Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Buat sahabat muslimahku sayang....

5 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Buat sahabat muslimahku sayang.... Empty Buat sahabat muslimahku sayang.... Thu Feb 28, 2008 9:57 am

yanna_syaddiqin

yanna_syaddiqin
Ahli Junior
Ahli Junior

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku arrijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..
Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu arrijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinya kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku arrijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku arrijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..

Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik.

Sama²lah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak.
ALLAHu 'alam.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin,
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan,
Erti bercinta yang sebenar,
Insya ALLAH!!

flower





http://www.friendster.com/muslimat

2Buat sahabat muslimahku sayang.... Empty Re: Buat sahabat muslimahku sayang.... Thu Feb 28, 2008 1:21 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Allah yubarik fik a ukhti Smile
Ana kan... terus teringat pada seseorang bila baca ayat anti.. Subhanallah, betapa Allah menggerakkan hati hamba-hamba Nya untuk menyebarkan risalah juga nur qalbi buat kita semua. Jazakillah...! Crying or Very sad

3Buat sahabat muslimahku sayang.... Empty Re: Buat sahabat muslimahku sayang.... Fri Feb 29, 2008 11:11 am

yanna_syaddiqin

yanna_syaddiqin
Ahli Junior
Ahli Junior

Allah yubarik fik syira..
insyaAllah..yakinlah dgn penuh hikmah..
Allah sentiasa bersedia menyerahkan kita pd hambaNYA
yg sentiasa melabuhkan cinta pdNYA..
teguhkan imanmu sahabat..
ma'at taufiq..! Wink

http://www.friendster.com/muslimat

4Buat sahabat muslimahku sayang.... Empty Re: Buat sahabat muslimahku sayang.... Sat Aug 29, 2009 10:39 am

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

saya minta permission untuk copy beberapa rangkap ya (masuk blog)...hehe..
terutama rangkap yang 'terkesan' di hati..yala, dah kena batang hidung sendiri..huuu

http://normyislam.blogspot.com

5Buat sahabat muslimahku sayang.... Empty Re: Buat sahabat muslimahku sayang.... Tue Oct 05, 2010 7:47 pm

amalina.azra

amalina.azra
Ahli Baru
Ahli Baru

Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun HAtInya. Tapi seandainya kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana ALLAH untuk menjaga kita?? Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk diJAGANYA... mengapa masih ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu, tapi dicari.. hargailah kesempatan yang ALLAH berikan kepadamu....
I love you

6Buat sahabat muslimahku sayang.... Empty Re: Buat sahabat muslimahku sayang.... Wed Oct 06, 2010 5:33 am

azizul

azizul
Admin
Admin

sama - samalah kita mengambil pengajaran.... semoga dilindungi drpd kesesatan... =)

https://al-insyirah.forummotion.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum