Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Antara Dakwah Dan Rumahtangga

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

insyirah


Moderator
Moderator
Antara dakwah dan rumahtangga mana yang lebih utama? Smile

Kedua-duanya adalah aula, sama martabat kepentingan, wajib dilaksanakan dan perlu seiring. Tapi kalau suami tak izin, macammana ye? Kalau taat pada suami, terabai amanah Allah tapi kalau teruskan dakwah, derhaka pula pada suami.

Seandainya berlaku pertembungan pula, suami perlu isteri di sisi… isteri pula ada aktiviti dakwah yang khusus, mana perlu pilih?

Sebenarnya, ada penyelesaian kepada masalah-masalah sebegini. Tapi, sebelum berumahtangga lagi wanita yang komited pada dakwah perlu sedar calon suami yang dipilih seharusnya di kalangan pemuda yang berpegang pada fikrah Islam dan bercita-cita untuk berjihad di jalan Allah. (salah satu ciri lelaki soleh mengikut pandangan ulama).

Namun, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau ditakdirkan wanita solehah ditentukan berkahwin dengan lelaki yang tiada minat pada dakwah, masih ada jalan untuk menjayakan rumahtangga tanpa meminggirkan dakwah. Wanita solehah yang taat pada Allah wajib taat pada suami dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menguruskan rumahtangga. Keperluan suami dan anak-anak dipenuhi dengan sebaik mungkin dan tidak mengutamakan kerjaya melebihi rumahtangga.

Namun, dalam urusan dakwah, keutamaan terhadap keluarga tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan atau menjadikan dakwah pilihan kedua atau sekadar aktiviti di waktu lapang. Tapi, keredhaan suami juga sangat penting dalam setiap langkah si isteri di atas jalan dakwah. Sekiranya timbul masalah, di situlah perlunya ilmu dan kesabaran untuk menghadapi situasi yang menekan. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan korbankan salah satunya, cuba yang terbaik untuk mendapatkan keduanya. Setiap usaha dan kepayahan yang ditempuh untuk menjayakan rumahtangga dan dakwah akan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran.

Sebelum tu, kita bincangkan dulu hukum berdakwah. Dalam Islam, hukum dakwah adalah wajib syarie, tidak gugur selagi seorang muslim itu masih hidup. Maka, sebarang kecuaian tidak melakukannya adalah dosa. Status kewajipannya adalah Fardu `ain, bukan kifayah. Perkara ini dijelaskan dalam Al-Quran dan hadith.

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak kepada kebajikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah......" Ali-Imran :110

"Barang siapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), apabila ia tidak berkuasa (dengan tangan) maka dengan lidahnya (teguran atau nasihat), apabila tidak kuasa (dengan lidahnya) maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim).

"Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya" Ali-Imran ayat 104

"Sampaikanlah sesuatu daripada aku walaupun satu ayat sekalipun" (Hadith)

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat mauizah (nasihat) yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan kamu dialah sahaja yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat daripada jalannya dan dialah sahaja yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." An-Nahl ayat 125

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)". Al - Fussilat: 33

Hukum dakwah adalah wajib, taat pada suami juga wajib. Tapi perlu diingat, suami yang menegah isteri dalam melaksanakan kewajipan adalah berdosa. Menegah perkara wajib membawa kepada maksiat kepada Allah. Dari segi feqah, isteri tidak wajib meminta izin suami untuk melakukan perkara-perkara wajib. Sebagai contoh, melaksanakan puasa wajib dan menunaikan haji. Sekiranya suami tak izinkan sekalipun, kewajipan tersebut tidak gugur dan melaksanakannya tetap fardhu Ain.

Tapi dalam masalah haji, boleh wanita tersebut menunaikan haji walau tanpa izin suami dengan syarat ditemani oleh mahram yang thiqah (dipercayai). Tapi dalam bab-bab lain, seperti solat dan puasa, tidak perlu kepada sebarang syarat untuk melaksanakannya walau tanpa izin suami kerana tiada ketaatan pada perkara mungkar.

“Tiada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah, ketaatan itu hanya dalam hal yang makruf” - (Muttafaqun'alaih)

“Siapapun penguasa yang memerintah kalian kepada kemaksiatan, maka janganlah kalian mentaatinya” - (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, As-Silsilah Ash-Shahihah 2324)

“Taat kepad imam adalah kewajiban seorang muslim, selama ia tidak memerintahkan kemaksiatan. Apabila ia memerintahkan kemaksiatan maka tiada ketaatan baginya.” (As-Silsilah Ash-Shahihah 752)

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal bermaksiat kepada Al-Khaliq (Allah)” (Misykatul Mashbih dan dishahihkan Al-Albani dalam At-Tahqiq 3969)

"Siapa saja yang melepaskan diri dari ketaatan, pada hari kiamat ia akan bertemu Allah tanpa dapat mengajukan alasan. dan siapa saja yang meninggal dunia sedang dilehernya tidak ada tanda bai'at (janji setia pada Islam), maka ia mati seperti pada zaman Jahiliyah." (Hr.Muslim)

Dalam Riwayat lain dikatakan : "Siapa saja yang mati sedang ia memisahkan diri dari jamaah (fikrah Islam), sungguh ia telah mati seperti pada zaman Jahiliyah".

Jadi, telah jelas tentang kewajipan dakwah dan isteri tidak perlu keizinan suami pada perkara-perkara wajib.

Namun dalam isu menunaikan kewajipan dakwah, seorang isteri tidak perlu menjadikan dakwah sebagai alasan mengetepikan perasaan suami yang tidak ‘faham’ tentang jemaah dan dakwah. Dibimbangi rumahtangga akan retak dan suami menjadi semakin benci atau marah dengan tindakan isteri. Seandainya isteri jahil dalam memainkan peranan menyelesaikan konflik ini, pastinya rumahtangga tidak dapat mencapai nikmat kebahagiaan sebenar.

Langkah pertama yang harus diambil oleh si isteri, pastikan thabat(tetap) dengan niat untuk meneruskan dakwah walaupun suami agak liat atau tidak mengizinkan urusan dakwah dilaksanakan. Doakan supaya terbuka pintu hati suami dan diampunkan dosa atas kejahilannya tentang kewajipan dakwah.

Langkah kedua. Jangan sekali-kali melawan suami walaupun hati memberontak dengan tindakan suami yang mementingkan urusan peribadi berbanding agama. Pastikan kehendak suami dipenuhi dalam masa yang sama fikirkan kaedah untuk meneruskan dakwah. Perlu diingat, melaksanakan kewajipan tidak perlu pada keizinan suami dan taat pada suami hanya pada perkara ma’ruf. Dalam masa yang sama, hati suami sangat utama untuk dijaga. Jadikan redha suami sebagai cita-cita dalam setiap perkara. Jangan berhenti berdoa supaya suami redha malah turut serta dalam dakwah.

Langkah ketiga. Jangan sempitkan skop dakwah. Walaupun dakwah secara langsung dan berdepan dengan mad’u dan masyarakat adalah satu sunnah terbaik, masih lagi ada cabang-cabang dakwah yang boleh dilaksanakan mengikut kemampuan. Andainya suami tidak mengizinkan keluar rumah untuk aktiviti dakwah, cuba juga dengan menggunakan kaedah dakwah yang berbeza iaitu dengan dakwah bil katabah atau dakwah bil hal. Dengan kata lain, isteri masih boleh berdakwah dengan penulisan samada berbentuk risalah, atau menulis dalam blog atau email.

Kalau masih terkekang oleh suami, cuba juga dakwah bil hal iaitu dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pandangan, tingkah laku yang positif, dan kerja-kerja amal yang dilakukan. Itupun masih dalam skop berdakwah. Dakwah bil hal atau dengan tauladan ini sangat berkesan dalam mendidik anak-anak, kaum keluarga terdekat bahkan masyarakat yang berurusan dengan kita. Dalam masa yang sama, teruskan berdoa supaya Allah merahmati suami dan terbuka pintu hatinya.

Seandainya dakwah tidak dapat dilaksanakan kepada umum, pastikan roh dakwah wujud dalam rumahtangga. Mudah-mudahan dengan usaha yang istiqamah dan doa yang sungguh-sungguh, matlamat dan cita-cita dakwah akan tercapai.

Sebagai seorang muslimah, tanggungjawab dan amanah terhadap agama dan keluarga begitu besar, dan kelak akan dimintai pertanggung-jawabannya di hari akhirat.

Barakallahulaka.

Wallahua’lam. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.
Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

Post on Thu Oct 08, 2009 5:20 pm by indah

Alhamdulillah...

Kenapalah adik Insyirah ni selalu post perkara yang sangat beruguna... suka akak membacanya... Banyak perkara yang ingin dikongsikan....

Smile

Post on Thu Oct 08, 2009 5:47 pm by umaruddin

Asssalamualaikum.. Syirah terlepas pandang satu...
Kalau macam tu.. berdakwah aje dengan suami... kan asas dakwah ialah Amal Makruf Nahi Mungkar.. dan dakwahkan seelok2nya bermula dengan ahli2 terdekat.. orang sekeliling.. InsyaAllah.. dengan usaha dan doa.. Hati suami akan lebih terbuka.

Post on Fri Oct 09, 2009 9:42 am by insyirah

Assalamu'alaikum Kak Indah Smile

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua, saling ingat-mengingatkan. Terima kasih sudi membaca. Very Happy

Ayahanda Umar barangkali tak perasan pada ayat;


Kalau masih terkekang oleh suami, cuba juga dakwah bil hal iaitu dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pandangan, tingkah laku yang positif, dan kerja-kerja amal yang dilakukan. Itupun masih dalam skop berdakwah. Dakwah bil hal atau dengan tauladan ini sangat berkesan dalam mendidik anak-anak, kaum keluarga terdekat bahkan masyarakat yang berurusan dengan kita. Dalam masa yang sama, teruskan berdoa supaya Allah merahmati suami dan terbuka pintu hatinya.

Teladan yang baik kepada anak-anak, keluarga terdekat ialah tidak lain kepada anak-anak dan suami sendiri. Smile Itulah yang saya maksudkan dakwah bil hal. Embarassed Mungkin tidak menggunakan ayat langsung. Maaf.

Wallahua'lam.

Post on Sat Oct 10, 2009 5:24 am by aysarahanan

berdakwah dan rumahtangga sama-sama duk no satu...

dakwah nombor satu tapi tak bermakna rumahtangga nombor dua...

begitu juga dengan rumahtangga,rumahtangga nombor satu tak bermkna dakwah nombor dua... Smile

Post on Sat Oct 10, 2009 12:52 pm by umaruddin

insyirah wrote:Assalamu'alaikum Kak Indah Smile

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua, saling ingat-mengingatkan. Terima kasih sudi membaca. Very Happy

Ayahanda Umar barangkali tak perasan pada ayat;


Kalau masih terkekang oleh suami, cuba juga dakwah bil hal iaitu dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pandangan, tingkah laku yang positif, dan kerja-kerja amal yang dilakukan. Itupun masih dalam skop berdakwah. Dakwah bil hal atau dengan tauladan ini sangat berkesan dalam mendidik anak-anak, kaum keluarga terdekat bahkan masyarakat yang berurusan dengan kita. Dalam masa yang sama, teruskan berdoa supaya Allah merahmati suami dan terbuka pintu hatinya.

Teladan yang baik kepada anak-anak, keluarga terdekat ialah tidak lain kepada anak-anak dan suami sendiri. Smile Itulah yang saya maksudkan dakwah bil hal. Embarassed Mungkin tidak menggunakan ayat langsung. Maaf.

Wallahua'lam.
Assalamualaikum..
Faham.. dan perasan.. Very Happy
Maksud Ayahanda dalam konteks dakwah dengan suami.. Sebagai Isteri Syirah boleh gi jauh lagi.. tegur secara hemah jika perlu.. jika tak mampu.. sampaikan pada ahli keluarganya yang dia mahu dengar nasihat..
Kita nama pun Insan.. yang Pelupa.. kekadang ada benda terlepas pandang.. sebab tu Islam amat menggalakkan Amal Makruf Nahi Mungkar.. jika perlu bersuara.. tegur.. lakukan.. InsyaAllah jika niat ikhlas.. lambat laun suami akan terima.. InsyaAllah Suami sendiri akan jadi pendorong dalam fi sabilillah nanti..

Post on Sat Oct 17, 2009 9:23 am by insyirah

Assalamu'alaikum Smile

Insyirah nak tanya, macammana kita nak meng'imarah'kan sebuah rumah tangga yang mana ayahnya selalu bersikap "nafsi-nafsi" iaitu buat hal sendiri. Anak-anak hanya rapat dengan ibu dan selalu bergaduh dengan ayah sehinggakan ketiadaan si ayah adalah satu anugerah yang dinanti-nantikan. Rolling Eyes

Saya terkedu mendengar masalah ini, apabila diadjukan... Tak terkata.

Post on Sat Oct 17, 2009 11:48 am by azizul

Waalaikummussalam .

kalaui pendapat azizul la.. si ayah la yang kena main peranan sebab dia yang "meninggalkan" jadi dia kena "mengutip" kembali peran dan hak keistimewaannya...

Post on Sun Oct 18, 2009 8:34 am by umaruddin

insyirah wrote:Assalamu'alaikum Smile

Insyirah nak tanya, macammana kita nak meng'imarah'kan sebuah rumah tangga yang mana ayahnya selalu bersikap "nafsi-nafsi" iaitu buat hal sendiri. Anak-anak hanya rapat dengan ibu dan selalu bergaduh dengan ayah sehinggakan ketiadaan si ayah adalah satu anugerah yang dinanti-nantikan. Rolling Eyes

Saya terkedu mendengar masalah ini, apabila diadjukan... Tak terkata.
Asslamualaikum...
Pertama.. apa maksud sebenar.. buat hal sendiri..
Kedua.. kenapa ibu dalam bab ni Isteri bergaduh dengan suami.. Kalau sebab tak kukuh.. Isteri jatuh bab derhaka.. kalau anak2 terhasut.. tambah dosa.. dan anak2 turut syubahah..
Ketiga.. kenapa anak sampai doakan ayah tiada.. doakan yang tidak elok bukankan tidak dibenarkan dalam Islam.. nak2 lagi pada ayah..

Sebelum saya komen.. kita kena kaji sedalam2nya.. Ingat.. setiap kejadian ada sebab musababnya.. tanpa mengkaji.. kita tidak mampu beri sarananapatah lagi jatuh hukum.. melabel...

Post on Mon Oct 19, 2009 10:42 am by insyirah

Assalamu'alaikum Smile

Masalah yang diceritakan begini. Bapanya seorang yang bertitle 'Datuk'. Kalau keluar ke mana-mana pun selalunya dengan driver tanpa siapapun tahu kemana ayahnya menghilang, tahu2 dah balik rumah esoknya marah semua orang dan tanya "Kenapa tak balik kampung?" Walhal si isteri dan anak-anak tak tahu kemana ayahnya menghilang.

Masalah komunikasi yang sangat 'kronik', bahkan semasa ayahnya nak berangkat menunaikan UMRAH sekalipun, pada PAGI sebelum berangkat baru bagitau wife "nak pergi umrah ni.." Ya Allah, pagi sebelum berangkat?! Itu yang saya sendiri terkedu, masalah komunikasi yang parah (bagi saya la) hinggakan peristiwa besar macam tu pun tak dikongsikan bersama. Rolling Eyes

Dengan orang lain, ayahnya sangat murah hati memberi wang. SMS saja kata anak sakit, memerlukan kos sekian-sekian, terus bank-in tanpa usul periksa kesahihan berita tapi dengan keluarga dan anak-anak sangatla kedekut. Kalau anak-anak dan isteri holiday pun, beliau tak nak ikut. Suka ke kelab malam... Sad Urm, buatkan anak-anak sangat malu kerana ayahnya sudah tua. Rolling Eyes

Mungkin masalah ni dah berakar umbi, dah terlalu lama berlalu hingga si anak fed up lalu... Meluahkan secara drastik. Itu yang ana tak terkata, lagipun hanya mendengar sebelah pihak saja tanpa mengetahui 'hujah' dari si ayah. Rolling Eyes

Post on Mon Oct 19, 2009 11:43 pm by umaruddin

Assalamualaikum...

Pertama2.. komunikasi tu dua hala.. jika sisuami tak beritahu.. atau maklumat tak sampai.. jelas.. apa salahnya si isteri tanya.. si anak selidik.. Zaman ICT ni.. rasa2nya ramai ada handset.. tekan speed dail.. tanya khabar.. Mudahkan?

Kedua... Agak jarang orang yang permurah dengan orang luar tapi agak kedekut dengan ahli keluarga.. Ada kemungkinan si bapa dah sediakan peruntukan perbelanjaan secukupnya.. tapi dah dihabis gunakan.. kalau dah habis gunakan.. beritahu sebab apa habis.. rangka awal2.. sampaikan awal2.. jangan dah kering baru nak beritahu..

Ketiga... agak jarang seseorang yang sanggup berbelanja besar buat umrah tapi masih berfoya2 di kelab malam.. Ada yg ke kelab malam berbincang urusan perniagaan.. ada juga gi sana berdakwah.. Jgn lupa As Syahid Hassan Al-Bana selalu ke kelab malam untuk berdakwah...

Tu sebab saya selalu tekankan Adjust Don't Judge.. Siapalah kita untuk menilai.. menghukum.. kita cuma layak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.. improvise..

Wallahualam bil sawab

Post Today at 8:05 am by Sponsored content

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum