Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

    You are not connected. Please login or register

    aku, saya, kami &?

    View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

    1 aku, saya, kami &? on Wed Feb 13, 2008 2:05 am

    think_c09


    Ahli Baru
    Ahli Baru
    aku, saya, kami &? --- episod 1

    Oleh: ThinkLove

    Jalan terus berjalan..tanpa ia menoleh kebelakang lagi..tidak perlu ia memikirkan hal-hal yang hanya membuatkan dirinya patah semangat hingga membuatkan kehidupan sehariannya terus di serang kegelapan nafsu yang menenggelamkan nikmat hidup yang sebenar. Sedang masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi, semakin hari usiaku meninggkat aku semakin tua, tetapi alangkah menyesalnya aku..amal solehku tidak bertambah dek kesibukan aku mengenai hal-hal keduniaan...hermm, keluhnya lagi dalam hatinya terdetik bilakah aku akan terus begini, mindanya terfikir akan masa hadapannya untuk meneruskan hidupnya...ia tidak pasti adakah masa depannya cerah atau gelap. Yang dapat mengubah hanya dengan memulakan langkah untuk maju membuka lembaran baru yang dapat memberi nafas baru memperbaiki kehidupan yang akan datang membersihkan kekotoran yang terpalit pada hari semalam...bayangan detik-detik masa depan terus menerus menerajang pemikirannya..


    http://usahjemu-menuntutilmu.blogspot.com/

    2 Re: aku, saya, kami &? on Thu May 08, 2008 2:06 am

    think_c09


    Ahli Baru
    Ahli Baru
    aku, saya, kami &? --- episod 2

    Oleh: ThinkLove

    Jam menunjukkan pukul 9:30 malam. Aku duduk di tangga hadapan rumah nenek. Sambil memandang sebuah sekolah berasrama yang begemerlapan berseri dengan sinar cahaya lampu-lampu jalan yang berhampiran dengannya & juga kelihatan jalanraya agak sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang bersesak menuju ke destinasi yang mereka tuju. Pemandangan ini sungguh berbeda dengan

    rumahku di johor bahru. Tatkala aku sedang menikmati kedamaian di ketika itu...fikiranku

    melayang jauh mengingatkan aku pesanan nasihat daripada ibu bapaku, kawan-kawanku mahupun sahabatku, saudara & juga guru-guru yang memberi dorongan agar aku senantiasa memperkayakan diriku dengan segala ilmu yang bermanfaat & menguasainya agar ia adalah sebahagian kubu untukku melindungi diri daripada terjebak ke lembah yang boleh menghancurkan kehidupanku.

    http://usahjemu-menuntutilmu.blogspot.com/

    View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

    Similar topics

    -

    » Lịch Sử Origami

    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum