Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Fwd: Marah.

4 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Fwd: Marah. Empty Fwd: Marah. Mon Jul 06, 2009 3:01 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Kisah A:
Seorang ibu memarahi anaknya yang tidak membuat kerja sekolah lantaran malas dan leka dengan rancangan kartun di televisyen.

Kisah B:
Seorang bapa tidak memarahi anak lelakinya yang menghisap rokok kerana si bapa juga seorang perokok.

Analogi ini sekadar pencetus untuk kita berfikir tentang keperluan marah. Betul atau salah tindakan si ibu dan si bapa? Ana pasti semua mempunyai tafsiran tersendiri berdasarkan kisah rutin yang biasa berlaku dalam masyarakat kita ini. Si ibu patut marah kerana jika anaknya dibiarkan sahaja menonton siri kartun kegemarannya, sudah pasti kerja rumah yang diberikan oleh guru gagal disiapkan. Tetapi, betulkah tindakan si bapa yang tidak memarahi anaknya lantaran menghisap rokok? Kemungkinan, si anak akan menempelak kembali si bapa, lantaran kehilangan nilai-nilai murni di mana ibu bapa tidak lagi dihormati.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi S.A.W: ‘Berilah wasiat kepada aku’. Sahut Nabi: ‘Janganlah engkau marah.’ Kemudian ia mengulangi beberapa kali. Sabdanya: ‘Janganlah engkau marah.’ Riwayat Bukhari.

Adapun maksud ‘Janganlah marah’ yang dikatakan kepada lelaki tersebut ialah jangan menurut nafsu kemarahan itu dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu marah itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya daripada tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.

“Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam. Cubalah lihat bila salah seorang kamu dalam kemarahan, kedua matanya merah, urat lehernya kelihatan timbul. Apabila salah seorang berasa marah maka hendaklah ia berbaring atau duduk di atas bumi.”

“Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seorang kamu maka hendaklah ia berwudhu.”

Imam Ghazali berkata: “Kemarahan manusia bermacam-macam. Setengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Setengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Setengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji.”

Sebagaimana telah diketahui bahawa Rasulullah mengatakan ‘Janganlah marah’, sebab kemarahan melenyapkan sama sekali akan sebenarnya orang yang lemah; lemah menguasai dirinya, lemah menghadapi suatu kelakuan yang tenang, sekalipun dia orang yang gagah dan ditakuti.

2Fwd: Marah. Empty Re: Fwd: Marah. Mon Jul 06, 2009 3:56 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Subhanallah Smile

Satu motivasi buat kita betapa pentingnya menonjolkan akhlaq yang baik. Sebenarnya menegur melalui akhlaq adalah lebih berkesan berbanding kata-kata Smile

3Fwd: Marah. Empty Re: Fwd: Marah. Mon Jul 06, 2009 6:20 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

bila marah sirami la dengan wuduk..
air wuduk yg mengalir tu umpama menyiram api yg sedang marah..
dan akhirnyer sejuk dek kerana kesejukkan yang ada pada air itu sendiri..

p/s xmo marah2 ..nanti kene jual..hehe
Razz : Very Happy

4Fwd: Marah. Empty Re: Fwd: Marah. Sun Jul 26, 2009 7:27 pm

haziman

haziman
Ahli Senior
Ahli Senior

sape yang nak jual tu?

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum