Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

AMALAN SELEPAS KENCING

5 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1AMALAN SELEPAS KENCING Empty AMALAN SELEPAS KENCING Tue May 06, 2008 3:20 am

haziman

haziman
Ahli Senior
Ahli Senior

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini,
Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya ” Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ” Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Wassalam
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga


fwd emel..

2AMALAN SELEPAS KENCING Empty Re: AMALAN SELEPAS KENCING Mon Jun 30, 2008 4:29 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

bagus info ni ...maklumat baru bg aysa
baru terbaca...Razz

aysa nak tambah sikit.....
islam syumul ...dan tiada yg kurang
walaupun ada setitik najis di pakaian kita..solat adalah tidak sah..
jadi toskan la ia sehingga benar2 bersih..
kelak diakhirat akan di tanya juga.....
sebab itu...."kesebersihan sebahagian dari iman"
jisim bersih,pakaian bersih..solat pon tenangkan...Smile

3AMALAN SELEPAS KENCING Empty Re: AMALAN SELEPAS KENCING Tue Jun 30, 2009 8:50 am

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

a'ah... belum pernah baca lagi sebelum ni.
Itulah, kadang2 bab-bab kebersihan ni mudah sekali diabaikan.
Islam itu mudah, tapi tak boleh dipermudah-mudahkan.
Malah orang yg bersiwak (gosok gigi) sebelum solat pun dijauhkan dari gangguan syaitan waktu solat (pernah dengar tak pasti bila..huhu)

http://normyislam.blogspot.com

4AMALAN SELEPAS KENCING Empty Re: AMALAN SELEPAS KENCING Fri Jul 31, 2009 2:28 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

arigato for the info.. terima kasih sgt2.. ehehe... amalan yang baik memang elok kita kongsikan bersama... anyway.. masa saya kecik2 dulu... teringat .. ustaz saya suruh kalau masuk tandas.. mesti tutup kepala.. sebab kenapa.. saya pun x berapa ingat lagi...

http://www.shindah.blogspot.com

5AMALAN SELEPAS KENCING Empty Re: AMALAN SELEPAS KENCING Fri Jul 31, 2009 4:32 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

sedikit tambahan yang aysa terjumpa..

soalan:
ana ingin mengetahui adakah berdehem semasa / selepas membuang air adalah sunnah Rasulullah?ada dalil kah?kerana sesetengah sahabat ana kata ia sunnah, sesetengah lagi kata ia bukan sunnah Rasulullah, cuma ia adalah perbuatan sahabat? yang mana kah benar?mohon pencerahan…

jawapan:

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan myzyruz sekadar yang termampu, Insya-Allah.

Berdehem (التنحنح بعد البول) selepas buang air kecil menurut Syeikh Ibn Taimiyah rh. bukanlah wajib dan tidak juga mustahab menurut Imam-Imam Muslimin (Majmu’ al-Fataawa, 13/106).

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kalangan ulama Syafie mengatakan bahawa digalakkan berdehem berserta beberapa amalan lain. Menurut Imam Nawawi rh didalam Majmu’ Sharh Muhazzab :-

“mengenai beberapa ulama’ dikalangan mazhab Syafie (mengatakan bahawa) : sesungguhnya adalah mustahab (digalakkan) bersabar selepas beristinja’, mengurut Zakar sambil berdehem”.

Imam al-Nawawi rh mempunyai pilihan menarik yang boleh dinukilkan menurut perkataan saya :-

“Perkara ini diperselisihkan oleh pelbagai manusia. Matlamatnya ialah memastikan air kencing keluar dan ia menghilangkan kekhuatiran akan tertinggal saki-bakinya. Maka caranya berbeza menurut setiap indivirdi. Ada yang perlu melakukan beberapa kali, ada yang berdehem, dan juga berjalan sambil melangkah, dan ada juga yang hanya perlu bersabar sekejap sahaja dan ada yang tidak perlu melakukan apa-apa. Yang paling penting, mereka ini tidak terkena was-was.”

Kesimpulannya, berdehem merupakan salah satu kaedah yang diperkenalkan oleh ulama’ bagi mengeluarkan saki-baki kencing yang tertinggal walaupun tidak didatangi oleh nas yang sahih. Ikutlah kesesuaian masing2 untuk membersihkan saki-baki air kencing. WA.

Sekian, wassalam

6AMALAN SELEPAS KENCING Empty Re: AMALAN SELEPAS KENCING Fri Jul 31, 2009 7:34 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Thanks atas maklumat lanjut tu Aysa. Berdehem selepas membuang air kecil boleh menegangkan otot badan, dan seterusnya menolak baki air kencing yang bersisa si saluran kencing keluar. Bagus sekali jika dapat diamalkan.

indah wrote:arigato for the info.. terima kasih sgt2.. ehehe... amalan yang baik memang elok kita kongsikan bersama... anyway.. masa saya kecik2 dulu... teringat .. ustaz saya suruh kalau masuk tandas.. mesti tutup kepala.. sebab kenapa.. saya pun x berapa ingat lagi...
Mengikut pemahaman saya, dan dari apa yg saya dengar, baca... menutup kepala dapat menghalang syaitan dari meletakkan najis di kepala (tidak terzahir pada pandangan manusia). Kalau dibiarkan berlarutan (tidak menutup kepala), mungkin minda, pemikiran susah berkembang. Kalau kita tutup kepala, dan ia letak najis pun, tidak terkena kepala, tapi terkena benda yang menutup kepala itu.

Wallahualam...

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum