Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

wasiat

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 wasiat on Sat Feb 16, 2008 2:57 am

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
asiat akhir buat isteri



Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit
jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan
disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil
merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau
merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya
membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira
10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun
sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan
merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil
bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannyaialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka
milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan
anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya
bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham
sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping
itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan
kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil
waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut
dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang
anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang
bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya
diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli
perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan
anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak
saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak
perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15
ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang
amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan
mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang
diberi 20%.

Wang tun ain ya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak
rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan
hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
Harta-hartanya yang l ain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik
lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar
dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya mel ain kan sebuah proton
saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan
oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan
satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa ke cu ali pengampunan.Terlalu
banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang pa lin g
berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah
aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah
lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar
rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum
anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak
pernah diuruskan, dan yang pa lin g menyedihkan, tiada mahunya dia
mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas
seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang
sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada
disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang
terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita
sebagai umat Islam

-she should be thankful….. she got the forgiveness from her husband-
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..!

fwd emel

2 Re: wasiat on Sun Feb 17, 2008 10:18 am

insyirah


Moderator
Moderator
allahuakbar.... Sad
Sedey dengar citer gini... nauzubillah.

Kata guru:
Berpalinglah dari dunia dan makhlukNya...

Aku bertanya:
Mestikah kita menjauhkan diri dari dunia seisinya?

Guru menjawab:
Bukan jauhkan diri wahai anakku, jauhkan hati...

Inilah akibat dari cinta dunia... Sad Nauzubillah. Ana selalu berdoa, moga Allah temukan dengan insan yg soleh dimana sentiasa merisaukan dengan kehidupan, mudah2an ana turut merasa risau dengan amal yang ntah diterima ntah ditolak. Sangat risau dan sangat-sangat dirisaukan mendapat suami yang berjaya dr segi kerjaya berbanding akhlaq kerana takut kerisauannya pada duit melebihi segalanya, nnt turut kena tempiasnya.. Risau tak dapat duit! Crying or Very sad Bila baca kisah ni, terbentang kebesaran Allah! Lelaki yang soleh yang mampu bersabar dengan isteri begini. Cumanya, bagaimana nasib si suami? Adakah tergolong dikalangan lelaki yang dayus? Crying or Very sad Nauzubillah. lelaki dayus, tak cium bau syurga.. Allah... Allah... Crying or Very sad


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

3 Re: wasiat on Mon Feb 18, 2008 11:38 am

dheadz


Admin
Admin
Kisah camni boleh memberikan pengajaran kepada kita semua. Insyaallah, boleh diperbetulkan lagi mana yang perlu, selagi masa masih ada.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

4 Re: wasiat on Tue Feb 26, 2008 5:24 pm

Nell


Ahli Senior
Ahli Senior
sesungguhnya pengampunan itu lebih baik dari harta yang bertimbun.. (ini ayt saya sendiri bukan dari mana² hadis..)

http://rawcommunity.allgoo.net/

5 Re: wasiat Today at 8:06 am

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum