Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Mahu Kawan Atau Musuh?

Go down  Message [Page 1 of 1]

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Tulisan : Ummi Tirana


"Oiii orang sebelah. Awat yang hang dok biaq anjin-anjin hang ligan kambin-kambin aku? Cuba hang tengok, habih pokok sayoq aku depa redah. Hang tambat la anjin-anjin hang tu" kata seorang petani kepada jiran sebelah rumahnya, seorang pemburu (masa tulis dialog ni..dok teringat filem P. Ramlie, 'masam-masam manis'..hehehe)


Si Pemburu mendiamkan dirinya di dalam rumahnya. Dia tidak mengendahkan kata-kata Si Petani itu. Melihat keadaan itu, Si Petani semakin naik darah. Darahnya telah menggelegak naik hingga ke kepala. Telah beberapa kali dia meminta Si Pemburu menjaga anjing-anjingnya tetapi pemintaannya itu umpama anjing menyalak bukit. Si Pemburu buat acuh tak acuh sahaja.


Dengan hati yang panas, Si Petani pergi mengadu kepada penghulu kampung. Penghulu kampung itu seorang yang bijak dan bertanggungjawab.


"Tok, saya nak mintak tolong Tok pi bagi nasihat sat kat jiran saya, Si Pemburu tu" kata Si Petani.


"Pasai apa? Apa yang tak kena dengan Si Pemburu tu?" tanya Tok Penghulu.


"Dia biaq anjin-anjin dia ligan kambin-kambin saya sampai ada kambin saya yang cedera. Pokok sayoq saya pun banyak yang rosak. Saya dah banyak kali bagitau dia tapi dia buat tak endah saja. Saya dah tak tahan dah ni, Tok" kata Si Petani.


Tok Penghulu mendengar cerita Si Petani itu dengan teliti. Kemudian beliau memikirkan penyelesaian yang terbaik untuk masalah itu.


"Aku memang boleh bagi hukuman kepada Si Pemburu itu dan menyuruh dia tambat anjin-anjin dia. Tapi nanti hang akan hilang kawan dan dapat seteru. Mana satu hang mau, kawan atau seteru yang menjadi jiran hang?" tanya Tok Penghulu kepada Si Petani.


"Tentulah saya mau kawan yang menjadi jiran saya" jawab Si Petani.


"Baik, hang buat yang macam aku suruh ni tau. Balik sat gi, hang pilih kambin hang dua atau tiga ekoq, lepaih tu hang pi bagi pada anak Si Pemburu itu sebagai hadiah. Nanti kita tengok, apa jadi lepaih tu" kata Tok Penghulu.


Si Petani merasa pelik dengan cara Tok Penghulu itu menyelesaikan masalah tersebut. Walaubagaimana pun, dia menurut saja apa yang disuruh oleh Tok Penghulu itu.


Sebaik saja sampai di rumah, dia memilih tiga ekor anak kambing yang comel lalu dihadiahkan kepada tiga orang anak Si Pemburu. Pemberian itu sangat disukai oleh anak-anak Si Pemburu itu dan mereka mula bermain-main dengan anak-anak kambing tersebut. Untuk menjaga keselamatan anak-anak kambing itu, Si Pemburu mengurung anjing-anjingnya. Sejak itu, anjing-anjing tersebut tidak lagi mengganggu kambing-kambing Si Petani.


Bukan itu saja, sebagai membalas budi, Si Pemburu pula akan memberikan sebahagian daripada hasil buruannya kepada Si Petani. Si Petani pula akan memberi susu kambing kepada Si Pemburu. Begitulah mereka berbalas-balas hadiah di mana dalam waktu yang singkat saja, mereka menjadi teman dan jiran yang baik.


Seseorang mampu menangkap lebih banyak lalat dengan menggunakan madu daripada dengan menggunakan cuka

Share this post on: reddit

No Comment.

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum