Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

    You are not connected. Please login or register

    Influenza A (H1N1)

    Go to page : Previous  1, 2

    View previous topic View next topic Go down  Message [Page 2 of 2]

    1 Influenza A (H1N1) on Fri Jul 31, 2009 12:02 am

    dheadz


    Admin
    Admin
    First topic message reminder :

    Influenza A (H1N1)

    ABSTRAK

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema khinzir atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema khinzir yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.


    PENGENALAN

    Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan khinzir. Virus Influenza A (H1N1) atau demam khinzir ini biasanya berlegar dalam spesies khinzir sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.


    Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

    Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan khinzir disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema khinzir ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan khinzir. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema khinzir telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


    Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

    Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


    Adakah Virus Ini Berjangkit?

    CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

    Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

    Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

    Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema khinzir dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema khinzir boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


    Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

    Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.


    Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

    Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


    Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

    Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.


    Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

    CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema khinzir ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

    Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


    Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

    Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.


    Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

    Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.


    Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

    Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.


    Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

    Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema khinzir ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema.

    Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

    • Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
    • Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
    • Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
    • Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.


    Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

    • Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
    • Jangan pergi ke sekolah;
    • Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
    • Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
    • Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
    • Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


    Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

    Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


    Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

    Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.


    Jika anda sakit anda perlu:-

    • Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
    • Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

    Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

    • Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
    • Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
    • Tidak minum air yang secukupnya;
    • Tidak bangun dan berinteraksi;
    • Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
    • Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
    • Demam dan beruam.


    Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

    Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema khinzir (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema khinzir ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema khinzir dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema khinzir dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


    Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan khinzir?

    • Tidak.


    Selesema khinzir tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan khinzir. Memakan produk berasaskan khinzir yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

    TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

    • Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-

    i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

    ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

    iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.

    iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

    • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

    • Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

    • Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

    • Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema khinzir dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

    • Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my



    Sumber :
    Pusat Maklumat Rakyat
    • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
    • Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
    • Akhbar-akhbar Utama Tempatan


    _________________
    Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

    26 Re: Influenza A (H1N1) on Wed Aug 12, 2009 8:15 pm

    aysarahanan


    Moderator
    Moderator
    doa ni pon kita boleh baca bila2 masa,sebelum makan,susuli doa ini sebelum makan,atau menjamah apa2 makanan.. Smile

    27 Re: Influenza A (H1N1) on Wed Aug 12, 2009 11:07 pm

    azizul


    Admin
    Admin
    Assalamualaikum ,
    UDM, setakat yang azizul tahu, dah ada 6 orang positif, dan kami diwajibkan pulang pada cuti pertengahan semester ni(minggu depan) kebanyakan darpd kami memakai mask, yg muslimahnya, nampak jangal bila pakai mask, mcm pakai niqob je... mana tau tergerak hati pakai niqob ek? cuma masalah sekarang ini, berita diwajibkan pulang, hanya diketahui semalam, nasib baik ada bas. dan yang kena kuarantin pun balik naik bas awam.... sesuatu yg tak patut berlaku, diorg tak disahkan positif atau tidak tetapi masih ada risiko penularan .... erm, UDM..... Sad

    kawan azizul ada yang kena kuarantin, dan dia akan pulang ke perak dengan bas awam, walaupun doktor dah arahkan UDM sediakan bas utk hantar mereka2 ini pulang, dia nasihatkan azizul, jgn pandang ringan jangkitan ini.
    pada petang ahad lepas , dia ke kawasan kuarantin tanpa mask sebab nak tolong adik kemas barang,
    diwaktu malamnya, mula batuk2 sehingga nak menangis...
    dan pagi keesokkanya , suhu badan melampau membuatkan dia terpaksa dikuarantin...

    ambil perhatian ye.


    _________________
    http://al-insyirah.forummotion.com

    28 Re: Influenza A (H1N1) on Thu Aug 13, 2009 1:26 am

    dheadz


    Admin
    Admin
    Betul tu Azizul, penangan H1N1 n memang teruk, ramai sungguh rakyat Malaysia dah terkorban. Bilangan ini makin meningkat setiap hari. Terfikir juga, jika ramai yang ambil mudah, tidak mematuhi apa yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan, doktor dan sebagainya, kes ini takkan dapat dibendung. Semua pihak kena ambil serius. Setiap orang perlu ada rasa bertanggungjawab untuk tidak menjadi penyebab kepada penularan virus ini kepada yang lain. Nak tunggu vaksin lambat lagi, dengarnya bulan November nanti, lama lagi tuu... Rolling Eyes

    aysarahanan wrote:doa ni pon kita boleh baca bila2 masa,sebelum makan,susuli doa ini sebelum makan,atau menjamah apa2 makanan.. Smile
    Betul tu Aysa, doa tersebut boleh diamalkan setiap hari. Saya dah amalkan sejak dari tingkatan 2 lagi. Ustazah yang ajarkan doa ini pada kami semua masa kelas Agama Islam.


    _________________
    Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

    29 Re: Influenza A (H1N1) on Thu Aug 13, 2009 10:57 am

    indah


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif
    Sememang H1n1 NI MEMANG SANGAT BAHAYA... huhu..setakat yang indah dengars emalam.. dah 36 kematian disebabkan H1N1 ni.. memang peratusnya sikit... 36 dari berjuta rakyat malaysia.. tapi dalam 36 orang ni .. paling tidak pernah berhadapan face to face dengan 50 orang.. dan 50 orang tersebut mungkin pernah berjumpa dengan 50 orang lagi yang lain.. jadi.. kebarangkalian untuk kita terkena virus ni memang ada walaupun belum ada kawan-kawan kita yang disahkan terkena virus ini..

    Jom amalkan makan buah .... InsyaAllah....

    A/H1N1 flu death toll hits 274 in Brazil
    www.chinaview.cn 2009-08-13 09:10:37

    RIO DE JANEIRO, Aug. 12 (Xinhua) -- Brazilian health authorities Wednesday reported 58 new cases of A/H1N1 flu in the country, bringing the death toll to 274.

    So far, Sao Paulo has the highest death toll, with 111 victims, followed by Parana with 58 and Rio Grande do Sul with 55.

    With the new figures, Brazil has the third highest death toll in the world, only behind the Unite States and Argentina.

    The rise in the death toll led many states extend the winter vacations, which usually take two to three weeks, to the end of August or even early September.

    The health authorities said Brazil would import 18 million doses of flu vaccine, of which 1 million will arrive this year, and the remainder in 2010.Meanwhile, Brazil would also produce 30 million doses of the vaccine.

    According to the Brazilian Health Ministry's latest report, released on Aug. 5, there were 2,959 confirmed cases of A/H1N1 flu in the country.



    Last edited by indah on Thu Aug 13, 2009 11:26 am; edited 1 time in total

    http://www.shindah.blogspot.com

    30 Re: Influenza A (H1N1) on Thu Aug 13, 2009 2:49 pm

    dheadz


    Admin
    Admin
    Bercakap mengenai makan buah, teringat saya satu petua yang diamalkan oleh penduduk Thailand untuk menangani kes2 H1N1 ni, yang saya dapat melalui email. Kemujarabannya wallahualam, tapi saya ingin berkongsi juga info ini di sini, mana tahu ada manfaat utk semua.

    Salam..... sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan bantun. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema khinzir.

    bahan2nya adalah
    1. air kelapa
    2. kurma
    3. mangkuk

    cara2nya
    1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
    2. tuang air kelapa
    3. biar sejam dua
    4. minum air kelapa bersama makan kurma


    _________________
    Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

    31 Re: Influenza A (H1N1) on Thu Aug 13, 2009 2:52 pm

    izyan insyirah


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif
    azizul wrote:Assalamualaikum ,
    UDM, setakat yang azizul tahu, dah ada 6 orang positif, dan kami diwajibkan pulang pada cuti pertengahan semester ni(minggu depan) kebanyakan darpd kami memakai mask, yg muslimahnya, nampak jangal bila pakai mask, mcm pakai niqob je... mana tau tergerak hati pakai niqob ek? cuma masalah sekarang ini, berita diwajibkan pulang, hanya diketahui semalam, nasib baik ada bas. dan yang kena kuarantin pun balik naik bas awam.... sesuatu yg tak patut berlaku, diorg tak disahkan positif atau tidak tetapi masih ada risiko penularan .... erm, UDM..... Sad

    kawan azizul ada yang kena kuarantin, dan dia akan pulang ke perak dengan bas awam, walaupun doktor dah arahkan UDM sediakan bas utk hantar mereka2 ini pulang, dia nasihatkan azizul, jgn pandang ringan jangkitan ini.
    pada petang ahad lepas , dia ke kawasan kuarantin tanpa mask sebab nak tolong adik kemas barang,
    diwaktu malamnya, mula batuk2 sehingga nak menangis...
    dan pagi keesokkanya , suhu badan melampau membuatkan dia terpaksa dikuarantin...

    ambil perhatian ye.

    hah!!!
    jgn lupa pakai mask....
    Mad

    http://izyaninsyirah.blogspot.com

    32 Re: Influenza A (H1N1) on Thu Aug 13, 2009 10:01 pm

    aysarahanan


    Moderator
    Moderator
    aysa kat sini pon persatuan dah mula edar topeng tu...berserta dengan risalah2..

    tapi kat sini xde pon tengok orang pakai topeng..agaknya mereka tak tahu lagi kut wabak tu sedang menular....

    pihak kedutaan pon ada mengingatkan ,supaya hadkan aktiviti keluar masuk negara asing..huhu...silent

    kene duduk sini diam2..xleh g mana2.. study

    33 Re: Influenza A (H1N1) on Thu Aug 13, 2009 10:56 pm

    dheadz


    Admin
    Admin
    Pemahaman yang penting tentang cara mengelakkan diri dari terkena virus ini ialah cuba hindari diri dari sentuh hidung, mata (bahagian muka) dengan tangan sendiri yang tidak pasti kebersihannya. Virus yang mungkin ada di tangan boleh masuk ke dalam badan melaui hidung. Sebab itu kita digalakkan bersihkan tangan dengan cara yang betul selalu kerana kita mungkin menyentuh objek2 yang sama2 disentuh mereka2 yang membawa virus ini bersama mereka (samada sedar atau tidak). Ini adalah antara cara lain untuk 'dindingkan' diri di samping memakai topeng muka (mask).


    _________________
    Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

    34 Re: Influenza A (H1N1) on Fri Aug 14, 2009 1:35 pm

    indah


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif
    Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
    13 Ogos 2009



    Untuk makluman, terdapat seramai 51 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 29 lagi dirawat di ICU. Daripada 29 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 16 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (12), obesiti (2), hamil (1) dan post-delivery (1). Terdapat sejumlah 7 kematian yang dilaporkan.

    Untuk makluman, 7 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu di antara 7 – 11 Ogos 2009. Kesemua mereka didapati mempunyai faktor risiko samada diabetes, hipertensi, penyakit jantung, imuniti yang rendah atau penyakit kongenital. Tujuh (7) kematian tersebut berlaku pada tarikh berikut; 7 Ogos (1 kematian), 10 Ogos (2 kematian) dan 11 Ogos (4 kematian). Maklumat ringkas kematian adalah seperti berikut:-

    1.
    Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 bulan mempunyai tahap imuniti yang rendah dimasukkan ke hospital pada 8/8/09 kerana demam, batuk, susah bernafas, muntah dan cirit birit selama 2 hari. Swab tekak diambil dan antiviral diberi pada 9/8/09. Beliau telah meninggal dunia pada 10/8/09 dan kematian disebabkan oleh severe pneumonia. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 11/8/09.

    2.
    Seorang wanita berumur 37 tahun, mempunyai sejarah diabetis, dimasukkan ke hospital pada 6/8/09 kerana demam dan batuk selama 3 hari. Swab tekak diambil dan antiviral diberi 9/8/09. Beliau meninggal dunia pada 11/8/09 akibat daripada severe pneumonia. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 11/8/09.

    3.
    Seorang wanita berumur 69 tahun dan mempunyai hipertensi. Mula mendapat simptom batuk dan susah bernafas pada 2/8/09. Beliau dimasukkan ke CCU 3/8/09 kerana sesak nafas. Sampel swab tekak telah diambil pada 10/8/09 dan disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada hari yang sama (10/8/09). Beliau meninggal dunia pada 11/8/09 kerana “acute myocarditis” akibat jangkitan influenza A(H1N1).

    4.
    Seorang wanita berumur 26 tahun, dan mempunyai penyakit kongenital. Mula mendapat simptom demam dan batuk pada 6/8/09. Beliau mendapatkan rawatan di hospital pada 8/8/09 dan dimasukkan ke wad serta diberi antiviral pada hari yang sama. Swab tekak telah diambil pada 8/8/09 dan sahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada hari yang sama. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 10/8/09 kerana mengalami “severe bronchopneumonia”.

    5.
    Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dan mengalami penyakit kongenital. Mendapat rawatan di klinik pada 2/8/09 batuk, sakit tekak dan selsema selama satu hari. Dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital akibat sesak nafas pada 6/8/09. Swab tekak diambil dan rawatan antiviral telah dimulakan pada awal 7/8/09 jam 00:30 pagi. Disahkan meninggal dunia dan mendapat jangkitan influenza pada 7/8/09 jam 04:58 akibat pneumonia. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 9/8/09.

    6.
    Seorang wanita berumur 92 tahun merupakan pengidap asthma. Mengalami demam dan susah bernafas sejak 6/8/09 dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama. Swab tekak diambil dan antiviral diberikan pada 9/8/09. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 10/8/09. Beliau meninggal dunia pada 11/8/09 kerana mengalami “severe pneumonia”.

    7.
    Seorang lelaki berumur 43 tahun merupakan pengidap diabetes, hipertensi dan penyakit injap jantung. Beliau dimasukkan ke wad pada 6/8/09 kerana demam, batuk dan sakit tekak selama 4 hari. Swab tekak diambil dan antiviral diberi pada 6/8/09. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 8/8/09. Beliau meninggal dunia pada 11/8/09 akibat severe pneumonia.

    Saya menasihatkan semua ibubapa atau penjaga untuk memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.

    Seperti yang telah dinyatakan di dalam kenyataan akhbar YBMK semalam, tindakan penutupan sekolah dan institusi hanya akan diambil sebagai pilihan terakhir. Sekolah tidak semestinya ditutup apabila berlaku kejadian influenza-like illness (ILI) di kalangan pelajar atau guru. Mereka ini sepatutnya diminta pulang ke rumah masing-masing dan mendapatkan rawatan segera. Mereka juga tidak perlu hadir kelas sehingga simptom berakhir. Aktiviti pembelajaran di sekolah atau institusi terbabit diteruskan seperti biasa. Walau bagaimanapun, tindakan penutupan boleh diambil oleh pihak sekolah/institusi jika kehadiran pelajar amat merosot dan menggangu aktiviti pembelajaran.

    Orang ramai diminta sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

    Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

    Sekian, terima kasih.

    TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
    Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

    Tarikh: 13 Ogos 2009

    Dipetik dari: http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php

    http://www.shindah.blogspot.com

    35 Re: Influenza A (H1N1) on Fri Aug 14, 2009 6:27 pm

    dheadz


    Admin
    Admin
    Saya tidak pasti bagaimana info tentang angka kematian di atas lain, tapi setakat semalam, sudah 51 orang menjadi mangsa H1N1. Akhbar2 seluruh negara pun melaporkan angka yang sama, 51 orang. Rolling Eyes


    _________________
    Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

    36 Re: Influenza A (H1N1) on Fri Aug 14, 2009 7:27 pm

    insyirah


    Moderator
    Moderator
    Baru je sekejap tadi baca sembang-sembang senior di satu forum lain yang sudah semakin ramai memakai mask tetapi seorang kakak ni dengan riangnya cakap;

    "antara mask dengan niqob baik pakai niqob, dapat pahala sunat" Razz

    Lagi satu kalau mask ni senang terkoyak, kena pakai lemah lembut. Dapat pada adik ana yang ganas tu, hadoi... memang senang je terkoyak. Dulu, orang selalu ngata pada orang berniqob, tapi sekarang beramai-ramai memakai topeng muka. Smile Teringat kes selsema burung dulu, semua ayam itik dibunuh tapi H1N1 ni tak de pula bab* dibunuh (diberitakan dalam TV atau akhbar). Kalau di Melaka, Johor banyak betul kes... Dimaklumkan disana banyak kandang bab*. Wallahua'lam.

    Betul dah info-info Dheadz, jaga kebersihan dan pakai mask. Usaha kita saja, selebihnya banyak berdoa dan solat hajat.

    Ya Allah, peliharalah kami dari musibah ini. Pandanglah kami dengan kasih sayang Mu.


    _________________


    "Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

    .:: HaRuMaN MaWaR ::.

    37 Re: Influenza A (H1N1) on Mon Aug 17, 2009 2:51 pm

    indah


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif
    dheadz wrote:Saya tidak pasti bagaimana info tentang angka kematian di atas lain, tapi setakat semalam, sudah 51 orang menjadi mangsa H1N1. Akhbar2 seluruh negara pun melaporkan angka yang sama, 51 orang. Rolling Eyes

    Itulah dheadz... saya pun tak tahu lain pulak jadinya... memang saya dengar dah 51 orang... lepas tu saya surf la website kementerian kesihatan... then berita yang dikeluarkan kata macam tu.. entahla...

    http://www.shindah.blogspot.com

    38 Re: Influenza A (H1N1) on Mon Aug 17, 2009 3:03 pm

    insyirah


    Moderator
    Moderator
    Di kawasan perumahan Syira sekarang ada seorang positif H1N1. Minggu lepas adik lelaki demam, alhamdulillah dah sihat. Maybe dia demam sebab exam, stress sangat agaknya. Kemudian dari hari Sabtu haritu adik perempuan pula demam selepas balik dr sekolah. Hingga hari ini masih demam, last day untuk tgk progres dia kalau harini masih demam, esok kene la pergi check. Sad

    Ahad lepas, Syira, ummi dan abi pergi pekan hari di kampung. Mostly yang pergi, tak pakai face mask pun. Ya Allah, kesedaran mereka masih nipis lagi walaupun dah ramai yang kene H1N1 ni. Tak tahu la nak cakap apa, parents Syira pakai face mask dan nampak la beberapa orang pakai. Rasanya dalam 5 orang je yang kami jumpa pakai face mask (siap kira pula). Then, orang pandang pelik jer. Isk isk isk... Abi bisik pada Syira:

    "Mungkin macam ni agaknya perasaan bile pakai niqob masa mula-mula yek." Embarassed

    Kak Indah, face mask di tempat Kak Indah mahal tak? Sini haritu beli di farmasi sekeping 50sen. Kalau nak better untuk keselesaan, try la pakai niqob (sementara kes H1N1 ni masih aktif, after this takyah la pakai niqob kalau tak mo) sebab Syira rasa face mask lepas pakai better buang, sebab... peluh2 semua tu kan, nanti jadi jangkitan kuman pula. Huk huk huk. Sad

    Sebab Syira pakai niqob pastu boleh basuh jadi takde la nak kena beli face mask hari-hari. Rolling Eyes Kawan-kawan pun ada yang tanya meterial kain cmner yang elok untuk buat niqob gara-gara H1N1 sebab di area Kuala Lumpur mencecah RM2 bagi sekeping face mask Rolling Eyes Kolej/Uni/pejabat pun 'pejam mata' bila pakai niqab sebab... H1N1 ni lah, sebelum ni kalau IPTA tak leh pun pakai niqob (tapi UIAM, UM ada juga akhawat yang pakai niqob) Very Happy

    Demi keselamatan... just my 2 cent Smile


    _________________


    "Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

    .:: HaRuMaN MaWaR ::.

    39 Re: Influenza A (H1N1) on Tue Aug 18, 2009 12:12 am

    dheadz


    Admin
    Admin
    Satu perkara saya nak ingatkan kepada sahabat semua, jangan pergi ke hospital menghantar orang yang ada tanda2 penyakit H1N1 misalnya, tapi anda tidak menghindari diri dari terkena jangkitan H1N1. Kemungkinan anda akan terkena jangkitan ini ADALAH AMAT TINGGI, dengan bilangan pesakit ini yang ramai di hospital sekarang. Jikalau terpaksa juga, ambil langkah2 untuk elakkan diri dari terkena jangkitan, dengan memakai topeng muka misalnya. Juga hindari diri dari pegang benda2 yang orang lain biasa pegang (tombol pintu misalnya). Virus H1N1 mungkin ada di situ. Kalau nak buka pintu, mungkin boleh tolak bahagian yang orang lain tak biasa tolak... Dah pulas tombol pintu, basuh tangan bersih-bersih. Doktor yang merawat pesakit H1N1 pun, sudah ada yang terkena penyakit ini. Bahayaa...

    Setiap hari, ketika masuk ke perkarangan tempat kerja, kami semua akan diperiksa suhu badan (ada pengesan suhu badan dihalakan ke dahi), kalau suhu melebihi 37.5 darjah celcius, tidak boleh terus masuk, akan dibawa ke klinik yang terdekat. Dan, topeng muka akan diberi kepada setiap orang. Alhamdulillah, syarikat tempat saya bekerja betul2 mengambil serius perkara ini, banyak risalah, memo-memo tentang pentingnya kesedaran diri disebarkan.


    _________________
    Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

    40 Re: Influenza A (H1N1) on Tue Aug 18, 2009 10:57 am

    aysarahanan


    Moderator
    Moderator
    ish bahaya nya....

    kalo macamtu ada baiknya masak dan makan di rumah..sebab kat restoren pon ade risiko juga kan untuk jangkitan ni..

    dari jauh mendoakan kesejahteraan semua..isauuu

    41 Re: Influenza A (H1N1) on Tue Aug 18, 2009 11:10 am

    indah


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif
    Betul.. sokong sangat masak kat rumah... uhuu.. sebab... lagi sedap sebenarnya... sebab penuh dengan kasih sayang.. semalam ... akak masak ayam masak asam pedas... masa sebelum pergi kerja.. balik2 kerja tengok nasi dah tinggal suku dalam periuk.. banyak juga suami akak makan.. eheh...

    Kat sini mask akak pun x berapa pasti.. sebab dapat free dr office admin... tapi kalau x salah.. hari tu ade ternampak kat 7e.. diorang jual rm1.50 satu.. huhu.. mahal jugak kan...

    http://www.shindah.blogspot.com

    42 Re: Influenza A (H1N1) on Wed Aug 26, 2009 5:37 pm

    dheadz


    Admin
    Admin
    Sudah 70 kematian direkodkan setakat semalam. Semoga kita semua terhindar daripada terkena virus ini, semoga semuanya selamat. Sama2 kita berdoa.


    _________________
    Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

    43 Re: Influenza A (H1N1) on Wed Aug 26, 2009 5:40 pm

    aysarahanan


    Moderator
    Moderator
    membimbangkan...

    moga terselit hikmah di sebalik kejadian..

    44 Re: Influenza A (H1N1) on Wed Aug 26, 2009 5:43 pm

    insyirah


    Moderator
    Moderator
    Insyirah tengah demam sejak semalam Very Happy
    Pastu bila baca info H1N1 ni, grrrrr... pale
    Na'uzubillah. Sebabnya sekali dengan rasa 'sempit' dada, susah nak nafas macam tersekat-sekat, allahuakbar. Moga-moga ia adalah kerana masalah paru-paru dan jantung saja, huk huk huk. Sad


    _________________


    "Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

    .:: HaRuMaN MaWaR ::.

    45 Re: Influenza A (H1N1) on Wed Aug 26, 2009 5:45 pm

    aysarahanan


    Moderator
    Moderator
    syafakillah adek syirah...

    moga Allah menyembuhkan adek

    duk umah je tau...xmo men2 kat lua umah..hihi
    Razz

    46 Re: Influenza A (H1N1) on Wed Aug 26, 2009 5:48 pm

    insyirah


    Moderator
    Moderator
    Tak mo tak mo!

    Nak main hujan, nari-nari ballet dalam ujan, yeay! cheers
    Hihi, duduk dalam umah jer la kak nak jalan-jalan pun tak de semangat lagi nih, sebab dari pagi rasa 'high' jer, entah kenapa. Tu yang duduk diam-diam layan laptop Embarassed sebab tu harini je ntah x tahu dah berapa kali masuk al-insyirah. Smile


    _________________


    "Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

    .:: HaRuMaN MaWaR ::.

    47 Re: Influenza A (H1N1) on Thu Aug 27, 2009 5:55 am

    dheadz


    Admin
    Admin
    Memang amat merisaukan bila ada ahli keluarga yang demam, dalam hati mesti ada terlintas, "janganlah demam H1N1...". Alhamdulillah, demam biasa sahaja.


    _________________
    Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

    48 Re: Influenza A (H1N1) on Thu Sep 03, 2009 6:39 am

    izyan insyirah


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif
    ari tu dalam bas nk ke kuliah, dgr temubual DJ bsama doktor dalam radia (saluran apa tak ingat)....skg nih, tidak semestinya demam tanda2 H1N1...klu ada saja simptom2 antara demam, sesak nafas, sakit kepala dan tanda2 yg lain tuu....teruslah jumpa doktor kesihtan....sbb tanda2nya tidak semestinya demam dulu....

    http://izyaninsyirah.blogspot.com

    49 Re: Influenza A (H1N1) Today at 7:28 pm

    Sponsored content


    View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 2 of 2]

    Go to page : Previous  1, 2

    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum