Haram tetap haram. Say NO to IKHTILAT..!
----------
yallah nabda'.. bismillah..
Mencari yang terbaik, jadilah yang terbaik.. Indah begitu, bukan??
Jalan jejalan kat web yang dah lama saya tak jengah lalu berjumpa dengan ciri-ciri isteri solehah dan suami soleh ini.. Jemput lah baca ya!
Ciri-ciri isteri idaman.
1. Rajin baca Al Quran (kalau selalu khatam lagi bagus)
2. Tudung labuh(kalau purdah lagi mantop)
3. lemah lembut tutur kata
4. comei @ cantik (tak percaya cuba tanya kaum Adam)
5. Solat berjemaah.
6. Ilmu agama tinggi (ustazah lagi baguih)
7. Pakai Jubah
8. selalu join aktiviti keagamaan
9. Halus budi pekerti
10. pendek kata macam-macam kebaikanlah
Hakikatnya,
1. Pandai baca Al Quran memang bagus. tetapi pandai mengurus rumah tangga lagi bagus. sebab apabila mempunyai anak kadangkala masa tu penuh dan kena pandai berasimilasi contohnya bacalah al Quran secara perlahan-lahan semasa menidurkan anak.
2. Tudung labuh sebenarnya bukan criteria wajib bagi wanita solehah. hati yang ditudung dengan iman yang sepatutnya. yang wajib ialah tudung yang menutup aurat.
3. Ya dengan suami dan anak-anak dan keluarga terdekat perlu berlemah lembut, sedikit tegas kepada non mahram
4. comei @ cantik? Ini semuanya satu penipuan syaitan dan media, sebab kalau yang dipaparkan dalam media islam atau video klip nasyid semuanya muslimah yang cun dan lawa sahaja. sampai orang warak dan pendakwah pun terpengaruh. hakikatnya tidak begitu.
5. Ya solat berjemaah dengan suami dan anak-anak. hakikatnya kalau dua-dua bekerja dan terpaksa bergilir-gilir menjaga anak yang masih kecil (1-2 tahun) mungkin jarang dapat peluang berjamaah bersama.
6.ya ilmu agama yang tinggi itu bonus. tetapi kepandaian dan pengalaman dalam mengurus kehidupan itu yang lebih baik. Biarlah kurang sedikit ilmu agama asalkan kehidupan terurus, anak terbela, rumah sentiasa kemas
7. Jubah itu satu ciri menutup aurat. Jika memakai pakaian lain yang memenuhi skima menutup aurat juga boleh dikategorikan isteri solehah. sebab dia paham maksud menutup aurat tu. itu yang penting.
8. Masih boleh join aktiviti, namun sekali sekala sebab tuntutan bekerluarga tu lebih mencuri masa. Apa pun dengan kecangihan teknolgi media, masih boleh medengar kuliah di TV atau radio atau internet secara berjemaah bersama suami dan anak-anak.
9 halus budi pekerti, pendiam ya ini satu karekter yang pasti perlu di transferkan kepada anak –anak. tapi karekter pendiam tak semestinya halus budi pekerti...
10. kesimpulannya manusia tak sempurna. Isteri yang solehah yang sebenar dan sepatutnya ialah yang pandai menguruskan dirinya, agamanya dan keluarga secara bersama, itu sahaja.
Ciri-ciri suami soleh.
1 AL hafiz
3. pendakwah.
5. rajin pakai kopiah (berserban lagi baik)
6. rajin solat berjemaah
7. ada janggut
8. pakai baju raihan
9. bekas student U (kalau course agama lain bagus)
10. Bahasakan diri ana anta.
11. involve aktiviti keagamaan.
12. dan banyak lagi persepsi tipikal yang lain
Tapi hakikatanya,
1. Al hafiz- Alhafiz pun hantar anak pergi sekolah belajar Al Quran, hakikatnya di zaman ni sukar sebab dengan suami dan isteri yang bekerja.
2. Tak semestinya suami soleh itu pendakwah, tetapi suami yang soleh ialah suami yang pandai menyebarkan kebaikan didalam keluarganya.
5. Serban dan kopiah bukan criteria suami soleh, ini hakikat.
6. Solat berjemaah adalah di tuntut, tetapi kefahaman yang diperolehi dalam solat berjemaah itu tadi mestilah dinikmati keluarganya.
7. janggut adalah sunnah tapi bukan criteria suami soleh hakikat nya kumpulan rock jerman “scorpion” pun ada janggut.
8. suami yang pakai jeans dengan T shirt pun ramai yang soleh, jangan ukur pakaian sahaja.
9. tahap pendidikan mempengaruhi tahap IQ dan kebijakkan tetapi tahap kematangan EQ adalah lebih penting, so jangan pandang rendah orang kerja kampong.
10. ana anta, itu hanya istilah bahasa arab, dan bukan criteria suami soleh.
11. ya involve dalam aktiviti keagamaan itu sangat baik, tetapi sebagai suami soleh ianya perlu memastikan keluarganya tidak terabai, anak-anak dan isteri mendapat cukup perhatian. kalau tidak dia bukan suami soleh.
12. Kesimpulannya Suami soleh ialah suami yang secara praktikalnya membina keluarga secara Islam yang sebenar dengan konsisten. Itu sahaja.
Wallahua'lam.