Al-Quran Teman Di Kubur
walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran....bacalah setiap hari
paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk
membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran
itu cahaya penyuluh hidup
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat
yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah
pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat
satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia
dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang
kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara
dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan
pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba
untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang
gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau
dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak
akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan
suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah
engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak
akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak
itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan
kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita
tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya
sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita
adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu
memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita
jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung
dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah
ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.
Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARI BACA
AL-QURAN!! !