusia. Akhirnya puasa jadi tidak berharga dan tidak berupaya menyelamatkan, seperti di dalam hadis tentang manusia muflis yang digambarkan oleh Rasulullah tadi. Ia seperti menyediakan satu pelampung keselamatan yang bocor, nanti akan tenggelam dan lemas segala harapan.

RaMaDhaN KaReeM...!

2Pengalaman Berpuasa Empty Re: Pengalaman Berpuasa Thu Aug 13, 2009 11:38 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Erm.. pengalaman berpuasa ek... Erm... nak cerita tentang adik indah... nama dia Seri Hayati.. Pernah masa tu sekolah mengah, dalam pukul 430 macam tu.. tapi cuaca masa tu mendung dan gelap yang amat sangat... mak Indah suruh seri ke kedai beli barang.. jadi dia pun pergilah.. balik2 je dr kedai.. dengar la azan dekat tv.. dia pun kelam kabut la... tanya saya .. dah bukak puase ke long.. . kan dah azan tu.. dia punyer la percaya.. die terus la ke dapur.. mujur mak ada kat dapur.. elok je dia ada kat dapur die terus la nak cr air.. mak sy tanya.. nak buat apa.. dia kata nak buka puasa.. mak pun cakap la.. cuba tengok jam pukul berapa.. dia pun tengok.. uhuhu.. baru pukul 430 masa tu.. dia pun ke depan semula.. sambil mengejar saya yang memang dah lari dr td.. ehehe... saya bukan niat nak tipu dia terus.. saya nak bergurau je dengan adik masa tuh... Ehehe.. nakal saya ni...

Tapi kenangan tu mmg saya ingt lagi... sebab kesian kat die penant tercungap-cungap br balik dr kedai kan ms tuh... Smile

Ade pernah masa tuh dia kecik lagi.. belum sekolah pun lagi.. dia puasa jugak.. saya pun saje la sakat dia... saya cakap.. kenapa adik nampak segar je ni.. adik x pUASE EK.. dia pun jawbla.. puale la.. adik puase.. sy pun bls lg.. abes tuh.. along tengok semacam je... adik minum air yer... minum air paip yer.. die pun jawab.. mane ade... adik cuma telan air liur je.. huhuhu.. lps tu puas sy nganadik sy yg lelaki tergelak sakan... lucu sungguh masa tu.. adik saya ni.. lurus rupenyer orangnya...

http://www.shindah.blogspot.com

3Pengalaman Berpuasa Empty Re: Pengalaman Berpuasa Sun Aug 16, 2009 11:16 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Pengalaman berpuasa memang banyak, yang seronok, yang tak berapa seronok... semua ada. Kebiasaannya ramai orang yang akan cerita kisah manis, lucu, dan macam-macam lagi. Biasalah tu... kenangan.

Bagi saya, saya masih teringat pengalaman berpuasa ketika masih di sekolah rendah, darjah berapa tak ingat, tapi kecil lagi waktu tu. Masa tu, kat dapur dengan seorang rakan ni, tak sedar tangan ni ambil la seekor ikan bilis dari pinggan, yang dah siap digoreng, terus masuk ke dalam mulut (tak ingat masa ni puasa). Tengah kunyah, dan kawan ni nampak lalu tegur, "tak puasa ke". Gulp, tergamam seketika, rasa takut sangat pasal dalam hati terfikir, "batal ke puasa aku?". Terus seram sejuk, naik atas rumah, dan terus baring berselubung, takut punya pasal.

Itulah pengalaman berpuasa yang masih ingat sampai sekarang.

4Pengalaman Berpuasa Empty Re: Pengalaman Berpuasa Tue Aug 18, 2009 10:44 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

salunye aysa memang malas bersahur..
masa kecik2 dulu,salu jer tak bangun sahur...
sebab ,mantukk sangat..

pastu bila dah siang,tengok balik lauk sahur pagi tu,mula la rase menyesal tak bangun sahur...sedap..tangan mula la nak cuit lauk sikit2.tp mak tak tahu..
(jangan kasitau mak aysa tau..)
berazam keesokkan harinya mahu sahur...tetapi....
tetap tak bangun juga..hehe...

tetap melekat sikit2 perangai tu sampai sekarang...(sikit jer....)
Razz

5Pengalaman Berpuasa Empty Re: Pengalaman Berpuasa Tue Aug 18, 2009 12:06 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

huhu.. sahur jangan x sahur.. sahur tu penting... akak memang suka sahur.. kadang makan waktu sahur.. melebihi selera berbuka puasa... ehehe...

http://www.shindah.blogspot.com

6Pengalaman Berpuasa Empty Re: Pengalaman Berpuasa Wed Aug 19, 2009 12:11 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hik hik hik Razz

Tersengih lak ana baca semua kisah-kisah atas nih Smile

pengalaman masa syira berumur 4 tahun. Kisah ni memang kelakar kalau diingatkan sekarang ni, jadi nak share dengan semua. Hihihihi. Masa tu abang yang sulung umur 8 tahun, yang kedua umur 6 tahun. Masa tu 1st year puasa untuk Insyirah Very Happy Kebetulan masa tu juga ummi ada beli strawberry 1 basin dalam peti ais (jeles tak? Razz) Maklum la Syira masa tu kan innocent sangat, baru je 4 tahun dan nak mula belajar puasa.

Pagi tu abang ajak jalan-jalan luar rumah Smile Masa tu kan, abang cakap "Puasa tak boleh telan air liur nanti batal puasa, kene LUDAH tau!" Shocked

Syira pun sepanjang jalan meludahhhhh aje. Embarassed
Bila dah sampai rumah, penat tersangat dan amatlah dahaga. Buka peti ais, terliur tengok ada strawberry dan air. Nyummy! Tapi puasa la... Gurlp! Sabar je. Abang pula cakap; "Ummi kata kalau tak larat, nak buka puasa, buka la!" Laughing Apa lagi, terus menyambar air... wahhhh... leganyaaaa! cheers Terus abang cakap; "Haaa.. tak puasa! Abang bagitau ummi!" pale

Fuhhh.. time tu rasa macam nak gi dushummmmmm je abang. Evil or Very Mad
Tak patut tul kan, dah la 1 year belajar puasa. 1st DAY puasa pulak! Dia cakap tak boleh telan air liur, penat la nak meludah pastu dia lak main-mainkan kata ummi bagi buka puasa. Isk isk... Antum jangan wat cenggini pada adik-adik yerk! Very Happy Menderita tau, balik opis ummi membebel jer sebab TERLALU awal buka puasa. Masih pagi lagi... Huhuhu... Embarassed

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum