Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Siapakah Al-Faqir?

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Siapakah Al-Faqir? on Mon Dec 28, 2009 8:40 am

insyirah


Moderator
Moderator


Saidina Ali radhiyallah ‘anhu telah melihat seorang lelaki yang faqir berjalan di pasar Kota Basrah, lalu baginda bertanya kepadanya : "Siapakah kamu?"

Lelaki itu berkata "Aku seorang faqir". Maka berlakulah dialog diantara mereka.

Saidina Ali : Apakah tanda-tanda al-faqir?
Si faqir :Dari engkau diambilnya ilmu wahai Imam
Saidina Ali : Tanda-tanda bagi al-faqir itu ada sebelas ;

1) Mengenali Allah ta’ala dengan sebenar-benarnya
2) Sentiasa mematuhi perintahNya
3) Berpegang teguh dengan sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
4) Sentiasa berada di dalam keadaan suci (berwudhu’)
5) Sentiasa meredha’i dengan ketetapan Allah dalam setiap perkara
6) Tidak melihat apa yang berada di tangan/zahir manusia
7) Sentiasa yakin dengan apa yang ditetapkan Allah
8. Mampu menanggung kesakitan dan kesusahan (bersabar)
9) Bersegera dalam melaksanakan perintah Allah
10) Menyantuni dan mengasihi sesama manusia (juga sesama makhluk)
11) Mengetahui bahawa syaitan itu adalah musuhnya.



Apabila si faqir itu mendengar jawapan dari al-Imam, lantas menanggalkan pakaiannya yang compang-camping itu seraya berkata :
"Demi Allah, aku tidak akan memakainya lagi selepas hari ini."

Source : KLIK DI SINI


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

2 Re: Siapakah Al-Faqir? on Tue Dec 29, 2009 2:16 pm

dheadz


Admin
Admin
Terima kasih Insyirah sebab konsi kisah yang menarik lagi. Satu nak tanya, apa yang dimaksudkan oleh si faqir ye, apabila dia mengatakan "Demi Allah, aku tidak akan memakainya lagi selepas hari ini".

Minta sesiapa sahaja tolong rungkaikan. Terima kasih.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum