Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Syria Larang Pakai Niqab

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Syria Larang Pakai Niqab on Mon Jul 26, 2010 10:54 pm

insyirah


Moderator
Moderator
2010/07/21 DAMSYIK: Syria melarang pelajar dan guru di negara itu daripada memakai niqab (tudung yang hanya mendedahkan bahagian mata wanita), tindakan yang dilihat kebanyakan pihak mempunyai tujuan politik.

Larangan terbabit menunjukkan perjanjian yang jarang berlaku dalam masyarakat sekular Syria, pihak berkuasa kerajaan dan demokrasi Eropah : di mana kedua-dua melihat niqab sebagai sesuatu boleh mengancaman kestabilan.

Kami memberikan arahan kepada semua universiti agar melarang wanita memakai niqab daripada mendaftar, kata seorang pegawai kerajaan di Damsyik.

Arahan berkenaan berkuatkuasa di universiti awam dan swasta dan bertujuan melindungi identiti sekular Syria, kata seorang pegawai terbabit yang enggan mendedahkan namanya.

Beratus-ratus guru sekolah rendah yang memakai niqab di sekolah kerajaan dipindahkan bulan lalu untuk melakukan kerja pentadbiran, katanya.

Larangan berkenaan dikeluarkan Ahad lalu oleh Kementerian Pelajaran tidak membabitkan hijab, atau tudung kepala yang biasa di Syria berbanding niqab.

Syria adalah negara terkini membabitkan Eropah hingga Asia Barat yang mengambil tindakan terhadap tudung, kebanyakan dilihat sebagai simbol Islam konservatif. Tindakan terhadap tudung mula merebak ke negara Arab lain termasuk Mesir, Jordan dan Lubnan, sementara Jordan cuba menimbulkan kebimbangan bahawa perompak juga boleh memakai tudung sebagai topeng.

Turki melarang tudung di kalangan pelajar universiti dan kebanyakan rakyatnya menyifatkan tindakan membenarkannya di sekolah sebagai ancaman kepada undang-undang sekular moden Turki. AP

Link asal : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syrialarangpakainiqab/Article


Ulasan Ustaz Hafiz : Ada syeikh yang mengkritik keputusan ini. Hasilnya, dia ditangkap dan tidak dibenarkan mengajar abadan (selama-lamanya). Syeikh tersebut, Syeikh Firas terkenal di kalangan syabab Malaysia dan sedang membuat kelas setiap hari kecuali Jumaat di Jamik Qurasyi. Katanya, sekiranya larangan niqab dibuat kerana kepentingan umum, perlu juga dibuat larangan untuk pakaian-pakaian yang menjolok mata seperti pakaian kebanyakan muda-mudi Syria sekarang.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

2 Re: Syria Larang Pakai Niqab on Mon Jul 26, 2010 11:08 pm

azizul


Admin
Admin
setuju dgn ulasan Ustaz, larangan keatas pakaian yg mencabul "ketenangan ummat" mesti dilaksanakan, termasuklah di Malaysia!


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

3 Re: Syria Larang Pakai Niqab on Tue Jul 27, 2010 10:06 pm

dheadz


Admin
Admin
insyirah wrote:perlu juga dibuat larangan untuk pakaian-pakaian yang menjolok mata seperti pakaian kebanyakan muda-mudi Syria sekarang.
Setuju jugak dengan pandangan ini, mana aci berat sebelah... nak buat buat betul2, mana2 pelajar yang menjolok mata, mendedahkan aurat tidak senonoh harus mendapat hukuman yang setimpal. Apa nak jadi ntah, dunia oh dunia... Evil or Very Mad


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

4 Re: Syria Larang Pakai Niqab on Wed Jul 28, 2010 12:52 pm

insyirah


Moderator
Moderator
TERBARU.

Syeikh Firas sudah dibebaskan tetapi tak tahu boleh mengajar lagi atau tidak Sad

Ulama' yang mempertahankan haq Islam, akan ditindas tetapi ulama' yang membenarkan penyebaran sekularisme diagung-agungkan. Ulama'-ulama' silam selalu mati dibunuh mahupun terseksa di penjara hanya kerana tidak mengikut telunjuk pemerintah. Tetapi, ada hikmah yang Allah tak perlihatkan pada masa tu... Bila dah dilewati waktu "kusam" baru kita yakin setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah. Ulama' terdahulu menulis berjilid-jilid kitab dalam penjara, walaupun lisan mereka tidak didengari namun tulisan mereka tersebar jauh ke serata dunia. Allahuakbar!


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

5 Re: Syria Larang Pakai Niqab Today at 7:33 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum