Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Sekawan Angsa Dan Manusia

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

insyirah


Moderator
Moderator
Tulisan : Ummi Tirana

Pernah atau tidak, kita perhatikan sekawan angsa terbang di angkasa? Jika tidak pernah lihat secara 'live' pun, tentu kita pernah lihat di kaca TV dan gambar-gambar di buku. Bagaimana sekawan angsa ini terbang? Ya, mereka terbang dalam bentuk 'V'. Jika sebelum ini kita tidak ambil kisah, maka selepas ini jika berpeluang, kita perhatikan betul-betul. Kenapa agaknya mereka terbang dalam bentuk 'V'?


Ada beberapa sebab mengapa sekawan angsa ini akan membuat bentuk 'V' jika mereka terbang di angkasa. Kedudukan mata angsa di sisi kepala memberikan ruang penglihatan yang agak luas namun masih ada 'blind spot' yang kecil di ruang hadapan dan belakang. Jika angsa terbang dalam bentuk sebaris lurus, angsa yang di belakang terpaksa memaling kepala untuk melihat angsa yang di hadapan bagi mengekalkan barisan lurus itu. Ini cuma akan mengurangkan kesan aerodinamik dan membazirkan tenaga.


Angsa yang di belakang juga terpaksa terbang di bawah sedikit dari angsa di hadapan bagi mengelakkan olakan. Posisi ini tidak sesuai kerana kita tahu bahawa angsa seperti juga burung-burung yang lain akan melepaskan najis mereka ketika terbang.


Kajian juga menunjukkan bahawa 25 ekor angsa boleh terbang 70 peratus lebih jauh dari seekor angsa, bermakna mereka lebih 'efficient' jika berada dalam kumpulan dan terbang dalam bentuk 'V'. Bentuk aerodinamik 'V' ini sebenarnya mengurangkan kesan geseran udara lalu membolehkan angsa-angsa tersebut terbang lebih jauh dengan kadar tenaga yang sama.


Angsa yang terbang di hadapan tidak bermakna ia ketua. Angsa-angsa ini bergilir-gilir mengambil tempat di hadapan. Bila angsa yang di hadapan sekali letih, ia akan memberi laluan kepada angsa yang di belakangnya untuk mengambil posisi di hadapan. Begitulah proses yang berlaku di sepanjang penerbangan mereka.


Samada kita sedar atau tidak, manusia juga sama seperti sekawan angsa. Kita lebih 'efficient' jika bergerak dalam kumpulan. saling bantu membantu, memberi semangat dan sokongan di antara satu sama lain. Banyak perkara yang dapat diselesai dan dicapai jika kita berkerja secara 'teamwork' sebaliknya lebih banyak masa dan tenaga terpaksa digunakan jika kita bersendirian.


Namun mampukah kita mengekalkan keharmonian 'teamwork'? Sanggupkah kita dengan rela hati melepaskan jawatan sebagai 'learder' bila kita keletihan? Akan senangkah hati kita bila melihat teman di hadapan kita mengambil alih kuasa sedangkan pada fikiran kita, kita yang lebih layak menduduki tempat yang di hadapan itu. Mampukah kita berlapang dada menerima kritikan yang dilontarkan terhadap kita? Ikhlaskah hati kita ketika kita memberi semangat, sokongan, terguran dan kritikan terhadap teman sekumpulan? Inilah persoalan yang menjadikan kita sedikit berbeza daripada sekawan angsa. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu tidak secara sia-sia. Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita cari dari alam sekeliling sekiranya kita benar-benar memerhati dan berfikir.


"while not every teacher is a parent, every parent is a teacher..." Very Happy


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.
Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

No Comment.

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum