Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

    You are not connected. Please login or register

    Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD)

    5 posters

    Go down  Message [Page 1 of 1]

    1Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Empty Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Wed Nov 26, 2008 10:05 am

    syafinur

    syafinur
    Ahli Aktif
    Ahli Aktif

    Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

    Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

    Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

    Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

    Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

    Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

    Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

    Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
    I love you I love you flower flower

    2Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Empty Re: Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Wed Dec 10, 2008 9:32 am

    aysarahanan

    aysarahanan
    Moderator
    Moderator

    jodoh tu Allah dah tetapkan..

    pasti ada...cuma perlu usaha..

    tidak berserah kepada takdir semata.. Smile

    3Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Empty Re: Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Thu Jan 29, 2009 10:32 am

    islamicboy

    islamicboy
    Ahli Senior
    Ahli Senior

    betul tu aysa....jodoh itu Allah telah tetapkan utk kita semua....

    walaupun begitu...kita harus mencuba mencari jodoh kita...

    semuga apa yang kita cari dan usaha akan mendapat keredhaan dariNya....

    http://azizul.proboards91.com/

    4Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Empty Re: Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Sun May 03, 2009 12:16 pm

    izyan insyirah

    izyan insyirah
    Ahli Aktif
    Ahli Aktif

    hmmm..sy kecewa.........................................SadSadSadSad

    http://izyaninsyirah.blogspot.com

    5Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Empty Re: Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Sun May 03, 2009 3:17 pm

    syafinur

    syafinur
    Ahli Aktif
    Ahli Aktif

    salam..... knapa izyan insyirah kecewa???

    6Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Empty Re: Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Tue Jul 28, 2009 8:40 pm

    islamicboy

    islamicboy
    Ahli Senior
    Ahli Senior

    kenapa kecewa plak tu...

    http://azizul.proboards91.com/

    7Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Empty Re: Jodoh Itu Ketentuan Tuhan(FWD) Mon Aug 03, 2009 5:55 pm

    indah

    indah
    Ahli Aktif
    Ahli Aktif

    Erm.. tu la.. kenapa kecewa... jangan sedih2.. Smile Jodoh sememangnya sesuatu yang bukan di dalam tangan manusia untuk menentukannya. Yang penting doa dan usaha. Kadangkala kita dipertemukan dengan orang yang salah , sebelum berjumpa dengan jodoh kita. Ia adalah untuk kita belajar, erti kehidupan itu sendiri. Dan yakinlah dengan Allah S.W.T. Smile

    http://www.shindah.blogspot.com

    Sponsored content



    Back to top  Message [Page 1 of 1]

    Similar topics

    -

    » ~ Dilema Memilih Jodoh ~

    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum