Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

wanita vs lelaki

4 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1wanita vs lelaki Empty wanita vs lelaki Sat Feb 16, 2008 3:06 am

haziman

haziman
Ahli Senior
Ahli Senior

>Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik
>nafas lebih dalam daripada wanita;
>Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak
>memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi
tenaga;
>Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus;
>Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar
suaranya;
>Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.
>Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan
wanita
>diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak;
>Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah
>mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan
hubungan perasaan;
>Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih
>menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih
pengamatan
>luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu
kepada
>sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang
membuka;
>menampakkan banyak benda;
>Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga
>perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;
>Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar
>rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki.
>Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan,
>duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita
semuanya
>ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank,
>buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip
>kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak,
>cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm...dan macam-macam lagi.
>Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan
>pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila
>sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan
>penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan
>duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen
>memandu supaya selamat daripada disoal polis.
>Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu,
>tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara
berbeza.
>Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza.
>Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar
>dari rumah awal pagi.
>Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya,
>apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk
>dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke
>pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju
>di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan
>lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya,
>apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat
>kerja, asalkan semuanya beres.
>Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri,
>apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda
dahulu,
>satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang,
>diperhatikan dieselkan. Kemudia pegang pula kain lain, selepas berjam-jam
>barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut
>setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju
>ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak
>mengambil masa yang lama seperti perempuan.
>Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza
>daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan
>bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si
>suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat
>botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah
>pengasuh.

>Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi
>saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih
>berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang
>antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga
>berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka
>kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang
>menyayangi.

2wanita vs lelaki Empty Re: wanita vs lelaki Sat Feb 16, 2008 5:32 pm

kuHas


Ahli Baru
Ahli Baru

wanita dan lelaki mmg diciptakan berbeza.tp perbezaan inilah yg saling melengkapi antara satu sama lain.

3wanita vs lelaki Empty Re: wanita vs lelaki Mon Feb 18, 2008 10:59 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

haziman wrote:
>Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri,
>apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu,
>satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang,
>diperhatikan dieselkan. Kemudia pegang pula kain lain, selepas berjam-jam
>barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut
>setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju
>ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak
>mengambil masa yang lama seperti perempuan.
Betul, saya sokong ayat kat atas ni. Kadang2 tak faham dengan perangai perempuan ni, lain yang dicari, lain pula yang dibeli. Begitulah lumrah kehidupan, penuh dengan perkara2 yang menyerikan. Heheheh...

4wanita vs lelaki Empty Re: wanita vs lelaki Fri Feb 22, 2008 8:41 am

avar_counselor

avar_counselor
Ahli Senior
Ahli Senior

kuHas wrote:wanita dan lelaki mmg diciptakan berbeza.tp perbezaan inilah yg saling melengkapi antara satu sama lain.


Very Happy good point sis...

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum