Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Fwd: Antara sebab kenapa perlu balik kerja awal.

4 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Salam semua.... saya tengah belek2 koleksi artikel yang ada dalam simpanan, dan nampaknya yang ini agak menarik untuk dikongsi bersama.
Sila baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
sunny

********************************************************************

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

salam~
lazim perkara mcm ni berlaku.. termasuk sy sendiri..huuu
Pada orang luar, sangat ringan menyebut minta maaf, terima kasih, tapi bila dengan family sendiri, kalau ada pun jarang. Embarassed
Sama2lah baiki kekurangan ini:)

http://normyislam.blogspot.com

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Itu yang peliknya, dengan orang lain punyalah jaga hati, tutur bicara dan semuanya manis belaka (biasanya lah). Tapi dengan keluarga sendiri, sebaliknya pula....

Bila duduk bersendirian, atau pun jauh di perantauan, kalau terkenang ini semua, syahdu sungguh rasanya. Rolling Eyes

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Orang yang paling baik diantara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada ahli keluarganya... - mafhum hadis. Smile

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

terkenang..teringat...pada kampung halaman..nun jauh di mata... Sad Sad

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum