Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

+10
muzafar
munira alhashimi
indah
normyislam
syafinur
azizul
Mahfuzah
aysarahanan
dheadz
insyirah
14 posters

Go to page : Previous  1 ... 6, 7, 8 ... 12 ... 18  Next

Go down  Message [Page 7 of 18]

1Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


151Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Sep 12, 2009 5:10 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Bijak betul budak pompuan dalam video klip tu, baru 2 tahun dah faham macam2 ttg Islam. Indahnya dunia akhirat kalau dapat anak sebegini. Terima kasih Aysa kerana sudi kongsi.

P/s: Internet browser saya tidak dapat mainkan video ini dengan lancar, mungkin disebabkan pc ni sendiri. Pada sesiapa yang ada masalah yang sama, boleh juga tengok video klip ni melalui url ni:

Code:
http://www.youtube.com/watch?v=gGFjkfKoECc

152Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Sep 12, 2009 5:16 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

iya dheadz,didik anak sejak dari kecil,ada juga yg kata sejak seorang ibu tu masih belum berkhawin,bermula dengan diri,janin,dan baby,...persiapan menjadi ibu dan isteri tu sangat penting.
mudahan2 dikurniakan anak yang soleh..solehah.. Razz

153Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Sep 12, 2009 9:24 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Teringat syirah pada ungkapan ayahanda Syeikh Qadir al-Jailani, seorang ulama' sufi Smile bahawa ayahanda Syeikh mendidik syeikh bukan sedari ia dalam kandungan mahupun setelah dilahirkan tetapi 20 tahun sebelum syeikh dilahirkan dalam erti kata lain. Jadi yang soleh untuk mencorakkan anak yang soleh/solehah Smile

Wallahua'lam.

Semut sangat banyak dalam rumah! Rolling Eyes

2 hari lepas ada orang datang sembur racun di luar rumah (tak bagi masuk rumah sebab duk sorang je dalam rumah) dan semalam entah berapa ribu ekor semut bergelimpangan di luar dan dalam rumah. Pagi ni pun masih beribu ekor juga di bingkai tingkap dan tepi dinding. Punya la banyak. Rolling Eyes Mungkin akibat racun di luar, semut lari masuk dalam rumah dan terhidu/makan racun maka syahid je semua di bulan Ramadhan. Sad

Dah pula ramai berhijrah dalam rumah, bilik ummi dan abi penuh dengan semut, spray dengan shattox pulak. Ouh, sian semut-semut itu. Alangkah.... Andai Nabi Sulaiman masih ada. Huk huk huk... Sad

154Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Sep 12, 2009 12:25 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum..
Nape kena sembur racun... sape yg sembur racun...

Petua nak hilangkan semut.. semut kurang gemar bau2 limau... Jadi letakkan daun limau purut... kulit2 limau kat tempat yg bersemut.. InsyaAllah mereka akan keluar..

http://www.umaruddin.blogspot.com

155Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Sep 13, 2009 12:41 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wa'alaikumussalam.

Ermh, racun ni disembur oleh tukang sembur yang telah dilantik oleh syarikat. Saya duk kuarters...

156Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Sep 13, 2009 4:38 pm

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

insyirah wrote:Teringat syirah pada ungkapan ayahanda Syeikh Qadir al-Jailani, seorang ulama' sufi Smile bahawa ayahanda Syeikh mendidik syeikh bukan sedari ia dalam kandungan mahupun setelah dilahirkan tetapi 20 tahun sebelum syeikh dilahirkan dalam erti kata lain. Jadi yang soleh untuk mencorakkan anak yang soleh/solehah Smile

benar sekali tu dik insyirah....
kita boleh melihat keturunan Rasulullah sejak dari Nabi Adam. segalanya dipelihara oleh Allah keturunan Baginda.

bak kata pensyarah sy dengan bahasa yang mudah dan kasarnya....
"seseorang yang najis dan kotor tidak mungkin akan melahirkan manusia-manusia yang SUCI"

kita mahukan keturunan yang baik2, segalanya brmula dri diri kita.....

http://izyaninsyirah.blogspot.com

157Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Sep 13, 2009 11:39 pm

islamicboy

islamicboy
Ahli Senior
Ahli Senior

betul tu...keturunan dan pemimpin masa depan akan lahir dari kita yang terdahulu...

macam mana kita mendidik dan membentuk generasi2 akan datang...

http://azizul.proboards91.com/

158Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Sep 14, 2009 12:25 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Untuk lahirkan generasi yang baik, banyak perkara yang harus diteliti. Salah satunya pemakanan kita, dan dari mana datangnya sumber wang ringgit yang kita perolehi. Halalkah puncanya? Kalau ini dapat dijaga, insyaallah zuriat yang lahir dari hasil yang baik, dan halal akan terjaga.

159Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Sep 14, 2009 11:45 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

"...neraka tidak akan membakar kecuali daging yang tumbuh dari duit yang haram..." Na'uzubillah.

Nak tambah ayat Dheadz Smile
Satu lagi ialah hubungan sebelum berkahwin sangat mempengaruhi hubungan selepas kahwin. Kalau kia menjaga hubungan sebelum kahwin, tidak melakukan perkara yan dilarang agama seperti berdua-duaan hatta di tempat awam sedangkan dalam tempoh bertunang pun perlu mahram menemani bakal isteri supaya yang ke-3 tidaklah syaitan, antara lain pegang2 tangan umpama si buta. Lebih 'cute dan sweet' kalau menjadi si buta setelah kahwin. Very Happy Berpimpin tangan... Gugur dosa melalui celah-celah jari. Embarassed

Paling penting ialah redha kedua orang tua Smile Wallahua'lam.

160Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Sep 14, 2009 8:38 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

izyan insyirah wrote:
insyirah wrote:Teringat syirah pada ungkapan ayahanda Syeikh Qadir al-Jailani, seorang ulama' sufi Smile bahawa ayahanda Syeikh mendidik syeikh bukan sedari ia dalam kandungan mahupun setelah dilahirkan tetapi 20 tahun sebelum syeikh dilahirkan dalam erti kata lain. Jadi yang soleh untuk mencorakkan anak yang soleh/solehah Smile

benar sekali tu dik insyirah....
kita boleh melihat keturunan Rasulullah sejak dari Nabi Adam. segalanya dipelihara oleh Allah keturunan Baginda.

bak kata pensyarah sy dengan bahasa yang mudah dan kasarnya....
"seseorang yang najis dan kotor tidak mungkin akan melahirkan manusia-manusia yang SUCI"

kita mahukan keturunan yang baik2, segalanya brmula dri diri kita.....
Assalamualaikum...
Ada benarnya..yg tersirat menyuruh kita agar sentiasa berbuat baik.. tingkatkan usaha untuk jadi lebih baik.. InsyaAllah ada rezeki.. anak2 akan mencontohi kita.. dapat ketutunan baik2..

Tapi kalau disalah mengertikan... dan disalah tafsir.. menjurus kita mengecap.. melabel sesorang tu kurang baik.. maka mula kita hindari mereka.. kalau jadi macam tu.. siapa akan menjadi petunjuk mereka yang agak sesat...
Seperkara lagi.. saya amat tidak setuju perkataan 'tidak mungkin' tu digunakan.. ingat ayat Allah.. Qun fa ya qun.. dengan kuasa Allah ... Jadi maka Jadilah.. bila kita kata mana mungkin.. silap2 boleh gugur iman.. Rukun Iman .. percaya pada Qada' dan qadar

Wallahualam bil sawab

http://www.umaruddin.blogspot.com

161Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Sep 14, 2009 9:43 pm

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

cikgu umar...
kotor dan najis itu boleh dibersihkan...boleh disucikan..
dosa dan noda itu boleh diampunkan Allah dengan taubat hambaNya yang sebenar2nya....

sy berpendapat, seseorang yg melakukan dosa tidaklah selamanya dipanggil ahli maksiat apabila ia sudah bertaubat yg sebenar2 taubat. kerana keampunan Allah itu lebih besar dari dosa2 yg dilakukan....seperti apa yg dikatakan oleh Imam Syafie,
"Disaat
hatiku membeku dan fikiranku kacau, ku jadikan harapanku sebagai tangga
menuju ampunMU, dosaku terlalu besar bagi diriku akan tetapi ampunMU
lebih besar dibandingkan dengan besarnya dosaku. Selama ampunMU masih
mengalir, tiada dosa yang tidak terhapus, ENGKAU MAHA PEMURAH, MAHA
PENGAMPUN dan MAHA MULIA...."


ayat yg pensyarah sy katakan itu sebenarnya ditujukan kepada pelajar2 yg belajar agama. untuk menjadi pengajaran n nasihat yg keras kepada agar mereka berkelakuan seperti orang yang belajar agama....

http://izyaninsyirah.blogspot.com

162Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Sep 15, 2009 2:24 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

izyan insyirah wrote:cikgu umar...
kotor dan najis itu boleh dibersihkan...boleh disucikan..
dosa dan noda itu boleh diampunkan Allah dengan taubat hambaNya yang sebenar2nya....

sy berpendapat, seseorang yg melakukan dosa tidaklah selamanya dipanggil ahli maksiat apabila ia sudah bertaubat yg sebenar2 taubat. kerana keampunan Allah itu lebih besar dari dosa2 yg dilakukan....seperti apa yg dikatakan oleh Imam Syafie,
"Disaat
hatiku membeku dan fikiranku kacau, ku jadikan harapanku sebagai tangga
menuju ampunMU, dosaku terlalu besar bagi diriku akan tetapi ampunMU
lebih besar dibandingkan dengan besarnya dosaku. Selama ampunMU masih
mengalir, tiada dosa yang tidak terhapus, ENGKAU MAHA PEMURAH, MAHA
PENGAMPUN dan MAHA MULIA...."


ayat yg pensyarah sy katakan itu sebenarnya ditujukan kepada pelajar2 yg belajar agama. untuk menjadi pengajaran n nasihat yg keras kepada agar mereka berkelakuan seperti orang yang belajar agama....
Assalamualaikum...
Faham... saya cuma nak sedarkan... kekadang bila salah guna ayat... bahasa.. ia bawa konotasi... makna yang berbeza..
Sebab tu Baginda Rasullullah selalu amalkan guna bahasa yang mudah.. tidak melabel.. dan banyak gunakan kiasan untuk sampaikan sesuatu.

http://www.umaruddin.blogspot.com

163Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Sep 15, 2009 3:47 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

Ibu juga sebenarnya sangat setuju dengan Umar. Sebab manusia ni tahap ilmu dan
pemikirannya tidak sama. Cara mentafsirkan ayat pun ...boleh jadi lain pulak maknanya dan pemahamannya. Yelah..kalau macam nenek ibu/emak ibu...yg tak sekolah...cara penggunaan ayat mungkin berbeza untuk menyampaikan maksud sesuatu itu. Ada kala kena guna seperti bahasa India baru belajar cakap Melayu.

Pada pemahaman akak, mungkin seorang yg fasik...tak layak untuk memperolehi zuriat yg soleh. Tapi jika Allah mahu kan sesuatu itu berlaku.... maka terjadilahlah dgn takdirnya.

Sepertimana Fudhail bin Ayyad..seorang ketua perompak yg terkenal....tetapi dengan kehendak Allah, berubahlah dia menjadi insan yg sangat bertaqwa, dan akhirnya menjadi
seorang sufi.

Demikian juga Uthbah bin al-Ghulam, seorang penjahat besar di Basrah. Boleh pengsan
hanya mendengar kata2 Hassan al-Basri. Lalu menjadi sebaik2 insan yg tinggi iman dan taqwanya.

164Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Tue Sep 15, 2009 5:18 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Salam...


Setiap manusia pasti melakukan kesalahan... dan setiap manusia akan menghadapi dugaan... tidak akan terlepas dariNya...


Mmm.. nak lari topik warung kopi ni kejap.. kalau nak kasik halau cicak ... pakai ape yer.. ubat gegat boleh ke?... atau racun?... uhuu ... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

165Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Sep 16, 2009 9:56 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

Assalamualaikum...
Ubat gegat x berapa jalan... takat 1 2 hari tu boleh le.. cuba cari perangkap lipas.. semut.. cicak pun boleh... tak salah saya keluaran sheltox..
Kalau nak lagi senang.. lastik dengan getah... tak perlu kena tepat.. getaran siling pun kekadang boleh jatuhkan cicak tu...

Apa2 hal jgn bagitau Saiful Apek & Yusri KRU.. nanti CICAKMAN datang baru tau Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

http://www.umaruddin.blogspot.com

166Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Wed Sep 16, 2009 11:39 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Bila Umaruddin kata tentang perangkap, mmg betul, ada satu perangkap lipas, cicak keluaran Ridsect atau Shieldtox kot. Perangkap ni ada gam, dan ada umpan di tengah-tengah tempat bergam. Bila cicak cuba nak dapatkan umpan ni, ia akan terlekat pada gam tu, dan lama kelamaan, ia boleh mati camtu jer tanpa makanan.

Saya pernah gunakan utk perangkap lipas dalam kereta, mmg banyak yang terperangkap. Very Happy

167Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Sep 17, 2009 6:34 pm

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

dheadz wrote:Bila Umaruddin kata tentang perangkap, mmg betul, ada satu perangkap lipas, cicak keluaran Ridsect atau Shieldtox kot. Perangkap ni ada gam, dan ada umpan di tengah-tengah tempat bergam. Bila cicak cuba nak dapatkan umpan ni, ia akan terlekat pada gam tu, dan lama kelamaan, ia boleh mati camtu jer tanpa makanan.

Saya pernah gunakan utk perangkap lipas dalam kereta, mmg banyak yang terperangkap. Very Happy
Assalamualaikum...
Dalam kereta banyak lipas? Tuan babyak bawa ... simpan makanan ke dalam kereta? Jarang lipas nak masuk dalam kereta melainkan ada benda makanan kat situ..

http://www.umaruddin.blogspot.com

168Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Sep 17, 2009 8:06 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

A'ahh, mmg dah resam bila berkeluarga ni, anak2 termasuk mak ayahnya sekali layan makan dalam kereta. Tu yang ada saki baki jatuh, dan lipas bermaharajalela... Yang tak syoknya, lipas2 ni sekejap jer hilang bila letak perangkap tu, lama kelamaan ada balik. Masih tak dapat hapuskan kesemua lipas tu lagi. Sad

169Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Sep 17, 2009 9:30 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

arghhh lipas....
kalo aysa tengok lipas..kompem la pecut 100km per jam ..hehe
katak,lipas,tikus...adehh...

170Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Thu Sep 17, 2009 10:35 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam'alaikum Smile

Cerita mengenai lipas, kalau tak jalan dengan perangkap dan banyak cebisan makanan dalam kereta (aktiviti dalam kereta memang makan, kalau tak makan jawabnya ZzZzZzzzzz tinggal yang memandu je) cuba la rajin, setibanya di destinasi selalunya abi akan kibas carpet dalam kereta dan bawa keluar segala macam makanan yang selalu diselit adik-adik dalam poket belakang pemandu depan. Very Happy

Abi selalu letak pandan segar dalam kereta, bila pandan kering bertambah wangi... Smile

171Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Sep 19, 2009 3:56 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Saya masih lagi mencuba perlbagai cara utk hapuskan terus lipas yang tak mahu pindah2 dari kereta. Kalau ada idea, minta kongsi ye. Nak banteras lipas ni sampai ke anak cucu dia. Peranggg.... !!

172Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sat Sep 19, 2009 10:45 am

umaruddin

umaruddin
Moderator
Moderator

dheadz wrote:Saya masih lagi mencuba perlbagai cara utk hapuskan terus lipas yang tak mahu pindah2 dari kereta. Kalau ada idea, minta kongsi ye. Nak banteras lipas ni sampai ke anak cucu dia. Peranggg.... !!
Assalamualaikum..
Mula2 sekali bersihkan sepenuhnya kereta tu.. hantar kat kedai.. minta diorang tanggalkan kerusi ... vacum.. kalau boleh... seat tu pun dishampoo..
Kedua... cari daun serai wangi.. letak dalam kereta.. InsyaAllah lipas hilang.. kereta bau wangi...

http://www.umaruddin.blogspot.com

173Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Sep 20, 2009 12:34 am

muzafar

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

aysarahanan wrote:arghhh lipas....
kalo aysa tengok lipas..kompem la pecut 100km per jam ..hehe
katak,lipas,tikus...adehh...

hehe...kalo 100km/jam...maknenya...
kl ke seremban sejam jer aysa lari dah smpi..
waduh...bionik tu..
tongue tongue

174Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Sun Sep 20, 2009 3:12 am

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

cuba beli penyembur serai wangi....pastu sembur tempat yg lipas n serangga2 slalu ada....insyaAllah lipas n serangga2 yg sewaktu dgnnya takkan datang.....

http://izyaninsyirah.blogspot.com

175Warung Kopi @ al-Insyirah - Page 7 Empty Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Mon Sep 21, 2009 5:08 am

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

sekarang warung da boleh buka di waktu siang...

silalah pesan menu anda..hihhi..

jangan lupa "bismillah" dulu ya..
Razz

Sponsored content



Back to top  Message [Page 7 of 18]

Go to page : Previous  1 ... 6, 7, 8 ... 12 ... 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum