Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

pernikahan secara batin

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 pernikahan secara batin on Fri Oct 23, 2009 9:48 am

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
salam....sya ingin bertanya soal pernikahan secara batin...adakah dalam islam ada pernikahan begini...sbb sya ada dgr pernikahan begini ada disebut dalam kitab zabur...minta pendapat sume agar semuanya lebih jelas lg....

2 Re: pernikahan secara batin on Fri Oct 23, 2009 9:57 am

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Sesuatu yg baru pertama kali saya dengar... uhuuuuu .... Shocked

http://www.shindah.blogspot.com

3 Re: pernikahan secara batin on Fri Oct 23, 2009 4:43 pm

dheadz


Admin
Admin
Ada juga terdengar, terbaca beberapa kali, tapi tidak tahu kebenarannya.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

4 Re: pernikahan secara batin on Fri Oct 23, 2009 6:55 pm

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
tu la sya nak tahu...bb sya pun br dgr psl hal ni

5 Re: pernikahan secara batin on Sat Oct 24, 2009 10:45 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
Ancaman ajaran sesat kepada umat Islam dan negara

Mencela ulama dan fuqaha

Kebanyakan penganjur ajaran sesat mendakwa diri dan pengikutnya sebagai manusia yang mengetahui segala ilmu hakikat dan telah mencapai ke maqam yang tinggi serta menolak syariat. Mereka meletakkan taraf ulama kepada dua iaitu ulama zahir dan batin. Ulama zahir dianggap hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama pada hari ini sedangkan diri mereka diletakkan taraf yang lebih tinggi dan mulia kerana mengetahui rahsia batin dan ilmu hakikat.




Membuat takwilan dalam agama

Guru ajaran sesat berani melakukan takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadis dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie. Mereka terpengaruh dengan ajaran batiniah dan menggunakan doktrin batin dan takwil dalam menghuraikan konsep wujudiah. Hal ini dapat dilihat dalam bentuk takwil terhadap kalimah-kalimah atau lafaz-lafaz yang berkaitan dengan ibadah seperti angka dan pandangan huruf.




Kepentingan peribadi dan seks

Kebanyakan ajaran sesat ini mempunyai motif dan kepentingan peribadi kepada gurunya seperti kepentingan terhadap kedudukan, pangkat, kebendaan dan seks bebas dengan mengamalkan nikah batin. Nikah batin ialah nikah yang dijalankan secara rahsia yang boleh berlaku sama ada antara guru dengan pengikutnya atau sesama di kalangan pengikutnya yang tidak terikat dengan hukum syarak.


Ingin melemahkan perpaduan dan menghancurkan agama Islam melalui gerakan rahsia

Sejak zaman Rasulullah lagi, terdapat golongan yang ingin merosakkan agama Islam secara halus tetapi menemui kegagalan. Namun, ketika zaman Khalifah Umaiyyah dan zaman selepasnya, pelbagai penyelewengan akidah dan syariah telah berlaku. Golongan tertentu telah menyelewengkan hukum dan syariat Islam seperti ajaran Crypto Mokhtar Hassan yang menafikan al-Quran, membatalkan sembahyang dan ibadat lain dan ajaran Tajalli atau Hakikat Insan Ahmad Laksamana yang memperkecil-kecilkan ulama syariat.

Untuk memecah belahkan perpaduan dan persaudaraan umat Islam

Fahaman Syiah mula tumbuh pada tahun 36H yang diamalkan di Iran, Lubnan dan Pakistan telah menimbulkan banyak masalah kepada dunia Islam.




Untuk menguji sejauh mana kefahaman dan ketaatan umat Islam terhadap agamanya


Apabila mereka berjaya dengan motif tersebut, ini memudahkan agama Islam dan umatnya dihancurkan dan diganti dengan ideologi dan sistem asing.


tambahan sekadar maklumat yang sangat cetek dari aysa,
[i]nikah batin ni nikah yang hanya bersaksi Allah semata
.macamana ya tu?sedangkan rukun nikah perlu ada saksi,tak sah nikah tanpa saksi.dan juga perlu ada ijab dan qabul.andai kata tak cukup salah satu rukun nikah adakah pernikahan itu sah?

Rukun-rukun nikah :

1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
3. Wali yang adil
4. Dua orang saksi yang adil
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan[/i])


definasi nikah batin secara terperinci aysa kurang arif tentangnya.cuma apa dalam pegetahuan aysa ajaran2 sesat banyak menggunakan "nikah batin" ni.
wallahua`lam


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

6 Re: pernikahan secara batin on Sun Oct 25, 2009 8:27 am

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Aysa sendiri dah beri jawapan tapi tak pasti kenapa?
Rukun nikan memang betul ada 5.. bila bab nikah batin.. cukup ke 5 rukun tu?
Pengantin lelaki atau perempuan mungkin ada.. tapi kena ada kedua2nya.. ada ke kedua2nya masa tu?
Kalau libatkan kes orang halus.. bunian... macammana pula nak ada saksi.. betulke pengantin masa tu ujud.. atau cuma ada cuma bayangannya..
Kalau dakwa Allah saksi.. setiap kejadian tu memang Allah menyaksikan.. persoalannya masa dakwaan berlaku pernikahan tu.. Saksi tu Allah ke Syaitan.. Siapa antara kita pernah jumpa Allah? Betulke yang jadi Saksi tu Allah.. atau pun Syaitan yang mempengaruhi akal dan jiwa kita... Nauzubillah...

Sudah terang lagi bersuluh.. sudahlah.. jangan dipersoalkan lagi.. jangan diragukan lagi.. takut2 akidah kita lari.. boleh jatuh syirik.. Nauzubillah..
Wallahualam bil sawab

http://www.umaruddin.blogspot.com

7 Re: pernikahan secara batin on Tue Oct 27, 2009 7:41 pm

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Salam...terima kasih kak asya ngan ayahanda umaruddin...skrang br leh sya bgtau kwn sya tu..yg sebenarnya nikah batin tu salah di sisi agama Islam...Alhamdulillah terlerai dah masalah ni...terima kasih sume

8 inginkan penjelasan on Fri Aug 20, 2010 12:06 pm

aygni


Ahli Baru
Ahli Baru
Assalamualaikum rakan2 semua...

Saya ingin bertanya jika ada sesiapa yang boleh memberi pandangan...berkenaan nikah batin ini...

pernah dengar dari seorang rakan yang menyatakan nikah batin ini ketika berlangsungnya ada pengantin lelaki, pengantin perempuan, berwalikan Adam, bersaksikan Muhammad dan Jibril dan Allah yang menerima pernikahan dan maharnya pula ialah 2 kalimah syahadah. Dan ada akad ijab dan qabul...

Jadi bagai mana pula kes sebegini? Boleh sesiapa respon pada persoalan saya ni?

9 Re: pernikahan secara batin on Mon Aug 23, 2010 1:32 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
aygni wrote:Assalamualaikum rakan2 semua...

Saya ingin bertanya jika ada sesiapa yang boleh memberi pandangan...berkenaan nikah batin ini...

pernah dengar dari seorang rakan yang menyatakan nikah batin ini ketika berlangsungnya ada pengantin lelaki, pengantin perempuan, berwalikan Adam, bersaksikan Muhammad dan Jibril dan Allah yang menerima pernikahan dan maharnya pula ialah 2 kalimah syahadah. Dan ada akad ijab dan qabul...

Jadi bagai mana pula kes sebegini? Boleh sesiapa respon pada persoalan saya ni?
Assalamualaikum...
Hebat betul orang ni.. melebihi tahap para anbiya.. Sampaikan Malaikat jadi saksi.. rasa2nya Baginda Rasulullah SAW pun tak sampai malaikat Jibrail jadi saksi.. dan mengesahkan pernikahan..

Shahadatain.. sebagai mahar.. MasyaAllah tak ternilai sungguh maharnya.. selagi lagi lebih hebat dari baginda Rasulullah SAW semasa baginda menikahi Siti Aisyiah binti Abu Bakar AsSiddiq..

Fikir2kan dahalu kiasan ini.. InsyaAllah saya akan sambung lagi. Terang2 benda ni bidaah.. dan lebih menjurus menyimpang dari ugama.. boleh jatuh ajaran sesat. Adjust, Don't Judge.

WallahuAlamBilSawab


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

10 Re: pernikahan secara batin on Tue Aug 24, 2010 2:01 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum..
Untuk memeperjelaskan lagi ketidak benaran ajaran.. fahaman itu, mari kita kaji dari segi mahar.

Mahar pada dasarnya konsep meletakkan satu harta yg bernilai yg boleh digunapakai oleh pengantin perempuan sekiranya berlaku penceraian.. untuk menyambung rezeki atau menambahkan harta mereka.

Di zaman Rasulullah SAW, ada satu kes di mana mahar pihak perempuan ialah mengajar surah al-ikhlas kalau tak silap saya. Kes ini diterima kerana pada waktu itu tidak ramai yg tahu pasal ayat al-quran.. belum ramai yg memeluk islam.. pada zaman sekarang.. ada kaum kafir pun yg belum mendapat hidayat sepenuhnya hafal dan boleh terjemah surah al-ikhlas. Kes itupun kalau tak silap saya, Rasulullah benarkan untuk satu kes sahaja.. dan tak silap saya pengantin lelaki itu org yg fakir tiada harta benda langsung melainkan hafalan surah itu. Tiada kes lain melibatkan maharnya mengajar bacaaan surah mahupun mengucap.

Fikir2kan.. adakah begitu mudah untuk melaksanakan rukun munakahad.. memperistrikan orang?


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

11 Re: pernikahan secara batin on Wed Sep 01, 2010 2:36 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum....
Agak senyap aje.. harap2 jelas dengan pandangan peribadi saya.. Walaubagaimana pun perlu rujuk dgn orang yg lebih arif..


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum