Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Falsafah Kehidupan~

2 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Falsafah Kehidupan~ Empty Falsafah Kehidupan~ Sat Jan 19, 2008 8:41 pm

Nell

Nell
Ahli Senior
Ahli Senior

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah
orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang
yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan
berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut
diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada
tidak bercakap langsung.
Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat
tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan.
Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang
berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang
lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang
berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah
orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang
putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak
akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah
dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak
bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas
suatu jangkamasa berlalu.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa.
Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar
biasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun,
tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000
tahun.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat
apa sahaja yang anda suka.

Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan
akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang
mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan
fikiran kamu sendiri.

Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang
lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang
lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan
bukannya di tangan orang lain.

Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita
sendiri.

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau
atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang
lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang
kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik,
badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang
telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan
mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang
lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada
diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang
ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya
orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah
bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara
yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap
mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui
adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah
yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang
lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang
memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana
musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda
buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang
dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran
negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang
baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima
udara yang segar. Kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka
hidup adalah satu hukuman baginya.

Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat
diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling
mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk,
manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa
merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan
dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian,
tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan
kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada
awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi
sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi
sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak
harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang
dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta
tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup
dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai
keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain
adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah
mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat
berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan
bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa
menghormati orang lain.

**sama² kita renungkan.. Wink

http://rawcommunity.allgoo.net/

2Falsafah Kehidupan~ Empty Re: Falsafah Kehidupan~ Sun Jan 20, 2008 9:38 pm

syafinur

syafinur
Ahli Aktif
Ahli Aktif

salam....falsafah kehidupan yang sangat bagus...penuh motivasi

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum