Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Ayam Tesco tidak halal !!

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Ayam Tesco tidak halal !! on Fri Feb 22, 2008 10:28 am

dheadz


Admin
Admin
Dapat info ni dari email.

Kenapa la jadi camni? Pihat pengurusan Tesco tidak prihatin ke dengan keperluan penggunanya yang berbilang kaum, agama? Sama2 kita ambil ikhtibar.


***********************************************************************************

KUALA LUMPUR 19 Feb 2008: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan saman kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.

Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.

Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.

Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

2 Re: Ayam Tesco tidak halal !! on Tue Feb 26, 2008 4:55 pm

Nell


Ahli Senior
Ahli Senior
jawapan saya satu sahaja.. bila duit menguasai segala-galanyanya, mereka peduli apa pasal dosa.. janji perniagaan mereka tu dapat untung dan bisnes mereka maju.. Evil or Very Mad

http://rawcommunity.allgoo.net/

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum