Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

AYAM DINDINGS JUAL BANGKAI KEPADA UMAT ISLAM....

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

haziman

avatar
Ahli Senior
Ahli Senior
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan.





Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih dua kali selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati sebelum disembelih.

Pengumuman berhubung penarikan balik sijil itu disiarkan dalam laman web Jakim melalui [link]
bertarikh 3 Januari lalu.

Laman web itu yang menjadi rujukan rasmi sijil halal Jakim menjelaskan Sijil Pengesahan Halal Jakim bagi Syarikat Ayam Dindings Poultry Processing Sdn Bhd ditarik balik sehingga diberitahu kelak.

Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat yang dihubungi Harian Metro, petang semalam, mengesahkan mengenai tindakan Jakim itu.

Menurutnya, setiap pemegang sijil halal bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan syarat ditetapkan Jakim.

Dalam kes ini, saya menganggap tindakan menarik semula sijil halal syarikat itu dapat memberi pengajaran kepada industri besar supaya tidak menganggap isu halal sebagai remeh.

Isu ini tidak harus dipandang main-main kerana kesannya amat serius kepada umat Islam di negara ini, katanya yang meminta tindakan Jakim itu tidak perlu dipertikaikan.

Ini kerana Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya bila-bila masa apabila didapati ia menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang sudah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragui dari segi hukum syarak.

Bagaimanapun, Jakim sedia bertolak ansur sekiranya pihak pengurusan syarikat itu membuat rayuan. Terpulang kepada keupayaan mereka untuk membetulkan kesilapan dan meyakinkan semula Jakim berhubung perkara yang menjadi isu.

Rayuan terbabit akan dipertimbangkan oleh Panel Pengesahan Halal Jakim dan penilaian akan dibuat secara teliti bagi memastikan kesalahan itu diperbetulkan, katanya.

Beliau turut mengatakan Jakim boleh menyenaraihitamkan mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat dan peraturan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Sementara itu, menurut sumber Jakim, sepasukan pegawai penguat kuasa Jakim dengan bantuan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemeriksaan mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat itu di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, Setiawan, Perak, Rabu lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesalahan membabitkan proses penyembelihan yang meragukan.

Menurutnya, kesalahan ketara adalah sesetengah ayam disembelih dua kali disebabkan penyembelihan pertama tidak sempurna.

Ini sekali gus membuktikan ayam terbabit haram dimakan. Penyembelihan yang dilakukan dengan pantas itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada urat halkum atau urat marikh pada ayam terbabit yang diwajibkan mengikut syarak, katanya.

Justeru, penguat kuasa Jakim segera melakukan soal siasat bergilir-gilir terhadap tukang sembelih ayam yang bertugas di kilang itu untuk mendapatkan penjelasan terperinci.

Sumber itu mengatakan pekerja berkenaan mengaku ada menyembelih ayam dua kali untuk menjimatkan masa berikutan terlalu banyak ayam yang perlu diproses.

Malah, kami turut menemui bukti apabila mendapati ada ayam yang disembelih tidak putus urat leher sepenuhnya.

Selain itu, proses melayikan ayam menggunakan air panas didapati dikawal oleh pekerja bukan Islam. Ini secara langsung melanggari syarat sah penyembelihan untuk haiwan halal yang mewajibkan ia dilakukan oleh individu beragama Islam, katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati terlalu banyak keraguan yang munasabah berikutan penemuan berpuluh ayam yang disembelih dalam keadaan tidak sempurna iaitu haram untuk dimakan oleh orang Islam.

Jakim tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menarik sijil pengesahan halal diberi walaupun ia sepatutnya luput pada 14 Disember tahun ini, katanya.

Beliau berkata, syarikat itu tidak sekadar menjadi pembekal ayam siap diproses ke pasar raya utama seluruh negara, malah kepada syarikat makanan segera.

Disebabkan ayam yang diproses syarikat itu mendapat permintaan tinggi, katanya, Jakim sudah menghantar surat rasmi mengenai penarikan sijil pengesahan halal terbabit kepada pasar raya dan syarikat makanan segera.

Surat sama turut dihantar kepada pejabat agama Islam dan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap negeri.

Pusat beli-belah terkemuka, pasar raya dan pemborong perlu menghentikan serta merta penjualan ayam keluaran syarikat terbabit, katanya.

Berikutan pengumuman Jakim itu, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melakukan siasatan terhadap 10 pusat beli-belah dan pasar raya utama di ibu kota, semalam.

Mereka mendapati masih terdapat beberapa premis yang menjual produk berasaskan ayam keluaran syarikat terbabit.

Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata tindakan diambil selepas pihaknya menerima pengumuman rasmi melalui laman web Jakim pagi semalam.

Menurutnya, kebanyakan pasar raya utama sudah menghentikan penjualan ayam dari kilang ayam itu di Perak, namun produk siap diproses seperti ayam bersalut tepung dan nugget yang mempunyai logo halal Jakim masih dijual.

Hukuman lebih berat perlu digubal kerana hukuman sedia ada terlalu ringan, katanya yang meminta sudah tiba masanya Akta Halal digubal bagi mengawal kegiatan penyalahgunaan atau penyelewengan sijil halal Jakim.

fed emel

dheadz

avatar
Admin
Admin
Thanks Haziman,

Ada juga terbaca cerita sebegini sebelum ni, di mana banyak syarikat yang mengambil stok ayam untuk dijual dari sumber yang tidak dikenalpasti cara pemprosesannya. Ambil je dari mana2 pengedar untuk penuhi permintaaan. Kalau pengedar/vendor tu dari orang Islam yang amalkan cara2 pemprosesan yang ok/ikuti hukum syrak... oklah, tapi pada yg tidak? Kita di dunia ni jangan nak cepat maju/kaya je, tanpa fikirkan betul tidak tindakan kita tu. Kalau jalan yang diambil tidak betul, takkan ke mana pun, kalau maju pun, mungkin dalam tempoh masa yg pendek je.

Amalkan budaya hidup yg sihat. Wink


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

azizul

avatar
Admin
Admin
itu isu lama... sangat lama,
dalam 3 tahun lepas tak silap....

ayam dinding sudah diiktiraf status halalnya...
seingat azizul kisah ayam dinding ni, bermula dengan isu sosej ayam bersalut dengan usus khinzir...


wassalam....

tidak kekal lama di sini....

http://al-insyirah.forummotion.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum