Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : Previous  1 ... 7 ... 11, 12, 13 ... 18  Next

Go down  Message [Page 12 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


276Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Nov 23, 2009 9:38 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator


exam...imtihan..exam.... pale
[b]

277Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Nov 24, 2009 12:43 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Camana la tuan punya warung ni sekarang, dah kurang pelanggan nampaknya yang singgah.

278Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Nov 24, 2009 11:24 am

azizul

azizul
Admin
Admin

InsyaAllah akan datang kembali... Amin.

https://al-insyirah.forummotion.com

279Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Nov 24, 2009 1:51 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum Smile

Maaf ye ana sendiri pun dah kurang masuk Al-Insyirah sebab tengok tak ada siapa, jadi tak tahu lah nak bercakap dengan siapa. Maka, ana pun tengok jer la kemudian keluar Very Happy

Tak apa lah, harap al-Insyirah boleh ceria semula. Insya Allah.

280Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Nov 24, 2009 9:46 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Assalamualaikum....

Tidak mengapa, kalau tiada warung mana lagi para pelanggan hendak menjamu (bagi yang rasa dirinya malas nak jamu diri sendiri). Lambat laun, penuh kembali warung Al-Insyirah ini. Insyaallah.

Err.... milo panas satu cik ! Very Happy

281Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Nov 25, 2009 9:21 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum whb.

Insha Allah Dheadz Very Happy

Insha Allah, hari ini saya akan balik ke kampung di Pulau Pinang. Semoga kalian semua dirahmati Allah, moga eid adha disambut dengan penuh keinsafan. Salam Eid Adha. Smile

282Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Nov 25, 2009 11:38 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Nasi Pattaya satu.. susu halia kaw satu.. panas sikit..

InsyaAllah raya kedua.. hari sabtu ada perjumpaan AGM persatuan keluarga.. InsyaAllah berpeluang pergi kali pertama.. InsyaAllah juga cuba kemukan usul2 yg mungkin dapatkan eratkan silaturrahim sesama keturunan Alayarham Hj Din Bin Ahmad dan Alayarhamah Hjh Mariam Bt Mat Isa.. Mesyuarat InsyaAllah akan diadakan di Kampung Sepeneh Batu Kurau..
Mana tahu kot2 ada yg bau2 bachang kat sini..

http://www.umaruddin.blogspot.com

283Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Nov 26, 2009 1:17 pm

normyislam

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Salam semua... lama tak singgah..huhu. Kesibukan melanda~ Sekarang alhamdulillah final dah selesai, cuti lagi...hehe. Cuma ada klinikal waktu cuti kene settlekan=) Apapun, alhamdulillah.

http://normyislam.blogspot.com

284Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Nov 26, 2009 6:37 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

normyislam wrote:Salam semua... lama tak singgah..huhu. Kesibukan melanda~ Sekarang alhamdulillah final dah selesai, cuti lagi...hehe. Cuma ada klinikal waktu cuti kene settlekan=) Apapun, alhamdulillah.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. dah mula cuti... saya masih lagi kerja.. Isnin ni baru mula peperiksaan akhir tahun... lepas tu baru boleh mula marking kertas..

http://www.umaruddin.blogspot.com

285Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Dec 01, 2009 12:33 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

waa...bau daging la kat warung ni...tak de orang nak kasi kat aysa sikit ke daging.. Razz
semua orang masih beraya....

k.indah...
lama tak nampak..harap k.indah dan baby dalam keadaaan sihat..
tak sabar menantikan kehadiran orang baru...
aysa pon tak saba nak jadi mak sedara ni....... Razz

adik syirah...
kita nak dapat anak sedara aa.... Razz

di kesempatan ini,aysa ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah pada semua orang di forum ni..
mudahan2 kita semua di berkati Allah..

286Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Dec 01, 2009 4:17 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Saya ingin adopt baby!

Masih memujuk ummi dan abi... argh... Neutral

Kak Aysa
hehehe, anak sedara kita kan... kiranya boleh kongsi lah kan. kak sihat ker?

~ Bau Nasi Daging lahhhhhh..
Laughing

287Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Dec 12, 2009 5:46 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

nasi daging tu apa?.....

mana semua orang ek....rasanya lama tak nampak dheadz..
Very Happy

di kesempatan ini aysa nak ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1431 hijrah...

moga setiap langkah kita di penuhi barakah dari Allah ...ameen

288Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Dec 13, 2009 8:47 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Assalamualaikum....

Yelah, saya pun dah lama tak nampak Indah, rasanya benar berita yang dikhabarkan: Indah sudah bersalin. Semoga semuanya selamat, nanti bagitau kami semua berita gembira ini, ye Indah. Wink

Musim tengkujuh kian beransur menghilang, hari semakin panas, tekak terasa dahaga... Milo ais satu kakcik !! Very Happy

289Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Dec 19, 2009 11:12 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. dapat kembali ke sini.. Kerja dah selesai.. cuti pun dah seminggu.. baru balik dari percutian keluarga pun.. teringan lak nak singgah dan makan kat sini..
Nasi paprik satu.. Limau panas satu..

http://www.umaruddin.blogspot.com

290Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Dec 21, 2009 8:09 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Ada resepi baru...

Es Teler! Very Happy

Hihihi... minuman ni macam ais kacang juga, tapi lebih menarik sebab ada banyak buah-buahan macam nangka... Nyummy dan macam-macam lagi. Rasa manis buah. Smile

291Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Dec 21, 2009 3:00 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Assalamualaikum, ai... tak mo share ke resepi?
or memang kena order... Very Happy

https://al-insyirah.forummotion.com

292Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Dec 21, 2009 5:35 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Gulp, dengar nama Es Teler pun cam sedap, ak boleh jadi nih, kenao order jugak ni utk cuba. Kalau sedap rasanya di tekak hamba, lain kali boleh hamba order lagi. bolehkah begitu wahai Cik Insyirah?

Apa, kena queue?

293Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Dec 24, 2009 8:53 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

azizul wrote:Assalamualaikum, ai... tak mo share ke resepi?
or memang kena order... Very Happy

Uish... muskil lah azizul tak tahu ES TELER Rolling Eyes
Ana kenal ES TELER ni pun sebab makan di restoran Indonesia.
Ianya makanan (ke minuman ek?) Indonesia. Macam ABC la tapi banyak buah2 macam mangga, nangka.. hehehe. Laughing

Maap yerk saya masih dalam "tour" semenanjung Malaysia neyh. Smile
Sekarang ada di Paka, Terengganu. Jadi, dapur tak berasap! Very Happy

p.s: Semalam makan nasi kukus... Smile

294Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Dec 24, 2009 8:58 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

SANAH HELWA Kak Aysarahanan Very Happy

Hehehe, semalam besday kak Aysa Smile
Moga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan dipermudahkan urusan yang belum selesai. Smile


Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Kekkakaysa

295Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Dec 24, 2009 12:03 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

insyirah wrote:

Uish... muskil lah azizul tak tahu ES TELER Rolling Eyes
Ana kenal ES TELER ni pun sebab makan di restoran Indonesia.
Ianya makanan (ke minuman ek?) Indonesia. Macam ABC la tapi banyak buah2 macam mangga, nangka.. hehehe. Laughing

Maap yerk saya masih dalam "tour" semenanjung Malaysia neyh. Smile
Sekarang ada di Paka, Terengganu. Jadi, dapur tak berasap! Very Happy

p.s: Semalam makan nasi kukus... Smile

owh, ada kat ganu... makan nasi kukus? hehehe...

ES tu dlm bahasa Indonesia, memang la Ais, maybe ABC gak la ... versi Indonesia... ingatkan makanan perancis tadi... dah "es" heheh

https://al-insyirah.forummotion.com

296Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Dec 28, 2009 2:35 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

terima kaseh adik syirah diatas ingatan....dah tua pon k.aysa ni..Razz
sedap nmpk kek tu.... Very Happy
nnti tabur munge2 lak yer....Smile

297Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Dec 29, 2009 11:26 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

insyirah wrote:SANAH HELWA Kak Aysarahanan Very Happy

Hehehe, semalam besday kak Aysa Smile
Moga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan dipermudahkan urusan yang belum selesai. Smile


Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Kekkakaysa
Assalamualaikum...
Selamat Harijadi
Moga dipanjangkan umur lagi
Muka kian berseri
Akal makin bistari
Dimurahkan rezeki
Sentiasa dilindungi
dan diberkati Illahi
Happi sama famili

http://www.umaruddin.blogspot.com

298Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Dec 29, 2009 2:08 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Sekali tengok post Umaruddin, nak kata pantun.. mungkin, nak kata syair... pun mungkin iye, tapi yang penting sedap jer bunyinya. Boleh buat lagu ni. Very Happy

299Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Fri Jan 01, 2010 9:06 am

syafinur

syafinur
Ahli Aktif
Ahli Aktif

salam....mgkn dah terlambat...pa2 pun selamat hari lahir kak asya...rindunya nak makan cendol...cendol kat sabah tak sama ngan cendol kat mersing....huhuhu

300Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 12 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Jan 06, 2010 2:51 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Assalamu'alaikum

Senyap je warga al-Insyirah.
Saya juga sudah jarang masuk sini.
Sedang menyiapkan menuskrip buku.
Doakan saya. Very Happy

Sponsored content



Back to top  Message [Page 12 of 18]

Go to page : Previous  1 ... 7 ... 11, 12, 13 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum