Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Kehilangan Malek Nor

3 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Kehilangan Malek Nor Empty Kehilangan Malek Nor Tue Jun 09, 2009 4:05 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.

zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Subhanallah! Insan yang paling gagah di Asia jadi lentok dengan azan. Subhanallah.

Ya Allah,matikanlah kami dalam iman dan Islam. Jangan pesongkan hati kami setelah Engkau berikan hidayah. Ameen.

2Kehilangan Malek Nor Empty Re: Kehilangan Malek Nor Thu Jun 11, 2009 8:43 am

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Hakikatnya semua manusia itu hina di sisi Allah s.w.t tak kiralah orang itu berpangkat apa pun kan?
Orang yg banyak buat salah pun akan diangkat darjatnya lebih tinggi jika itu kemahuanNya. Wink

http://normyislam.blogspot.com

3Kehilangan Malek Nor Empty Re: Kehilangan Malek Nor Sat Jun 13, 2009 12:14 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Tak pasti samada Insyirah yang tulis artikel ni sepenuhnya atau... sebab masa mula2 baca tu macam Insyirah jer yang jumpa ngan Malek Noor ni. Very Happy

alhamdulillah, dia (Malek Noor) sedar siri akhirnya... bagus sangat2 tu.

4Kehilangan Malek Nor Empty Re: Kehilangan Malek Nor Tue Jun 16, 2009 9:39 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Bukan saya yang menulisnya, saya copy dari jurnal seorang ukhti yang sedang menyiapkan PhD dalam Pengajian Islam di UK. Terasa nak berkongsi dengan insan yang lain apa yang saya dapat. Smile

Bila baca cerita begini, termenung juga... Apa pula agaknya pengakhiran hidup kita sebagai hamba Allah. Hidayah kita dah dapat melalui al-Quran, yang didambakan adalah taufiq Allah taala. :'(

5Kehilangan Malek Nor Empty Re: Kehilangan Malek Nor Sun Jun 28, 2009 11:36 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Teringat mengenai kematian Michael Jackson baru2 ni.
Menurut beberapa pihak, beliau ni dah memeluk agama Islam, kalau betul, alhamdulillah.
Tak kiralah ada kaitan atau tak dengan penyanyi pop ini.., secara tak langsung telah buat sy berfikir...insaf. Tak kira siapa pun seseorang pun di dunia ni, berapa banyak dosa pun yang dibuat, malah bagi yang kafir sekalipun, andai Allah s.w.t nak kurniakan taufik dan hidayahnya, bila2 masa saja manusia tersebut akan menerimanya... diangkat darjatnya. Biar sudah berpuluh2 tahun pun brada dalam kesesatan, andai sudah menjadi kehendaknya, akan lahir semula.. suci..umpama bayi.
Subhanallah.

http://normyislam.blogspot.com

6Kehilangan Malek Nor Empty Re: Kehilangan Malek Nor Mon Jun 29, 2009 3:11 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Bila difikirkan semula, ini bukan kehilangan Malek Noor, ini kemunculan dia yang sebenar. Smile Alhamdulilah, satu teladan buat kita semua. Berubah dari yang kurang kepada lebih baik.

Cerita Mikael Abdullah (dengarnya ini nama Islam Michael Jackson), sedang hangat sekarang, hinggakan Gooogle pun down selama lebih kurang setengah jam, kerana ramai sangat membuat carian "Michael Jackson" pada hari kematiannya.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum