Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Influenza A (H1N1)

+4
avar_counselor
azizul
aysarahanan
dheadz
8 posters

Go to page : 1, 2  Next

Go down  Message [Page 1 of 2]

1Influenza A (H1N1) Empty Influenza A (H1N1) Fri Jul 31, 2009 12:02 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Influenza A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema khinzir atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema khinzir yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.


PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan khinzir. Virus Influenza A (H1N1) atau demam khinzir ini biasanya berlegar dalam spesies khinzir sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.


Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan khinzir disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema khinzir ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan khinzir. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema khinzir telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema khinzir dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema khinzir boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.


Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.


Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema khinzir ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.


Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.


Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.


Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema khinzir ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema.

Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.


Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.


Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema khinzir (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema khinzir ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema khinzir dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema khinzir dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan khinzir?

• Tidak.


Selesema khinzir tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan khinzir. Memakan produk berasaskan khinzir yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-

i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.

iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema khinzir dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my



Sumber :
Pusat Maklumat Rakyat
• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

2Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Fri Jul 31, 2009 4:03 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

kitaorang kat sini pon tak di galakkan keluar melancong buat masa sekarang,walaupun wabak ni tak sampai lagi kat sini tapi pihak kedutaan kat sini mengambil langkah berjaga-jaga..Neutral

kat malaysia pon nampak macam dalam keadaaan bahaya,banyak sekolah dah tutup.
eloklah berhati-hati..
jadi di situ kita nampak kenapa Allah haramkan dekati "khinzir"..,takkan Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab.

risau pulak dengan keluarga di kampung halaman..uhuuu,moga Allah pelihara kita semua Sad

3Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Fri Jul 31, 2009 7:22 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Tak silap, setakat beberapa hari lepas, 4 orang warganegara Malaysia sudah kehilangan nyawa disebabkan virus ni. Minta minta lah, dapat kita kawal keadaan, dan tiada lagi terkorban disebabkan virus ni.

Yang penting, jika sesiapa mempunyai simptom2 virus ni, cepat2 pergi berjumpa doktor. Jangan dilengahkan. Yang terbaru, bapa si mangsa betul2 terkilan dengan pemergian anaknya, kalaulah dia cepat2 bawa berjumpa doktor, mungkin anaknya masih hidup lagi sekarang.

Sama2 kita berdoa, minta dijauhkan dari terkena virus ini.

4Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Sat Aug 01, 2009 5:23 am

azizul

azizul
Admin
Admin

Assalamualaikum,
Kawan azizul ada yg suspected H1N1
kalau nak di ikutkan virus ni lebih ringan berbanding SARS, tetapi penularannya terlalu hebat. mungkin ini satu ujian daripada Allah....

https://al-insyirah.forummotion.com

5Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Sun Aug 02, 2009 6:18 pm

avar_counselor

avar_counselor
Ahli Senior
Ahli Senior

Yer,,nak demam pun rasa takut..
Kt Sarawak pun penularan nya agak aktif terutama di Kuching..
memang menakutkan sebab kita tidak tahu siapa yang kita jumpa ada virus tu kan..

pengalaman betol bila balik dari Bangkok bulan lepas dimana masa kritikal H1N1..
saya di asingkan oleh family dan kawan2..kuarantinkan diri..sedih jugak..
rindu dengan mak..tp xdapat jumpa mak dlm masa seminggu..

6Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Sun Aug 02, 2009 10:43 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Sekarang ni, nak salam dengan orang yang tak biasa jumpa, mau fikir dua tiga empat kali jugak. Ada satu saranan, jika tidak mahu bersalaman, boleh juga gunakan bahasa tubuh, menunduk hormat contohnya.... Itu lebih baik buat masa ni.

7Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Mon Aug 03, 2009 3:18 am

azizul

azizul
Admin
Admin

hurm, di UMT , ada yang dah kena wabak ni, kena kuarantin, buat masa ini UDM kekal bebas drpd H1N1, just menunggu masa je... ramai course mate yang deman2 and batuk2, bila dihantar ke klinik, diorg lepas, just ubat diorg "luar biasa" banyakknya. termasuklah roommate azizul. susah juga sebab skarang ni musim org deman2 and batuk2.

https://al-insyirah.forummotion.com

8Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Mon Aug 03, 2009 5:31 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Alhamdulillah Influenza ni xde pulak terkena kat tempat saya.. uhuu... company kecik aje... kalau kene influenza.. susah gak nak cr mkn...

http://www.shindah.blogspot.com

9Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Tue Aug 04, 2009 8:12 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

6 orang sudah menjadi mangsa virus ini setakat semalam.

---------------------------------------------------------------------

Ragut nyawa mangsa ke-6

PUTRAJAYA: Seorang murid lelaki berusia 12 tahun menjadi mangsa keenam Influenza A (H1N1), apabila disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Aminah Johor Bahru, jam 8.30 pagi, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican (gambar), berkata mangsa dimasukkan ke hospital itu pada 29 Julai lalu apabila demam sehari, tetapi tidak mengalami simptom batuk dan lain-lain tanda gangguan pernafasan.

“Sewaktu dalam rawatan, keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), pada 30 Julai.

“Hasil pemeriksaan mendapati, pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis dan disahkan menghidap jangkitan H1N1 pada jam 11 pagi semalam (kelmarin).

“Akibat komplikasi jangkitan, pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pagi 2 Ogos 2009 ketika dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

Kes pertama kematian di negara ini berlaku pada 23 Julai lalu, membabitkan seorang pelajar warga Indonesia.

Dr Mohd Ismail berkata, kementerian itu juga menetapkan semua kes yang mempunyai simptom jangkitan H1N1 dan mempunyai faktor risiko seperti mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetik dan golong imuniti rendah, hendaklah diberi rawatan antiviral influenza serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan virus itu.

“Ini untuk kes yang dikesan dalam masa 48 jam selepas onset. Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk kes yang dirawat di hospital.

“Pelajar sekolah dan institusi pengajian diingatkan bahawa mereka yang mempunyai simptom berkenaan hendaklah mengelakkan diri daripada menghadiri kelas atau kuliah termasuk aktiviti berkumpulan.

“Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktiviti ini selepas sehari bebas daripada simptom jangkitan itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, hingga jam 8 pagi semalam, sebanyak 39 kes baru dilaporkan dengan semuanya kes tempatan dan warga negara Malaysia.

“Daripada 39 kes yang dilaporkan hari ini (semalam), 35 kejadian dari 8 kluster baru dan 4 kes sporadik atau terpencil.

“Jumlah terkumpul H1N1 hingga kini sebanyak 1,429 kes dengan 6 kematian. Daripada 1,429 kes yang dilaporkan, 574 (40 peratus) kes import dan 855 (60 peratus) kes jangkitan tempatan,” katanya.

Katanya, daripada jumlah itu, 1,394 kes (98 peratus) sembuh, hanya 19 kes atau satu peratus saja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan lapan daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi.

“Daripada lapan kes ini, lima daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu seorang obesiti dan dua wanita hamil serta dua lagi imuniti rendah.

“Sepuluh orang atau satu peratus sedang menerima rawatan antiviral di rumah,” katanya.

Harian Metro

10Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Tue Aug 04, 2009 3:22 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Huhu.. wanita hamil pun ad eyang kene Influenza H1N1 ni.. risau2... Sad
Harap-harap tak lah Influenza ni merebak ke tempat saya... tapi UITM Seri Iskandar dah ditutup pun.. risau-risau..

http://www.shindah.blogspot.com

11Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Tue Aug 04, 2009 4:47 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hurm, masa saya demam (awal-awal kecoh pasal H1N1) tu hampir 2 minggu setengah juga saya demam dan badan sakit-sakit, mula-mula ingat demam biasa atau bronchitis sebab paru-paru saya memang 'manja' sikit, so rilex jer la. Tapi bila dah sakit-sakit sendi, doc ingatkan chikungunya... Tapi, bila dah check pun bukan juga. Rupanya hanya demam biasa tetapi antibodi badan yang tak kuat, demam hampir 3 minggu. Risau juga sebab masa tu kecoh tentang H1N1 kan. pale

Apapun, baca Qunut Nazilah, insya Allah.

Moga Allah pelihara kita semua dari ujian ini. Teringat satu artikel yang saya baca;

"Allah haramkan khinzir tetapi Allah tak haramkan udang, sotong, ikan, ketam, kambing, lembu, dan lain-lain... Allah haramkan arak tetapi Allah beri kita makan jus anggur, jus kurma, jus nenas dan sebagainya. Kenapa manusia sangat cerdik untuk mencari jalan melakukan apa yang Allah larang sedangkan kita masih banyak pilihan? Kalau nak sangat minum arak, bersabar dan menahan diri kelak di dalam Syurga Allah berikan kita minum arak sepuas-puasnya jauh lebih sedap dari arak dunia. Malahan, sungai arak pun Allah sediakan..."

Muhasabah... Muhasabah.

Dulu Tsunami, ramai yang insaf tetapi lama-lama semua menjadi lupa. Sad

12Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Tue Aug 04, 2009 5:25 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

insyirah wrote:

Apapun, baca Qunut Nazilah, insya Allah.

Huhu.. maaf bertanya.. tapi sy memang tak tahu.. Qunut Nazilah tu yang mana yer...

insyirah wrote:
Moga Allah pelihara kita semua dari ujian ini. Teringat satu artikel yang saya baca;

"Allah haramkan khinzir tetapi Allah tak haramkan udang, sotong, ikan, ketam, kambing, lembu, dan lain-lain... Allah haramkan arak tetapi Allah beri kita makan jus anggur, jus kurma, jus nenas dan sebagainya. Kenapa manusia sangat cerdik untuk mencari jalan melakukan apa yang Allah larang sedangkan kita masih banyak pilihan? Kalau nak sangat minum arak, bersabar dan menahan diri kelak di dalam Syurga Allah berikan kita minum arak sepuas-puasnya jauh lebih sedap dari arak dunia. Malahan, sungai arak pun Allah sediakan..."


saya menyokong sangat-sangat... yerlakan.. ramai sangat dah sekarang ni yang islam tetapi terlibat dengan arak... Sad

http://www.shindah.blogspot.com

13Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Wed Aug 05, 2009 9:30 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam... Tumpang jap yer (lari topik kejap)

Bersamaan dengan situasi kezaliman dan penindasan yang dahsyat berlaku keatas pejuang keadilan di negara kita, Maka semestinya pencinta keadilan dan demokrasi yang telus bermunajat kepada-NYA agar mereka yang berjuang menegakkan kebenaran terus thabat dan istiqamah dalam perjuangan…

DEFINISI QUNUT NAZILAH

Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam solat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

HUKUM QUNUT NAZILAH

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.

Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،" (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

LAMANYA QUNUT NAZILAH

Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Ibnu Abbas riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan dan lain-lainnya, menunjukkan bahwa Nabi shallallahu 'alahi wasallam pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, baginda berqunut selama sebulan. Namun hal ini tidaklah menunjukkan bahwa pelaksanaan qunut nazilah hanya terbatas selama sebulan, kerana dalam hadis Abi Hurairah radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Baro bin Azib, Hifaf bin Ima' riwayat Muslim serta hadis Anas bin Malik riwayat Ibnu Khuzaimah dan hadis-hadis lainnya menjelaskan dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan batasan sebulan. Maka dapat dibuat kesimpulan bahwa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah dan kezaliman tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah.

WAKTU QUNUT NAZILAH

Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi sallallahu `alaihi wa sallam dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh solat-solat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada solat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh solat lima waktu sekaligus. Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam solat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah sallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia.

LAFAZ QUNUT NAZILAH

Tidak ada hadis dari Nabi sallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat yang aneh dan tertolak, menyalahi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.

Contoh bacaan yg biasa dibaca

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka, Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka, Wahai tuhan yang gagah perkasa, Wahai tuhan yang penuh raksasa, Wahai tuhan yang bersifat murka, Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan, Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan merek,a Dan menangkan kami ke atas mereka.

PERINGATAN!!!

1. Lafaz qunut di atas bukan dari Nabi sallallahu `alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, tidak ada keterkaitan dengannya apalagi menganggapnya sebagai doa yang disunnahkan. Dan bagi orang yang mampu menyusun doa dalam bahasa arab yang sesuai dengan keadaan musibah, tidak ada larangan baginya untuk berdoa dengannya.

2. Boleh mengulang potongan kalimat dari doa di atas beberapa kali.

Apakah Ada Syariat Mengusap Muka setelah Qunut?

Pendapat jumhur ulama tidak ada mengusap muka setelah berdoa qunut. Imam Al-Baihaqy (dari ulama Syafi'iyyah) dalam As-Sunan Al-Kubra 2/212 mengatakan: Adapun mengusap muka dengan kedua tangan ketika selesai dari doa, saya tidak mengetahui hal tersebut dari salah seorang ulama salaf pun yang melakukannya dalam doa qunut

Bolehkan Qunut Dilakukan dalam Solat Sendirian?

Sepanjang penelitian, belum ditemui adanya nash dari Nabi sallallahu `alaihi wa sallam dan para sahabatnya yang menunjukkan pelaksanaan qunut dalam solat sendirian. Mungkin disebabkan hal ini Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/450 menegaskan: "Tidak ada pelaksanaan qunut secara individu". Dan ini juga merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzohullah. Hukum ini juga berlaku pada kaum wanita, tidak melakukan qunut kecuali pada solat jamaah.

Apakah Disyariatkannya Mengaminkan Doa Qunut bagi Makmum?

Disyariatkannya mengaminkan doa qunut berdasarkan hadis Rasullah sallallahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan Abu Daud (lihat Al-Irwa' 2/163). Dan hal ini ditegaskan oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/449: "Apabila imam melakukan qunut hendaknya diaminkan oleh orang yang di belakang imam (makmum) dan tidak diketahui ada perbezaan pendapat (dikalangan para 'ulama) dalam masalah ini." Akan tetapi perlu diingat bahwa pengaminan diucapkan pada lafaz-lafaz doa, bukan pada lafaz pujian. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan dibenarkan oleh Imam Khirqy serta An-Nawawi.(Suaalat Abi Daud hal. 67 dan Al-Majmu' 3/481). Dan hendaknya imam berdoa dengan lafaz umum (bukan untuk peribadinya) sehingga makmum ketika mengaminkannya juga mengambil andil dari doa tersebut, sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Al Hafizh Ibnu Hajar, Syekh Ibn Al Utsaimin dan lain-lainnya. Mudah-mudahan apa disampaikan ini bermanfaat bagi kaum muslimin yang mencintai keadilan dan kebenaran serta dapat dilaksanakan bagi mereka yang menjunjung prinsip kebenaran sebagai bentuk keperihatinan kepada mereka yang dizalimi dan ditindas tanpa ada bukti.

Wallahua'lam.

p/s: Mungkin wabak H1N1 ini juga sesuai di'terapikan' dengan Qunut Nazilah. Mohon bantuan dr Allah agar menghindarinya dari kita dan seluruh ummat Islam. Insya ALLAH.

14Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Wed Aug 05, 2009 10:39 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

ohooo.. qunut nazilah tu bacaan doa qunut yang biasa kita baca masa solat subuh ke... baru akak tahu.. Sad Anyway.. thanks a lot... kalau x , x tau pun nama dia qunut nazilah... tau doa qunut je..

http://www.shindah.blogspot.com

15Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Fri Aug 07, 2009 4:42 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

wah...makin meningkat..risaunyer... Sad

kepada ahli2 forum insyirah,jaga diri baik2..moga Allah menjaga kalian. Smile

banyakkan berdoa pada yang esa,ramadhan bakal menjelma tak lama lagi moga2 ada keajaiban dari Allah buat kita semua.

"ya Allah pandangilah kami dengan pandangan kasih sayang".. Sad

16Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Fri Aug 07, 2009 12:12 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Berkaitan dengan H1N1 ni.. admin office saya pun adah edarkan mask kepada semua officemate.. katenyer prevention is beteer than cure.. tapi memang ade seorang staff yang dah mc2 hr.. kate nyer semalam kene tahan kat klinik utk buat pemeriksaan.. harap- harap tiada apa yang berlaku.. risau gak.. sbb tengah pregnant kan... isau kat baby lg satu hal... Sad

http://www.shindah.blogspot.com

17Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Fri Aug 07, 2009 5:36 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

moga2 Allah melindungi k.indah n baby...:)jangan risau sangat nanti baby pon risau..hehe

rajin2 berdoa..

moga2 Allah melindungi kita semua rakyat malaysia..

18Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Sat Aug 08, 2009 12:01 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Setakat semalam, dah ada 14 kes kematian disebabkan virus ni kat Malaysia. Nombor semakin meningkat, ini merisaukan semua hinggakan hospital dipenuhi, sesak dengan mereka yang inginkan kepastian tentang demam yang mereka alami. Semoga kita semua selamat dari dugaan ini. Insyaallah...

19Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Sat Aug 08, 2009 11:42 am

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

hmm... kat kolej ni pun da mula diedarkan topeng2 muka. rasa lain macam pulak bila dalam lecture hall pun ada yang pakai.. dengar cerita pulak ada lecturer dan student yang disyaki positif H1N1 ni.. gel cuci tangan yang dettol tu pulak makin femes nampaknya..huuu

http://normyislam.blogspot.com

20Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Mon Aug 10, 2009 2:15 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Jumlah kematian meningkat lagi, seramai 27 orang terkorban setakat semalam. Embarassed

21Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Mon Aug 10, 2009 2:55 am

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

menakutkan...sangat menakutkan....
duni akhir zaman.......

http://izyaninsyirah.blogspot.com

22Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Mon Aug 10, 2009 12:38 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Dengar lagi.. ade 2 ibu mengandung yang positif H1N1.. dan seorang yang berumur 25 tahun dah meninggal.. uhuhu... risau2 Indah....

http://www.shindah.blogspot.com

23Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Mon Aug 10, 2009 2:33 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif



DIsini saya ingin kongkikan cara-cara pemakaian mask yang betul. Biaelah.. sebab baru-baru ni satu ofis pun dah diedarkan denganmask ni.. macam mana nakpakai?.. yang mana luar yang mana dalam.. biasanya bahagian yang berwarna adalah diluar..
Smile sunny
Influenza A (H1N1) Sbres_1247712603_17__Influenza A (H1N1) Sbres_1247712603_19__Influenza A (H1N1) Sbres_1247712603_21__
Influenza A (H1N1) Sbres_1247712603_23__Influenza A (H1N1) Sbres_1247712603_25__Influenza A (H1N1) Sbres_1247712603_27__

Ini pula adalah cara yang salah memakai mask :

Influenza A (H1N1) Sbres_1247712603_2__

Sumber cara pemakaian ni saya dapat dari : BMS Safety

http://www.shindah.blogspot.com

24Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Mon Aug 10, 2009 3:00 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Tempat saya bekerja pun sudah mula beri topeng muka macam kat atas ke semua pekerja + pelawat yang memasuki premis. Janggal juga nak pakai, tapi bila nampak ramai yang pakai, ok sikit. Very Happy

Saya ada menerima email mengenai doa ketika dilanda menyakit menular, seperti bawah ni. Mari kita amalkan semoga kita semua dilindungi Allah.

Influenza A (H1N1) 1249887485041324000

Dan ini ada kisah benar tentang H1N1 yang saya terima, juga memalui email:


High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die.. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.
Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient.. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital. Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...

25Influenza A (H1N1) Empty Re: Influenza A (H1N1) Wed Aug 12, 2009 12:30 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Saya jumpa satu doa yang bagus untuk diamalkan (dengan keadaan sekarang ni dengan munculnya virus H1N1), seperti bawah ni:

Sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Dawud,
Ahmad dan Ibnu Majah yg bermaksud : "Barangsiapa membacanya sebanyak
3 kali ketika pagi dan petang, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan
dirinya." Bacaan yang dimaksudkan ialah :

Doa menolak dari berbagai kemudaratan.


Influenza A (H1N1) Doamenolakdariberbagaikemudaratan2

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat beserta nama-Nya oleh
apa-apa jua yang di bumi dan yang di langit, dan Dia maha mendengar lagi
mengetahui."

Dr Haron Din & Ishak Din menganjurkan membaca doa ini di waktu pagi 3
kali dan di waktu petang 3 kali, "untuk menolak dari berbagai kemudaratan".
Maka bolehlah juga ia dibaca oleh orang-orang yang menaiki kenderaan,
sebelum kenderaan digerakkan atau ketika kenderaan mula bergerak.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 2]

Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum