Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Jikalau..

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Jikalau.. on Thu Apr 22, 2010 10:16 am

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Jikalau.......



Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Ni saya dapat masa surf2... apa pandangan anda semua?.. betul ke?

http://www.shindah.blogspot.com

2 Re: Jikalau.. on Fri Apr 23, 2010 4:24 am

dheadz


Admin
Admin
Salam, bab ikan tu, pada saya kalau dilepaskan baik juga bagi si ikan. Dapat teruskan hidup, luka kena kail tu boleh sembuh. Bab hidup kita pula, apa pun yang berlaku hidup perlu diteruskan. Tak kisahlah bagaimana perit pengalaman lalu, apa yang bakal mendatang tentu lagi mencabar, tabahkan hati dan teruskan hidup walau apa pun yang berlaku.

Secara amnya, kata-kata "indah" sebegitu, ada banyak maksud tersirat, terpulang kepada diri masing-masing untuk menafsirkannya.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

3 Re: Jikalau.. on Mon Apr 26, 2010 3:50 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Hmm.. betul juga kata Dheadz... walau bagaimanapun susah dugaan hidup yang kita hadapi... hidup ini mesti diteruskan... jangan berhenti di situ terlalu lama.. nanti akan ketinggalan...

http://www.shindah.blogspot.com

4 Re: Jikalau.. on Wed May 05, 2010 10:19 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Jangan beri pengharapan pada orang...huhu. kalau memang taknak orang lain berharap pada kita, janganlah buat.. Huu.. nanti mengkomplekskan hidup kerana terlalu menjaga dan memikirkan perasaan orang lain sedangkan puncanya daripada kita juga..sekadar pandangan:)

http://normyislam.blogspot.com

5 Re: Jikalau.. on Sat Sep 04, 2010 7:19 am

Shahrul Na'im


Ahli Baru
Ahli Baru
kita tak boleh menyamakan interaksi manusia dengan ikan. perumpamaan itu benar, tetapi tidak boleh disamakan dengan manusia. ada juga kes di mana lelaki itu tidak memberi harapan langsung. walhal dia hanya berkawan sahaja. tetapi wanita itu yang menyalah tafsirkan perbuatan lelaki itu lalu mengaggap ia sebagai memberi harapan. kita manusia. kadang2 ape orang lain buat, kita tersentuh hati lalu mula lah hati menafsirkan macam2.

6 Re: Jikalau.. Today at 5:52 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum