Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Pelajar sekolah bergaduh

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Pelajar sekolah bergaduh on Mon Feb 18, 2008 5:49 pm

dheadz


Admin
Admin
Salam...

Baru jap ni tengok satu klip video mengenai pelajar perempuan kita bergaduh di kawasan sekolah. Ada 3 orang yang terlibat, memang lagak masing2 macam gangster. 2 orang pelajar, dengan gaya yang menggengam erat buku lima, menumbuk seorang lagi pelajar lain (agaknya, yang berbaju biasa). Kalau diikutkan cara pemakaian (memakai baju kurung), mereka adalah pelajar melayu. Yang tidak sedap dilihat, pelajar lain (lelaki + perempuan) hanya melihat tanpa cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Tambah malang, pergaduhan mereka dirakam dengan telefon bimbit. Sebab itu, ia dapat disebarkan. Mungkin nanti akan disiarkan di TV, 999 mungkin.

Ke mana hilangnya sifat2, budaya ketimuran diorang yang berlemah lembut, bersopan santun? Pelajar perempuan lak tu. Saya yang tengok ni pun terasa 'gerun' melihat perlakuan mereka. Apa nak jadi dengan pelajar kita sekarang? Apa akan jadi dengan generasi yang akan datang? Kalau sekarang hanya mungkin setakat bergaduh, tapi akan datang bagaimana pula mereka? Adakah semakin berani, sehingga yang lain tidak berani untuk masuk campur.

Saya tidak tahu apa masalah diorang, mungkin ada perkara yang membuatkan mereka jadi begitu. Ini tidak harus berlaku.

2 Re: Pelajar sekolah bergaduh on Sat Feb 23, 2008 5:35 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
sekolah2 lagi dah gangster...perempuan lg,org timur..
sedangkan org kat dunia betul2 respect ngn org timur dengan sifat lembut,beradab,beradat...dll..

apa sebenarnya yg cuba mereka sampai kan,sape yang menang dialah yang berkuasa ??
jangan menyesal di kemudian hari sudah...

3 Re: Pelajar sekolah bergaduh on Mon Feb 25, 2008 10:44 am

dheadz


Admin
Admin
Ntahlah Aysa, tak tahu apa nak jadi dengan pelajar kat negara bertuah ni dah. Datang sekolah bukan nak belajar bebetul, lain yang diorang buat. Mungkin pergaulan yang amat bebas menyebabkan ini semua terjadi. Tiada kawalan, kongkongan.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

4 Re: Pelajar sekolah bergaduh on Tue Feb 26, 2008 4:44 pm

Nell


Ahli Senior
Ahli Senior
hmm.. sudah banyak saya tengok video pergaduhan melibatkan pelajar sekolah ni.. cari sahaja di YouTube contohnya.. anda boleh lihat banyak lagi yang lebih dahsyat dari itu..

kadang˛ kes pergaduhan tercetus di sebabkan perkara kecil.. huh, cetek betul pemikiran mereka..
tiadakah cara lain yang lebih efektif untuk berdamai? apa yang dapat dari pergaduhan? kepuasan? bangga dapat jatuh/kalahkan orang lain? dendam terbalas?

tak guna pergi sekolah jika perangai macam orang tak sekolah.. mana ilmu˛ kebaikan yang di ajar dari sekolah rendah sampai sekolah menengah? hilang begitu sahaja?

saya x pelik jika pelajar lelaki yang bergaduh tetapi zaman sekarang perempuan pun 2 x 5.. sama sahaja.. apa nak jadi dengan mereka ni.. ke mana hilangnya sifat lemah-lembut mereka.. nak salahkan siapa dalam hal ini? ibu bapa? guru? rakan˛? atau diri sendiri?

kalau di tanya soalan itu kepada saya sudah tentu saya jawap salah diri mereka sendiri.. ibu bapa dan guru dah ajar yang terbaik.. begitu juga rakan˛.. tapi jika diri sendiri masih gagal nak tentukan mana baik dan buruk.. macam kes dekat atas tu la jadinya..

x pelik jika mereka tak mengaku itu kesalahan mereka kerana manusia ini masing˛ mempunyai sifat ego.. kadang˛ di beri nasihat tak mahu dengar.. kalau dengar pun macam biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. entahlah.. selagi diri sendiri tak berubah selagi itu mereka ditakuk yang lama..

itu sahaja pendapat saya.. kalau ada salah tolong betulkan kerana saya ni manusia juga.. tak lari dari melakukan kesilapan..

http://rawcommunity.allgoo.net/

5 Re: Pelajar sekolah bergaduh on Tue Feb 26, 2008 10:54 pm

yanna_syaddiqin


Ahli Junior
Ahli Junior
Salam..
erm..ana dh tgk klip tu..
adik ana yg tnjuk kt youtube...
masyaAllah..jauhkan lah ana dr dihasut sebegitu.. Mad

http://www.friendster.com/muslimat

6 Re: Pelajar sekolah bergaduh on Thu Feb 28, 2008 11:26 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
minta jauhla menda2 camni nauzubillah...

kalo kitalahkan...camne nak cari penyelesaian..?
kalo ade cara penyelesaian..mampu ke kita laksanakan.?

sedihnyer malaysiaku Crying or Very sad

7 Re: Pelajar sekolah bergaduh on Mon Mar 03, 2008 8:55 am

insyirah


Moderator
Moderator
Teringat pula firman Allah yang lebih kurang macam ni maksudnya:
Seandainya tiada al-haya' (malu) dalam dirimu, maka berbuatlah sesuka hatimu.

Teguran dan sindiran ni... Crying or Very sad Punca mereka antara nya sebab nak samakan diri dengan tahap lelaki. maksudnya nak jadi macam laki jugak la kes ni, masing2 nak tunjuk kuat. Ada yang gaduh kat tempat awam, bertumbuk tarik rambut. Ya Allah, macam ni ppuan yang disebut-sebut Nabi bahawa ppuan itu penuh dengan kelembutan dan kasih sayang? Crying or Very sad

Penyelesaiannye:
Yang ana nampak ialah dengan didikan. Juga environment! Sbnrnya kadang kala mak ayah dah bagi didikan yang baik, malah kat umah boleh dikatakan "sikoh" tapi di luar, lain pula belangnya. Sebenarnya hal sebegini dan banyakkkk sangat2 berlaku dalam masyarakat kita. Crying or Very sad

Clubbing pun masalah besar jugak. Sebab remaja zaman skrg ni dengan bangganya mengaku:
"Kalau umur 15thn masih lagi gadis, itu maksudnya x laku" Twisted Evil

Dapat kat ana, mau ana sepak sebijik dua... Malah siap ngaku lagik bertukar2 pasangan... weiii.. ISLAM HADHARI ke nih weiii??? Twisted Evil


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

8 Re: Pelajar sekolah bergaduh on Thu Mar 13, 2008 1:38 pm

traxx_racer


Ahli Senior
Ahli Senior


Clubbing pun masalah besar jugak. Sebab remaja zaman skrg ni dengan bangganya mengaku:
"Kalau umur 15thn masih lagi gadis, itu maksudnya x laku"

aduh.. bkn maksud x laku r..
yg 15 thn klw dh x gadis BANGANG namanya tu..
aduh.. x sedar2 ke? x da sapa yg nk kawin dgn org yg dh x gadis lg..

9 Re: Pelajar sekolah bergaduh on Fri Mar 14, 2008 3:33 pm

dheadz


Admin
Admin
traxx_racer wrote:aduh.. x sedar2 ke? x da sapa yg nk kawin dgn org yg dh x gadis lg..
Hmm.. tak baik kata camtu Traxx. Bukan camtu yang sepatutnya terjadi. Ada jugak dalam kes2 tertentu yang mana kegadisan gadis tu 'hilang' tanpa kerelaannya. Dan, ada jugak lelaki yang boleh terima ini semua, dan kahwin dengan perempuan tersebut. Itu semua bergantung pada keadaan.

Ops, adakah daku melencong? Rolling Eyes


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

10 Re: Pelajar sekolah bergaduh Today at 5:50 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum