Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

16/12/2008 - Harga minyak turun kali ke-7.

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 16/12/2008 - Harga minyak turun kali ke-7. on Tue Dec 16, 2008 4:54 pm

dheadz


Admin
Admin
Harga minyak turun kali ke-7.


PUTRAJAYA: Harga runcit baru petrol dan diesel diturunkan 10 sen lagi seliter berkuatkuasa hari ini.

Penurunan kali ketujuh sejak Ogos lalu menjadikan harga petrol RON97 kini RM1.80 seliter, RON92 pula RM1.70 seliter manakala diesel juga RM1.70 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan di sini, semalam, berkata penurunan harga runcit petrol dan diesel itu sejajar penurunan harga minyak mentah di pasaran.

“Kerajaan hari ini (semalam), mengambil keputusan mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa 16 Disember 2008,” katanya.

Berkuatkuasa hari ini juga, kata Perdana Menteri, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen seliter daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter.

Sebelum kerajaan mengumumkan penstrukturan semula harga minyak pada 4 Jun dan berkuatkuasa sehari kemudian, harga runcit petrol ialah RM1.92 seliter, manakala diesel pula RM1.58 seliter.

Bermula 5 Jun lalu, harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.70 seliter dan petrol RON92 kepada RM2.62, manakala diesel dinaikkan RM1 kepada RM2.58 seliter.

Bagaimanapun, berikutan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak buat pertama kali pada 23 Ogos lalu sebanyak 15 sen seliter bagi petrol RON97 dan 22 sen petrol RON92 (RM2.55 dan RM2.40 seliter), manakala harga diesel lapan sen kepada RM2.50 seliter.


Sumber: H.Metro


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum