Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Cambridge Benarkan Graduan Berpurdah

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Cambridge Benarkan Graduan Berpurdah Empty Cambridge Benarkan Graduan Berpurdah Thu Nov 05, 2009 10:02 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Cambridge Benarkan Graduan Berpurdah Purdah

LONDON - Menara gading berprestij di dunia, Universiti Cambridge kelmarin mengumumkan untuk membenarkan para penuntut wanita beragama Islam memakai purdah pada majlis konvokesyen.

Keputusan drastik melanggar peraturan sedia ada itu dibuat selepas pegawai-pegawai universiti tersebut mengadu ramai pelajar berpakaian kasual ketika upacara tahunan itu.

Mengikut tradisi universiti itu yang ditubuhkan pada tahun 1209 oleh sekumpulan lepasan Univeristi Oxford, graduan dikehendaki memakai sut berwarna gelap dan kemeja putih serta gaun labuh.

Pihak pentadbiran universiti memberi amaran, kod pakaian itu akan diperketatkan dan pelajar ingkar akan ditegah daripada menghadiri majlis konvokesyen itu.

Namun, pelajar lelaki Scotland sudah lama menentang peraturan pakaian itu sebaliknya gemar memakai kilt iaitu skirt paras lutut yang menjadi tradisi masyarakat Scotland.

Kelonggaran itu mendapat bantahan pelajar asing lain dan akhirnya pihak universiti dijangka membenar pemakaian sari dan kimono, masing-masing untuk penuntut India dan Jepun.

Kelmarin, pentadbiran Cambridge memperluaskan kebenaran itu termasuk purdah yang bukan sahaja ketika konvokesyen, malah semasa menghadiri kelas tutorial dan syarahan umum.

Penarikan larangan kod itu disambut baik ahli-ahli Persatuan Pelajar Islam Cambridge yang mempunyai 600 penuntut Islam dan pernah memohon kebenaran pemakaian purdah.

"Pakaian yang bercorak tuntutan keagamaan dan kebudayaan dibenarkan semasa majlis rasmi bahkan kami menghormati perkara itu," kata seorang jurucakap Cambridge . - Agensi

sumber: kosmo (2 nov 2009)


Alhamdulillah... Smile

Kadang-kadang saya melihat, barat tidaklah seburuk yang kita fikirkan. Bahkan mereka lebih terbuka dalam soal sensitiviti agama. BUKAN SEMUA teruk, cuma kadang-kadang kita melihat mereka tidak sensitif adalah kerana mereka tidak faham.

Semasa menghadiri Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, seorang panelis adalah orang Palestin yang bermastautin di UK. Beliau merupakan pelarian Palestin yang pernah berteduh di US dan kemudian bermastautin di UK, yahudi pun bukan semua setuju dengan penubuhan negara Israel. Tetapi yang diperangi ialah Yahudi Zionis. Wallahua'lam.

Membaca blog Saifulislam.Com buat saya lebih cuba positifkan minda bahawa barat tidaklah barat tetapi yang tidak barat terlebih barat daripada barat. Wallahua'lam.

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum