Bismillah
Alhamdulillah wassolatu 3ala rasulillah wa ba'd;
Pernah diberitahu kepada saya mengenai qunut solat subuh, talqin ke atas mayat, dan menghadiahkan pahala kepada si mati dengan membaca Al-Quran: semua perkara ini adalah perkara bidaah dan tidak pernah salaf soleh melakukannya.
Jawapannya :
1. Perkara ini adalah perkara khilaf di antara ulama'. Yang dimaksudkan ulama' ialah mujtahid yang mempunyai ciri-ciri ijtihad. Jika tidak ia bukan dinamakan khilaf. Oleh itu, kaedahnya: Bukan semua khilaf dikatakan muktabar.
2. a) Dikatakan: masalah di atas bukan khilaf muktabar kerana ketiadaan nas atau dalil yang nyata.
b) Jawapannya: Yang dimaksudkan "muktabar" ialah perkara yg mempunyai ciri2 khilaf iaitu zonni (tidak putus) dgn syarat2nya. Masalah ini perkara khilaf yg bukan putus dan tidak nyata samada dari sudut penyampai (perawi), teks (lafaz), atau kedua2nya. Ini bermakna tidak semestinya nas penunjuk secara terang-terangan terhadap sesuatu perkara, seperti dilihat dalam kaedah "mafhum" ada "jali" iaitu "fahwa alkhitab" dan ada "khafi" iaitu "lahn alkhitab", dalil "kias" ada "jali" dan ada "khafi", dan "istihsan" spt di dalam usul feqh.
3. a) Dikatakan: Ini bermakna melakukan sesuatu perkara yang tidak diberitahu oleh syara' kerana asal sesuatu perkara di dalam agama adalah dilarang dan perbuatan melampaui nas ini dinamakan bidaah.
b) Jawapannya: Bidaah ialah perkara yg direka2 di dalam agama bertujuan berlebih-lebih beribadat kepada Allah s.w.t. Adapun masalah ini berbeza kerana adanya dalil dan hujah dengan kaedah usul feqh di atas.
4. a) Dikatakan: Masalah di atas berdalilkan dgn dalil yg daif. Dalil daif ini tertolak (marjuh) dan syaz.
b) Jawapan: Jika dikatakan hadis yg diriwayat adalah daif, maka dengan mengumpulkan semua hadis daif yg berkenaan terbentuk hadis maqbul spt yg disebut oleh Ahli Hadis. Perlu difahami juga bahawa, jika ada percanggahan dgn hadis yg lebih kuat hadis itu menjadi lebih daif, bahkan tiada nas yg berlawanan.
Contoh selain perkara di atas: masalah pengharaman nyanyian dan muzik bg yg mengharamkan, begitu juga masalah wali semasa akad nikah bg yg mewajibkan, dan masalah zakat perniagaan bagi mewajibkan. Mereka yang berpendapat demikian menguatkan semua hadis2 daif di dalamnya.
5. a) Dikatakan: Ianya berlawanan dengan nas Al-Quran "لَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى".
b) Jawapannya: Ia juga berlawanan dengan nas yg lain secara zahirnya "وَلَيَحْمِلُنَّ أَثْقَالَهُمْ وَأَثْقَالًا مَعَ أَثْقَالِهِمْ". Maka perlu kepada penafsiran supaya nas tidak dikatakan berputarbelit. Para mujtahid boleh menafsirkan sesuatu jika nas itu perlu kepada penafsiran samada:
dari hakikat kepada majaz seperti: nikah org berihram (kahwin atau wato),
dari umum kpd khusus seperti: kahwin mana2 wanita dikhusus selain emak, mengumpul adik-beradik, dll.
6. a) Dikatakan: kaedah usul feqh "tidak boleh mentakwilkan (tafsir) yg zahir sehingga diperlukan".
b) Jawapannya: Masalah ini perlu kepada pen"takwil"an dan apa-apa yg mempunyai kebarangkalian perlu kpd kecenderungan (tarjih).
Contoh selain masalah di atas: "Janganlah kamu solat asar melainkan di bani qoraizoh". Para sahabat khilaf, ada yg solat di bani qoraizoh sehinggalah mereka sampai iaitu waktu isya' dan ada yg solat pada waktunya.
pndpt pertama berkata: Nabi s.a.w jelas dan terang kata dengan demikian. Mereka mengambil jalan hukum secara zahir suruhan tersebut.
Pndpt kedua berkata: Kita perlu menafsirkan kerana bertentangan dgn maksud (maqasid) syariat.
Dalil 1: Nabi s.a.w sendiri mengajar solat pada waktu.
Dalil 2: Dikatakan boleh jama' semasa berperang. Jawabnya: Solat jama' hanya pada dua solat seperti zohor dan asar, maka tiada masalah jama' dlm masalah ini.
Dalil 3: Berlaku suruhan tersebut semasa Nabi s.a.w dan para sahabat r.a sudah meletakkan senjata, sedangkan malaikat masih lagi bersedia utk meneruskan peperangan. Ini menunjukkan bersegera ke sana.
Dalil 4: Jarak jauh di antara khaibar dan bani quraizoh menunjukkan nabi s.a.w menyuruh mereka bersegera ke sana kerana persedian utk solat melewatkan mereka ke sana. Arahan tersebut mengarahkan mereka tidak melengah-lengahkann ya.
* Inilah takwilan dan kecenderungan (tarjih) yg sepatutnya.
7. a) Dikatakan: Masalah di atas bukan masalah takwil tetapi masalah kias dlm perkara ibadat yg tidak boleh difikir2kan dgn akal.
b) Jawapannya: Para ulama usul feqh membolehkan kias di dalam masalah ibadat, kiraan2, kafarat, dan hudud.
contoh dlm ibadat: Solat jumaat sebelum waktu zohor kias kepada solat eid.
cth dlm hudud: Hukum liwat kias kepada sebat kpd penzina.
Bukan shj dlm kias bahkan boleh juga menggunakan kaedah maslahat dlm perkara2 ini. Spt: Tidak memotong tangan pencuri di waktu kemarau panjang, mengumpul Al-Quran dlm satu mushaf, dan solat terawikh 20 rakaat.
8. a) Dikatakan: Tidak boleh hukum tanpa diiktibar oleh syara', oleh itu perkara di atas yg mempunyai maslahat mursalah yg tiada nas tidak boleh dijadikan dalil.
b) Jawapannya: Maslahat Mursalah walaupun tiada pengiktibaran dari nas, ia merupakan dalil dan hujah bagi pentahqiq usul feqh. Ini kerana, ulama yg mengkaji nas secara menyuluruh akan mendapati syariat menjaga perkara2 tersebut dan menjadi lebih yakin dan kuat. (boleh rujuk kitab I'tisam oleh Syatibi)
9. a) Dikatakan: Perkara-perkara ini dilakukan oleh para salaf soleh, tetapi masalah-masalah di atas tiada bukti salaf soleh melakukannya dan tidak didapati dalam amalan ahli madinah. Jika boleh dilakukan, kenapa para salaf soleh tidak melakukannya?
b) Jawapannya: -Dalil bukan terhad kepada ijmak, amalan2 tertentu sesuatu tempat, atau mutawatir. Ini bermakna jika ada ijma' atau mutawatir baru boleh beramal, jika masih bukan putus (zonni) tidak boleh beramal. Ini adalah pendapat Muktazilah. Semua ahlussunnah waljamaah menerima hukum-hukum dan juga akidah yg bukan mutawatir dan ijmak.
- Adapun ijmak sesuatu kelompok shj spt ijmak ahli madinah tidak dikira ijmak. Bahkan ada masalah fekah di zaman sahabat dan tabiin yg bertentangan dgn ijmak ini.
- Bukti tidak dilakukan salaf soleh dlm sesuatu hukum bukan bererti sampai tahap meyakinkan iaitu putus dr sudut riwayat dan dalalah. Contohnya: Pemberian zakat fitrah boleh diberikan dengan wang bukan makanan asasi bg pendapat Abu Hanifah sedangkan para salaf soleh dan imam-imam mujtahid yg lain mewajibkan hanya makanan asasi bukan wang.
- Kadang-kadang ada juga sesetengah mujtahid mendakwa ijmak dlm sesuatu perkara sedangkan sebaliknya. Boleh dilihat spt dakwaan ijma' oleh Tobari, Ibnu Abdelbar, Ibnu Rushd, dan lain-lain lagi. Selepas kajian ulama' ke atas dakwaan tersebut didapati bukan ijma' tetapi dakwaan tersebut juga merupakan ijtihad mujtahid. Contohnya: Masalah basmalah tidak dibaca bersama fatihah dalam solat fardhu.
10. a) Dikatakan: Perlu mengikut betul-betul apa yg ada dlm Al-Quran dan sunnah.
b) Jawapannya: Jika maksud "betul-betul" itu ialah mesti qot'ie (putus) itu adalah pndpt muktazilah. Jika maksudnya apa yg jelas dan nyata sahaja, demikian itu berlawanan pndpt ahlussunnah. Jika maksudnya terima secara zahir sahaja iaitu membiarkan ke"umum"an dan ke"mutlaq"an, itu adalah pndpt Mazhab Zohiri dan salah satu teori mazhab Hambali. Jgnlah anda tergolong dari pendapat-pndpt ini, menjumudkan pemikiran umat Islam. Jika maksudnya apa yg tertera dlm nas, maka perlu diketahui ayat Al-Quran bukan satu sahaja, dan hadis bukan satu sahaja, maka perlulah mengumpulkan nas-nas yg berkaitan atau jam'u alhadis dlm satu tajuk, dan begitu juga bhs arab, satu perkataan menjadi bermacam-macam makna apabila diletakkan dalam jumlah ayat. Silapnya apabila mendakwa, sunat gosok gigi ketika hendak solat spt dlm hadis, sedangkan ia perlu kpd takwilan dgn meng"khusus" kan bukan meng"umum"kan dgn hadis lain "ketika berwuduk".
11. Saya tidak memberikan dalil dan hujah bagi persoalan di atas kerana saya utamakan kefahaman bagaimana berdalil, dan hujah utk dalil tersebut boleh diguna atau tidak? Ini juga kerana apabila dikeluarkan dalil-dalil ulama' yg berpendapat demikian, maka yg menjadi masalahnya ialah ketiadaan manhaj utk berhujah iaitu penggunaan usul feqh bagi masalah tersebut. Selagimana yg membincangkan masalah tersebut tidak faham manhaj ini, selagi itulah permusuhan berlaku walaupun perselisihan pndpt itu adalah rahmat.
10. Apabila anda benar-benar faham perkara-perkara ini, tidaklah anda menghujani para ulama mujtahidin dgn lontaran yg tidak sepatutnya. Jika tidak, anda perlu merasai bahawa pendapat ulama yg berlawanan menganggap pendapat anda juga adalah salah dan dalil yg disalah tafsirkan, dalil anda tertolak baginya.
رأيي صواب يحتمل الخطأ ورأي آخر خطأ يحتمل الصواب
12. Adapun dalil-dalil utk masalah di atas bukan disebabkan ketiadaan dalil tetapi disebabkan masalah kefahaman nas itu sendiri, menggunakan dalil hadis hasan sahaja bukan hadis sahih, mengumpulkan hadis, dan dalil menggunakan kias.
13. Kebanyakan masalah-masalah fekah adalah perkara yg kurang yakin (zonni). Oleh itu, didapati dlm masalah sapu semua kepala atau tidak, masalah tayamum dgn tanah atau semua dipermukaan bumi, masalah kahwin berwali atau tidak, masalah talaq tiga satu lafaz dikira atau tidak, masalah haji pada rukunnya yg perlu dibuat semula apabila tertinggal, wajibnya yg hanya perlu bayar kafarat, dan masalah jenis-jenis riba' selain di dalam hadis samada ianya sukatan, makanan, atau kebolehan disimpan. Semua itu, jika benar-benar difikirkan, kita telah beramal dgn perkara yg ragu-ragu sebenarnya kerana adanya pro dan kontra, kerana masing-masing ada dalil.
14. Janganlah jadi yang lebih teruk iaitu mencari-cari "rukhsah" dlm pelbagai mazhab, haram hukumnya. Merasakan Al-Quran dan hadis itu perlu mengikut rasa hati sedangkan ia perlu mengikut kedua2nya. Sedih lagi memilukan apabila melihat di antara kita, menentang pendapat-pendapat ulama membabi buta, sedangkan solat sunat sblm subuh dan witir diwajibkan bg yg berpendapat sedangkan dia tidak berpendapat demikian, solat lima waktu berjemaah di Masjid wajib bg yg berpendapat, sedangkan dia tidak bahkan melewat2kan, dan perkara-perkara sunat jika ditinggalkan buat selamanya ia akan menjadi wajib, sedangkan ia meremehkan atau tidak melaksanakannya spt solat-solat sunat, wirid slps solat, dan membaca Al-Quran.
15. Cuba kita belajar ilmu usul feqh, bagaimana kita berdalil? bagaimana kita memahami dalil? bagaimana kita berhubung dgn perkara zoni? bagaimana kita memahami lawan? bagaimana kita menghormati lawan? bagaimana kita berhadapan dgn org awam? perkara-perkara beginilah yg patut kita fahami.
16. Jadilah seperti Imam Syafie, apabila merasa ragu-ragu dalam sesuatu masalah, beliau akan solat istikharah. Jadilah seperti Imam Bukhari, apabila mahu meletakkan hadis, beliau akan solat istikharah. Jadilah seorang yg tawadu' spt Imam Malik. Jadilah seorang yg wara' spt Imam Ahmad.
17. Sesiapa yg ada persoalan dan kritikan dgn apa yg saya sampaikan ini, dipersilakan. Insyaallah saya akan terima dgn baik dan jgn menyimpan jarum di dalam hati.
wallahu a'lam.
------------ ---
Ahmad Irdha Bin Mokhtar
Sumber : Usrah Baitul Irfan