Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Nama Anak

+3
azizul
avar_counselor
indah
7 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Nama Anak Empty Nama Anak Tue Aug 04, 2009 5:53 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Very Happy Saje nak membuka topik sbb Indah nak dpt baby dah.. heehe... apa pandangan sahabat-sahabat? ade idea untuk letak nama baby? atau nama-nama yang sahabat-sahabat admire dari dulu ke... atau nama yang baik sunny yang boleh dikongsi bersama... Smile Smile Like a Star @ heaven

http://www.shindah.blogspot.com

2Nama Anak Empty Re: Nama Anak Tue Aug 04, 2009 7:50 pm

avar_counselor

avar_counselor
Ahli Senior
Ahli Senior

Wah...selamat melahirkan anak kak..hehehe
nama anak? byk yg cantek2..carik buku nama anak la..
dulu ada simpan nama anak..reserved...heheh tp dah xtau kt mane

3Nama Anak Empty Re: Nama Anak Wed Aug 05, 2009 9:06 am

azizul

azizul
Admin
Admin

saya kalau nama perempuan, maybe izzati iryani kot... eheheh amboi, dah berangan2 ek...

https://al-insyirah.forummotion.com

4Nama Anak Empty Re: Nama Anak Wed Aug 05, 2009 10:37 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Wah.. sedap gak tu... sy minat satu name ni tp cume nak tambah sket... boleh bg komen?

Qaseh ____________ ?
kalau perempuan la ... kalau lelaki Ilham __________ ?

http://www.shindah.blogspot.com

5Nama Anak Empty Re: Nama Anak Wed Aug 05, 2009 5:46 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

indah wrote:Wah.. sedap gak tu... sy minat satu name ni tp cume nak tambah sket... boleh bg komen?

Qaseh ____________ ?
kalau perempuan la ... kalau lelaki Ilham __________ ?

qasehnya laila...hehe(gurau je)

ilham haikal..ilham al-uwais,ilham afifi....


hehe pandai2 jer mereka2....

unik2 nama anak2 kak indah nanti..seunik nama umi die Razz

suke jer ngn topik ni,

kawan aysa penah pesan kalau nak buh nama ni mesti tahu niat untuk ada anak,baik la niat,baik la jadinya.sebab anak2 ni kan amanah dan rezeki dari Allah,mana mungkin kita persiakan.

yang penting makna pada nama itu adalah doa.
kita pon leh juga amik nama2 pahlawan serta para sahabat nabi pada zaman dlu,contohnya hanzalah,amru,mus`ab umair(nama ni aysa suka),asiah,aisya`,mariah(nama isteri nabi),mujahid,banyak lagi.. cheers

moga anak2 nanti menjadi sehebat nama mereka..ameen..
"ya Allah kurniakan kami anak2 penyambung zuriat,pewaris anbia,penyejuk mata.." Very Happy

6Nama Anak Empty Re: Nama Anak Thu Aug 06, 2009 11:23 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Sedapnyer... ilham haikal.. ilham al-uwais.. ilham afifi... kalau pompuan qaseh afifi.. ehehe... pandai betul asya bg nama.. sedapla.. sejuk hati dengar nama ni.. mestilah nak beri nama anak yang unik macam ibu dia.. hehe.. mak borek anak rintik .... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

7Nama Anak Empty Re: Nama Anak Fri Aug 07, 2009 4:11 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

kalo k.indah nak buh nama aysa kat anak akk pon xpe..hehe

tak susah2 da nak cari... Very Happy

8Nama Anak Empty Re: Nama Anak Fri Aug 07, 2009 4:28 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

sedikit info aysa jumpa :

Menamakan Anak

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.


9Nama Anak Empty Re: Nama Anak Fri Aug 07, 2009 9:37 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

QASEH Insyirah (ketenangan hati) Razz
QASEH Humairah (Si merah)
QASEH Ibtisam (Senyumanku)
QASEH Aysarahanan (hek hek hek)

Haritu kan ada sorang akak ni kate, kalau ana perempuan sesuai nama WAFA', maksudnya kelembutan (kalau tak salah, lupeee) Embarassed

ILHAM Humam
ILHAM Aniq (Si kacak) Razz
ILHAM Taufiq

Syira kan... ehem-ehem... haritu terfikir nak letak nama baby;

Muhammad Yusof Mujahid Embarassed

Muhammad simbolik kepada Rasulullah s.a.w.
Yusuf simbolik kepada kesabaran, ketaqwaan dan ketampanan (Embarassed) Nabi Yusuf a.s.
Mujahid pula simbolik pada pengharapan agar beliau menjadi seorang mujahid, tapi kan kak Indah... Syira belum kahwin pun Embarassed Lepas tu kan kak Indah, nama tu dah jadi nama Teddy Bear Syira... Haish, teruk kan Syira ni Cool

10Nama Anak Empty Re: Nama Anak Fri Aug 07, 2009 11:59 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

insyirah wrote:QASEH Insyirah (ketenangan hati) Razz
QASEH Humairah (Si merah)
QASEH Ibtisam (Senyumanku)
QASEH Aysarahanan (hek hek hek)


ILHAM Humam
ILHAM Aniq (Si kacak) Razz
ILHAM Taufiq


Sangat-sangat la akak suka mendengar nama ni.. pandai betul kamu memikirkannya.. Humairah mmg ade jugak akak terfikir..teringat nama panggilan manja Aisyah oleh Rasulullah... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

11Nama Anak Empty Re: Nama Anak Fri Aug 07, 2009 5:20 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

baru aysa teringat ada seorang shabat pernah kasitahu Allah menyukai 3 nama,salah satunyer "humam@hamam",yang 2 lagi aysa tak ingat apa die..

hehe cam nama arab jer.. Smile

12Nama Anak Empty Re: Nama Anak Fri Aug 07, 2009 6:05 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Ermm.. hamam.. humam... menarik tuh... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

13Nama Anak Empty Re: Nama Anak Fri Aug 07, 2009 8:13 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Humam ni rasanya nama yang disukai Allah, wallahua'lam.

Pastu tak ingat ada seorang ni dia tak pernah tidur kecuali dalam keadaan duduk. Rasanya ahli tafsir, ataupun ahli hadis, waaa... langsung tak ingat sama ada namanya HUMAM, ASIM atau HARITH. Embarassed Tapi yang pastinya dalam sirah, beliau adalah insan yang tak pernah tidur KECUALI dalam keadaan duduk. Subhanallah! Hati cenderung mengatakan Harith, wallahua'lam. Very Happy

Macam kakak angkat ana... Hehehe, nama anaknya semua nama pahlawan Islam Smile

Uwais Qarni Imtiaz
Nur Durrani Imtiaz (Durrani maksudnya permata)
Mus'ab Imtiaz

Wah...wah... (kite lak excited macam kite lak yang nak dapat baby, adoiii...) Embarassed

14Nama Anak Empty Re: Nama Anak Sat Aug 08, 2009 7:49 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

hehe syirah xcited ...saba tau..

xmo langkah bendul,ikut turn..hehehe (gurau je)

syirah bila lagi?jangan lupa jemput ... Very Happy


biasakan nama2 orang arab ni pendek2 jer,contohnyer:nur,bushra,ala`,samah,amani,maiss,hehe simple jer kan,tapi semua ada makna.

orang melayu kita suka nama yg panjang,tapi sedap di dengar..apapun makna pada nama paling penting..hehe

cari jangan tak cari..

15Nama Anak Empty Re: Nama Anak Mon Aug 10, 2009 1:43 am

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

azizul wrote:saya kalau nama perempuan, maybe izzati iryani kot... eheheh amboi, dah berangan2 ek...

sdap tu...izzati iryani binti mohd azizul....
hemmmm...boleh tahann..hahaha Laughing

izyan insyirah pun cantek gak....
PERHIASAN YNG MEMBERI KEGEMBIRAAN/KETENANGAN....

luqman al hakim ok gakss...

nama anak sulung klu pmpuanla kan..manatau ada yg nk dapat anak dh tu..
nurul ainul fatihah...ok gakk...apa2 pun, tanya hubby n wife gakk..ehehe

http://izyaninsyirah.blogspot.com

16Nama Anak Empty Re: Nama Anak Mon Aug 10, 2009 10:45 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

ehehe.. best plak bukak topik ni untuk semua.. semua bagi idea yang series saya pun x terfikir... memang best.. rasa macam mencurah-curah idea.. anyway terima kasih sangat2.. memang suka nama uwais tu... unik.. dan bermakna... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

17Nama Anak Empty Re: Nama Anak Mon Aug 10, 2009 1:56 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Uwais Qarni ni adalah seorang anak yang SANGAT PATUH kepada ibunya. Kisahnya, beliau sangat ingin berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. tetapi jarak telah menjadi penghalang beliau untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. kerana keadaan ibunya yang uzur dan memerlukan perhatian dari beliau. Satu hari, ibunya memberi izin kepada Uwais untuk bertemu dengan Rasulullah tetapi ibunya berpesan;

Sekiranya Rasulullah s.a.w. tiada, maka engkau pulanglah.

Beliaupun pergi dengan hajat untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. tetapi ketika itu Rasulullah s.a.w. tiada, maka pulanglah Uwais tanpa menunggu Rasulullah s.a.w. pulang kerana menjaga amanah dari ibunya. Very Happy

Kemudian, ibunya sudah terlalu tua dan memerlukan perhatian dari Uwais Qarni, ibunya tidak mengizinkan Uwais berjauhan dengannya. Maka, Uwais tetap patuh walaupun hatinya sangat ingin bertemu dengan Uwais. Walaupun sepanjang hayat Rasulullah tak pernah bertemu dengan Uwais tetapi baginda menceritakan perihal Uwais kepada sahabat-sahabat, sahabat Rasulullah (kalau tak salah saya Umar dan seorang lagi khalifah (tak ingat namanya) mencari Uwais Qarni setelah Rasulullah wafat) bertemu dengan Uwais dan memberitakan khabar gembira kpd Uwais bahawa Rasulullah pernah menceritakan kepada sahabat-sahabat tentang kepatuhan dan ketaatan Uwais kepada ibunya Very Happy

Wallahua'lam

18Nama Anak Empty Re: Nama Anak Wed Aug 12, 2009 10:57 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

uwais.. sedapnyer nama tu... hmm... macam dah dpt dah idea nak buh nama ape.. thanks sangat ngan sume2.. sbb bg idea.... ehehe.. tapi memang sy ingt nak letak nama antara yang kwn-kwn cadangkan ... ehehe... Very Happy

http://www.shindah.blogspot.com

19Nama Anak Empty Re: Nama Anak Wed Aug 12, 2009 2:54 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum
Ilham Qaseh.. untuk lelaki.. Ilham timbul dari Qasih
Qaseh Ilham untuk perempuan.. Qaseh hadir dari Ilham Very Happy

http://www.umaruddin.blogspot.com

20Nama Anak Empty Re: Nama Anak Wed Aug 12, 2009 4:51 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

hehe bagus tu ..... ilham qaseh...qaseh ilham...

tak nah terfikir pun...hihi Wink

21Nama Anak Empty Re: Nama Anak Wed Aug 12, 2009 6:44 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Ha a la kan.. lagi puas hati sebab dua dua pun ade ilham dan qaseh...

sangat bijak... x terlintas di fikiran pun sebelum ni..

http://www.shindah.blogspot.com

22Nama Anak Empty Re: Nama Anak Wed Aug 12, 2009 8:01 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

apa lagi,masukkan nama2 tu dalam list..senang esok2 ,pilih jer nama nanti.. Razz

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum