Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Peranan badan dakwah di IPT

Go to page : 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 2]

1 Peranan badan dakwah di IPT on Fri Sep 25, 2009 9:53 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Makin bertambah nampaknya slot di Al Insyirah ini..jadi saya sedang mengambil kesempatan ruangan yang disediakan..huhu.

Seperti yang kita tahu, hampir setiap IPT mempunya badan dakwahnya sendiri. Namun, saya perasan kadangkala konsep dan fungsi badan dakwah itu kurang jelas lalu kurang berkesan fungsinya. Misalnya, stu badan dakwah itu seharusnya dekat pada semua pelajar, bukan sesama para naqibah sahaja hinggakan badan ini menjadi asing dan kelihatan 'menakutkan' bagi sesetengah pelajar..
Iyelah, kerana yang menjadi naqibah dan naqib itu semuanya yang bertudung labuh, kelihatan alim2 dan ciri seumpamanya. Lalu pelajar yang tahap biasa2 ni menganggap diri mereka tidak layak bergaul bersama malah mungkin anggap hal berkaitan BADAR ini tiada kaitan dengan mereka walaupun para naqib dan naqibah itu tidaklah berniat wujudkan situasi sebegini..
Kadang2 bergaul macam biasa saja, tapi bila dalam perbualan tersebut pasal BADAR, ada sedikit diam di situ...huuu

Situasi sebegini sedikit sebanyak berlaku di kolej saya yang terletak di bandar. Jadi, penuntutnya kebanyakan tinggal di KL dan kurang pendekatan pada agama. Malah, ada sebilangan tidak bertudung..pengkid pun ada. Maknyah so far alhamdulillah..belum jumpa.huhuhu.

Jadi, sekadar mohon pandangan ahli forumers sekalian, bagaimanakah kekurangan badan dakwah ini boleh dibaiki agar fungsi badan dakwah ini lebih berkesan?

http://normyislam.blogspot.com

2 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Mon Sep 28, 2009 1:10 am

dheadz


Admin
Admin
Biar saya katakan apa yang saya rasakan boleh ye. Silalah komen yang mana perlu.

Dalam berdakwah perlu memberi dan menerima, saling berbalas pandangan. Ada yang saya lihat sebelum ini, hanya mereka yang berdakwah sahaja memberikan mesej kepada satu pihak yang didakwah. Pada saya, cara ini tidak berapa memberi kesan. Yang menerima dakwah mungkin hanya mendengar, tapi kemudiannya apa yang didengar tidak memberi kesan kepada dia.

Kedua, jangan hanya memilih orang yang sama untuk berdakwah. Jikalau dalam kelompok/kolej itu mempunyai 100 orang, cubalah untuk berdakwah kepada hampir semua yang ada kalau boleh. Jangan hanya memilih 10 orang , dan dalam dakwah yang seterusnya, hanya 10 orang ini sahaja yang menerima dakwah. Seharusnya dilebarkan dakwah kepada seramai yang mungkin.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

3 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Mon Sep 28, 2009 12:58 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Pertama2 saya bukan arif dalam bidang ni.. cuma nak kongsikan pengalaman macammana saya terangkan pasal Islam pada kaum kafir.. bangsa2 lain.. sampaikan mereka faham dan hormat dengan agama kita.. ada yang cuba mendalami pasal islam lebih lanjut..

1) Ingat pesan Rasulullah.. dalam hadith beliau yang marfumnya.. Permudahkan.. jangan kamu sukarkan.. Islam tu mudah.. mulakan dengan yang mudah dulu... paling asas.. jumpa orang beri salam.. paling kurang senyum.. kan kedua duanya tu sedekah..
2) Pegang akan Amal makruf nahi mungkar.. ajak pada yg benar elak pada mungkar.. kita ni.. bila nampak benda yang kurang elok.. tegur secara berhemah.. terangkan dalam Islam kenapa tampak dilarang.. jangan hukumkan dosa atau tidak.. Itu tugas Allah.. Kita cuma perlu sampaikan.. ikut syarak.. menjurus pada apa.. kenapa syarak tetapkan demikian.. dan apa cara alternatif untuk mereka buat kerja yang seakan tapi tidak lari dari syarak..

Cukup takat tu hari ini.. InysaAllah kalau ada rezeki saya sambungkan lagi.. ada banyak kaedah sebenarnya kalau betul2 mahu mendekati mereka.. cuma kita saja yang tak peka cari ruang.. InsyaAllah kita sama2 cari ruang itu...

http://www.umaruddin.blogspot.com

4 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Wed Sep 30, 2009 4:20 pm

azizul


Admin
Admin
Assalamualaikum ,

Dakwah dapat dilihat dalam pelbagai cara,
dapat dilaksana dalam pelbagai cara,
setiap orang melihat sesuatu dengan caranya yg tersendiri.
Mungkin orang ramai melihat "badan dakwah"
tapi ada yang melihat dari sudut kandungannya.

bukan "form" semata - mata
tetapi substance nya..

setiap org ada pelbagai cara, adakah satu cara yang sesuai untuk kesemua orang?
tidak bukan sebab itu islam itu mudah dan menyeluruh. untuk mendidik seorang anak lelaki dan anak perempuan saja dah berbeza, begitu juga utk berdakwah kepada orang ramai yang berbeza latar belakang...

bagi pendapat peribadi ana, setiap badan dakwah ada cara yang tersendiri dlm menyebarkan dakwah, mcm ana, bernasyid Very Happy heheh... mungkin ada yg takut dengan golongan2 yg kelihatan syadid jd dia mengasingkan diri, dan mncari yg lebih sesuai dengannya.
apa2pun, setiap dr kita kena faham, dakwah itu kewajiban kita...


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

5 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Fri Oct 02, 2009 10:07 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Dalam berdakwah perlu memberi dan menerima, saling berbalas pandangan. Ada yang saya lihat sebelum ini, hanya mereka yang berdakwah sahaja memberikan mesej kepada satu pihak yang didakwah.

ya, betul juga.. memang inilah yng selalu terjadi, huhuhu. Selalunya kerana ada anggapan bahawa naqib dan naqibah ni lebih tahu bab2 agama ni dan yang lain sekadar menerima apa yg disampaikan... Mungkin melbatkan golongan yang didakwah dalam pruses dakwah itu lebih berkesan, masing2 dapat manfaatnya..

tegur secara berhemah.. terangkan dalam Islam kenapa tampak dilarang.. jangan hukumkan dosa atau tidak.. Itu tugas Allah.. Kita cuma perlu sampaikan.. ikut syarak.. menjurus pada apa.. kenapa syarak tetapkan demikian.. dan apa cara alternatif untuk mereka buat kerja yang seakan tapi tidak lari dari syarak..

hehe, perihal menegur ni antara kelemahan saya.. betul2, selalu apa2 kesalahan dikaitkan dgn dosa dan pahala, seolah2 kita pula yang menghukum... Pernah terdengar satu ayat ni, "daripada menghukum dan menilai seseorang tu, fikirkanlh apa yang dah kita lakukan untuk memperbaiki orang tersebut"...

Mungkin orang ramai melihat "badan dakwah"
tapi ada yang melihat dari sudut kandungannya.

bukan "form" semata - mata
tetapi substance nya..

Setuju dengan ni.itulah, apa fungsi sesuatu badan itu lebih dilihat dan merupakan salah satu faktor penarik juga..kadangkala, orang merasa jengkel jug andai satu badan itu hanya kelihatan gh namun kurang berfungsi dan ahlinya tidak memainkan pernan..

mungkin ada yg takut dengan golongan2 yg kelihatan syadid jd dia mengasingkan diri, dan mncari yg lebih sesuai dengannya.

ehehe, saya sendiri tak nafikan ini..kdg2 nampak alim sgt, saya jadi fikir banyak kali nak tegur...hehe, masalah sayalah, bukan salah orang alim tu

http://normyislam.blogspot.com

6 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Fri Oct 02, 2009 10:18 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Kedua, jangan hanya memilih orang yang sama untuk berdakwah. Jikalau dalam kelompok/kolej itu mempunyai 100 orang, cubalah untuk berdakwah kepada hampir semua yang ada kalau boleh. Jangan hanya memilih 10 orang , dan dalam dakwah yang seterusnya, hanya 10 orang ini sahaja yang menerima dakwah. Seharusnya dilebarkan dakwah kepada seramai yang mungkin.

lupa pula, yang ni pun saya setuju.. berdasarkan pemerhatian saya, yang selalu menerima tazkirah dan usrah ialah yang hadir ke surau tiap malam.. atau yang rajin ke ceramah yang dijalankan. selalunya antara waktu maghrib dan isya'.... yang tak hadir berjemaah tak joinlah benda2 ni.. mungkin perlu cari alternatif waktu lain atu cara menggalakkkan mereka ke surau..huuu... Rasa rugi pula, sebab yang ke surau ni tk ramai sgt selalunya...
andai ada tentatif menarik baru ramai sikit.. contohny forum, sebab ahli panelnya yang teriri daripada rakan sebaya.. dan pandai menjadikn topik itu menarik untuk didengar...

p/s: jangan kata org, saya sendiri pun kadang2 x berkesempatan ke surau..huuu

http://normyislam.blogspot.com

7 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Fri Oct 02, 2009 5:07 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. tampak dah mula faham..
Kalau begitu... saya nak tambahkan sikit.. Ikut cara Rasullah, baginda bukan pergi berdakwah.. tapi cuma laksanakan cara hidupan secara biasa.. mengikut syarak.. dan tegur bila ada perkara mungkar berlaku.. Walaupun beliau tak mengajak ke situ ke sini.. tapi bila berbuatan tu ikhlas.. jadikan semua kerja sebagai ibadah... InsyaAllah secara tidak langsung semua akan terarah untuk mendekati.. Ingat fitrah manusia asal dari benda yang baik.. mereka mahu jadi baik.. dan bila ada benda baik.. mereka akan dekat.. InsyaAllah

http://www.umaruddin.blogspot.com

8 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Sun Oct 04, 2009 12:09 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
saya tertarik sekali dengan apa yg ditulis saudara umaruddin=)

jadikan semua kerja sebagai ibadah... InsyaAllah secara tidak langsung semua akan terarah untuk mendekati.. Ingat fitrah manusia asal dari benda yang baik.. mereka mahu jadi baik.. dan bila ada benda baik.. mereka akan dekat.. InsyaAllah

sahabat dalam kalangan housemate saya ada antaranya berasal dari bandar dan cara hidupnya memanglah moden, termasuk penampilan dan pakaian.. walau tidak bertudung,namun bila lama saya mengenalinya, saya dapat tahu dia punya asas ilmu agama terutama waktu kecilnya kerana datuknya merupakan orang beragama juga.. namun mungkin disebabkan cara hidup keluarganya menjadikan dia kurang mengambil berat mengenai hukum. dia juga sangat baik dan saya menyayanginya sebagai sahabat. Kadangkala rasa bersalah kerana saya merupakan salah seorang yang bertanggungjawab menggerak badan dakwah di kolej namun masih belum mampu menegur sesuatu yang 'tidak betul' yg hampir dengan saya..
Namun saya cuba juga secara perlahan.. sebagai contoh, apa saja yang dibincangkan antara ahli badar kolej saya selalu kongsikan dengan dia tak kira samada dia nak join ke tak.. sebab saya taknak dia merasakan badan dakwah itu menakutkan..huhu..

http://normyislam.blogspot.com

9 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Sun Oct 04, 2009 7:52 am

dheadz


Admin
Admin
Bagus tu Normy, sampaikan apa yang boleh kepada kawan itu. Mula-mula mungkin dia sekadar mendengar, kemudian berbalas pandangan. Lama kelamaan, dia akan dapat menerima dan insyaallah, bolehlah tunjukkan jalan padanya utuk berubah kepada yang lebih baik.

Satu yang saya rasakan perlu dalam berdakwah ni, jangan berdakwah dengan memaksa "pihak yang didakwah" untuk didakwah. Mungkin akan timbul satu sikap/pandangan negatif tentang ahli atau badan dakwah itu sendiri nanti, jika pihak yang didakwah tidak selesa dengan dakwah yang disampaikan. Itu pandangan peribadi saya.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

10 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Mon Oct 05, 2009 5:42 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum....
Alhamdulillah... tampak kian memamahi..
Oleh tu saya sampaikan satu lagi...
Rujuk pada ummul hadith mengenai Iman Islam dan Ehsan...
Dalam hadith ni.. Syarak menekankan dulu Iman.. baru Islam dan disusuli Ehsan...
Maka ikut cara yang sama.. terapkan nilai2 KeImanan dahulu... baru kita cerita pasal Islam.. disusuli Ehsan...

Ingat dalam berdai' perlu kesabaran... dan sabar tu sebahagian dari Iman... Percaya akan Qada' dan Qadar juga sebahagian dari Iman.. Tawakkal juga Iman... Jaga Kebersihan juga Iman.. terapkan tu.. InsyaAllah.. bila Iman mula bertapak.. Islam dan Ensan akan menyusuli...

http://www.umaruddin.blogspot.com

11 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Mon Oct 05, 2009 11:15 pm

azizul


Admin
Admin
Assalamualaikum, Perlu diingat, Rasulullah s.a.w tidak akan mampu mengislamkan seseorang tanpa keizinan Allah SWT. hidayah itu milik mutlak Allah S.W.T , andai usaha kita tidak tercapai, muhasabah diri sendiri, adakah cela di dalam diri ini....


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

12 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Tue Oct 06, 2009 12:59 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut yang saya catitkan di perenggan atas entri ini.

Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

13 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Tue Oct 06, 2009 8:10 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Hayati betul2 saranan tuan owner dan Insyirah.. terlalu banyak kebenarannya di situ

http://www.umaruddin.blogspot.com

14 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Fri Oct 09, 2009 3:50 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

bermakna apa yang disampaikan kak insyirah ini. Selalu saja dengar doa yang meminta agar dikurniakan taufik dan hidayah..namun belum benar2 tahu pengertiannya...huuu. Sekarang sudah tahu (^_^). Benarlah agama itu penting, dan pengisian dan pemahaman dalam agama itulah yang menjadikannya bermakna..

http://normyislam.blogspot.com

15 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Sat Oct 10, 2009 12:41 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Normy dah makin faham...
Tambahan maklumat... cuba cari pengisian nape Solah tu tiang agama.. bukan puasa.. zakat mahu pun haji... mesti ada sebab..
Cuba fahami pengisiannya.. dan berdakwah ke arah mengajak mereka bersolat.. wajib mahupun sunat..

http://www.umaruddin.blogspot.com

16 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Thu Oct 15, 2009 4:48 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
maaf, lama saya tak menjengah ke forum ni.. sangat tak berkesempatan..huuu. Bila saudara Umaruddin menyentuh berkenaan solat ni, memang sedikit kenalah kerana perkara ini sedikit sebanyak bermain dalam kepala saya sejak kebelakangan ni.. atau lebih tepat lagi, sedikit mengangggu saya..huuu.. Terus terang saya katakan, antara rakan rapat saya ada yang tak ambil berat perihal solat, selalu tinggal. Namun saya ni tak cukup kekuatan nak tegur secara direct.. Jadi, bila masa berlalu sedangkan saya tahu rakan saya belum solat, saya yg x sedap hati. Sebab kadang2 saya ingatkan sekali, tak berkesan..nak ulang banyak2 kali...alahai..lemahnya saya ni..
berbalik pada pengisian solah tu tadi, pernah saya dengar ceramah mengenai ni, antara yang diperkatakan ialah mengenai istimewa dan pentingnya perintah solat ini, perintah direct daripada Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad ketika israk dan mikraj.. Solat juga membentuk peribadi seseorang kerana solat yang sempurna mencegah perbuatan mungkar (^_^). Antara yg disampaikan dalam ceramah itu lagi ialah komunikasi secara terus seseorang manusia dengan Allah S.W.T di mana hanya mampu dicapai dalam solat.. Namun sayangnya, sukar sekali merasai komunikasi ini, andai tidak khusyuk..

http://normyislam.blogspot.com

17 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Fri Oct 16, 2009 12:26 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum dik Nor Smile

Nak mengajak orang solat ni sebenarnya tidak mudah tapi tidak susah, paling penting ialah DIRI KITA SENDIRI kerana berdakwah kalau sekadar berkata-kata tapi tidak disusuli dengan perbuatan, orang akan mencemuh je. "Pandai cakap tapi tak buat" sebaliknya kalau kita buat dan istiqamah kemudian kita nasihatkan orang insya Allah tiada sebab untuk mereka cakap begitu. Mulakan dengan diri sendiri, solat awal waktu dan berjemaah. Usahakan untuk solat jemaah.

"Saya nak solat, jom solat sama. Solat sendirian dengan jemaah, banyak bezanya. Solat jemaah gandaannya 27."

Dulu, saya sendiri selalu cakap pada adik. "Kalau ada Rm1 dengan Rm27, adik nak yang mana?" Jawapan anak kecil pastilah "rm27!" jadi... ayuh, kita solat bersama-sama Very Happy itu untuk anak kecil methodnya beza, kena guna logik akal tetapi kalau dengan yang sudah dewasa, psikologi dan rohani keduanya memainkan peranan.

good Luck. Insya Allah. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

18 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Fri Oct 16, 2009 6:22 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
betul kata kak Insyirah tu.. Usaha yang tak sungguh2 mna nak berjaya kan?...huhu. Em, jemaah tu dah ada, tapi yang joinnya sorang saja... xpe2, akan ditambah kesungguhan lepas ni, insyaAllah (^_^)..

http://normyislam.blogspot.com

19 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Fri Oct 16, 2009 7:59 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum....
Alhamdulillah.. dah mula faham dan sentuh pasal solat jemaah... agak advance dari apa yang saya rancangkan nak dikongsikan bersama.. tapi tak pe.. elok juga bincang pasal solat jemaah..

Pengisian solat jemaah.. terutama untuk kaum adam.. Kaum Adam egonya agak tinggi.. sebab tu bila solat jemaah kita mula sedar diri sikit.. Lihat masa rukuk.. ubun2 kepala kata mana? Bukankah selaras dengan punggung.. dubur.. Masa sujud?... Ubun2.. selaras dengan tapak kaki.. Aduh.. rendahnya martabat kita masa tu.. Kalau pengisian ada.. dan diterima penuh.. ego jadi rendah..
Sepekara lagi.. bila solat.. dalam saf... tiada darjat mahupun pangkat yang membezakan kita.. semua sama aje..

Bila bab disiplin lak... bila imam beri takbir.. semua ikut arahan.. tiada dahulu kemudian.. kan disiplin tinggi tu.. tapi nape masa luar.. kita sentiasa aje nak lawan ketua.. kan ada ayat quran maksudnya.. taati Allah.. Pesuruh2Nya (Para Ambiya) dan pemimpin di kalangan kamu...

Cukup takat tu pasal pengisian solat jemaah.. ada lagi sebenarnya.. Jadi cuba dakwah ajak solat jemaah.. ambil waktu yang mudah.. zohor.. maghrib.. 2 tu dulu.. InsyaAllah.. diselikan dengan pengisian.. kalau dapat terima NurHidayat.. hati lebih terbuka.. lagi senang nak berdakwah.

Baiklah.. cuba cari pengisian bacaan dan perbuatan/pergerakan dalam solat.. InsyaAllah tu pun dapat banyak membantu dalam dakwah..

http://www.umaruddin.blogspot.com

20 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Sat Oct 17, 2009 9:17 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum Smile

Nak tambah sikit Embarassed kalau kita nak mendekati orang jangan terlalu serius, dakwah ni konsepnya terbuka jangan terlalu rigid. Tak semestinya halaqah (usrah) dilakukan semuanya berbaju kurung, duduk bersila dalam bulatan dan dengar tazkirah dari naqib/naqibah (ketua usrah) tetapi boleh juga memakai t-shirt labuh dan berseluar sambil bermain bola jaring kemudian sewaktu TAKE 5 tu boleh la naqibah menerangkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kumpulan (semasa bermain) dikaitkan dalam kehidupan seharian. Dalam melakukan gerak kerja amal islami, kita mestilah bersatu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain. Very Happy

Saya tak gemar method usrah yang terlalu serius, semua khusyuk mendengar tetapi tak ada respon langsung. Macam cakap sorang-sorang je... Hehehe, yang nak bercakap pun boleh jadi bosan apatah lagi mendengar. Lagipun sangat kelihatan syok sendiri. Saya suka bercerita, bersembang (huhu) dari cerita yang santai itu lah kita lebih mudah nak dekati orang lain. Lagi satu memang kita perlu dalam jemaah tapi jangan assobiyah (terlalu taksub atau bersifat ke'aku'an dalam kumpulan). Maksudnya kalau kita dalam kumpulan usrah A, maka kita hanya bergaul dengan ahli A tanpa nak kenal-kenal dengan kumpulan usrah B sebaliknya bergaullah dengan semua dan usrah kumpulan kita tetap juga usrah (keluarga) kita. Maksud usrah itu sendiri ialah keluarga dimana kita boleh berkongsi masalah.

Kadang-kadang kita perlu mengisi slot untuk berkongsi masalah, contohnya A ada masalah dan diajukan kepada naqibah, kemudian sesi usrah berikutnya setelah selesai pengisian maka naqibah inilah yang perlu memulakan perbincangan mengenai masalah A kerana dalam usrah tiada sifat "nafsi-nafsi" sebaliknya setiap masalah akan dibincangkan bersama. Smile Itulah kemanisan dalam ukhuwah, bukan setakat nak terangkan apa itu islam, macammana nak solat, macammana nak istiqamah jemaah, luaskan skop dan jadikan ia satu yang menyeronokkan.

Masa bergaul dulu, saya ni kurang pandai bersembang dengan orang yang baru dikenali jadi kekok sangat. Tetapi saya suka melihat kerenah mereka, bila dah boleh agak orang ni pendiam, maka saya la akan berusaha mencetus supaya dia jadi cakap. Soalan pula jangan la terlalu 'skema', lebihkan santai... Smile

Dik Nor, jangan jadikan sesuatu itu MASALAH sebaliknya tukarkan kepada CABARAN Wink

Wallahua'lam.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

21 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Sat Oct 17, 2009 11:42 am

azizul


Admin
Admin
Assalamualaikum, hari ini dapat satu hadiah... dapat wifi drpd bilik sendiri, walaupun sangat....lambat... itupun maybe hari ini je.. hurm...

azizul seronok baca perbincangan tentang usrah dan jemaah ini, azizul setuju pendapat kalian, masalah utama dlm usrah ialah komunikasi, azizul baru je berpeluang "minum pagi" dengan seorg prof. yang paling azizul ingat bile dia sentuh bab pensyarah2 yang rigid dlm kelas, komunikasi yang paling bagus ialah dengan bahasa yang paling difahami,every term and jargon must be introduce slowly yet effectively ...

nak memperkenalkan "agama islam" kepada seseorg kena lihat siapa mereka.. kena kenali dahulu, dan fahami mereka...

hurm,.. mcm melalut je pagi2 ni..


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

22 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Sun Oct 18, 2009 8:27 am

umaruddin


Moderator
Moderator
insyirah wrote:Assalamu'alaikum Smile

Nak tambah sikit Embarassed kalau kita nak mendekati orang jangan terlalu serius, dakwah ni konsepnya terbuka jangan terlalu rigid. Tak semestinya halaqah (usrah) dilakukan semuanya berbaju kurung, duduk bersila dalam bulatan dan dengar tazkirah dari naqib/naqibah (ketua usrah) tetapi boleh juga memakai t-shirt labuh dan berseluar sambil bermain bola jaring kemudian sewaktu TAKE 5 tu boleh la naqibah menerangkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kumpulan (semasa bermain) dikaitkan dalam kehidupan seharian. Dalam melakukan gerak kerja amal islami, kita mestilah bersatu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain. Very Happy

Saya tak gemar method usrah yang terlalu serius, semua khusyuk mendengar tetapi tak ada respon langsung. Macam cakap sorang-sorang je... Hehehe, yang nak bercakap pun boleh jadi bosan apatah lagi mendengar. Lagipun sangat kelihatan syok sendiri. Saya suka bercerita, bersembang (huhu) dari cerita yang santai itu lah kita lebih mudah nak dekati orang lain. Lagi satu memang kita perlu dalam jemaah tapi jangan assobiyah (terlalu taksub atau bersifat ke'aku'an dalam kumpulan). Maksudnya kalau kita dalam kumpulan usrah A, maka kita hanya bergaul dengan ahli A tanpa nak kenal-kenal dengan kumpulan usrah B sebaliknya bergaullah dengan semua dan usrah kumpulan kita tetap juga usrah (keluarga) kita. Maksud usrah itu sendiri ialah keluarga dimana kita boleh berkongsi masalah.

Kadang-kadang kita perlu mengisi slot untuk berkongsi masalah, contohnya A ada masalah dan diajukan kepada naqibah, kemudian sesi usrah berikutnya setelah selesai pengisian maka naqibah inilah yang perlu memulakan perbincangan mengenai masalah A kerana dalam usrah tiada sifat "nafsi-nafsi" sebaliknya setiap masalah akan dibincangkan bersama. Smile Itulah kemanisan dalam ukhuwah, bukan setakat nak terangkan apa itu islam, macammana nak solat, macammana nak istiqamah jemaah, luaskan skop dan jadikan ia satu yang menyeronokkan.

Masa bergaul dulu, saya ni kurang pandai bersembang dengan orang yang baru dikenali jadi kekok sangat. Tetapi saya suka melihat kerenah mereka, bila dah boleh agak orang ni pendiam, maka saya la akan berusaha mencetus supaya dia jadi cakap. Soalan pula jangan la terlalu 'skema', lebihkan santai... Smile

Dik Nor, jangan jadikan sesuatu itu MASALAH sebaliknya tukarkan kepada CABARAN Wink

Wallahua'lam.
Assalamualaikum...
Cara ni le paderi2 dapat mengkristiankan ramai pribumi sabah satu ketika dulu..
Seperti yang ditekankan sebelumni.. Islam sebenarnya mudah.. Ikut Hadith Rasulullah SAW.. kita kena permudahkan.. Islam juga AdDin ilmu.. jadi masa berdakwah... menyampaikan ... selit juga apa yang tersirat dan tersurat..
Jangan kita asyik tekankan Islam larang itu.. Haram.. Makruh... Wajib... tapi kita terlepas pandang yang dalam Islam Terlalu banyak yang sunnat.. dan harus..
Manusia terutama yang belum kukuh iman.. bila dengar haram.. makruh.. wajib... makin dia jauh dari ugama suci kita.. kan ke mudah kalau kita guna kaedah... 'Tahu tak.. yang anda buat tadi sunnat.. dalam Islam kita digalakkan buat macam tu... Cuma kalau niat lillahi ta'ala.. baca Bismillah... dapat pahala'...
Kalau sehari dia dengar lebih dari 5 perkara positif.. yg dilakukan tu sunnah.. Yg Islam tu sebenarnya teramat mudah diamalkan.. Islam tu selari dengan fitrah.. tabii manusia.. InsyaAllah.. mereka akan cuba mendalami lagi ugama suci kita.
Kaedah yg sama juga saya gunakan pada rakan2 dan student2 kafir.. Alhamdulillah rata2 makin hormat dan memahami Islam..

http://www.umaruddin.blogspot.com

23 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Sun Oct 18, 2009 3:34 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
seronok baca komen2 yang bermacam2 ni..huhuhu. Sukalah baca ayat ni:

. kan ke mudah kalau kita guna kaedah... 'Tahu tak.. yang anda buat tadi sunnat.. dalam Islam kita digalakkan buat macam tu..
.

Dalam kalangan kawan2, memang banyak rakan saya yang saya sangat kagumi. Hati bersih, kuat beribadah, murah hati... memang saya respect..hehe. Hati2 ni seolah2 tak dicemari. Berkenaan method usrah tadi, alhamdulillah saya perhatikan kaedah yang dilaksanakan senior kami sebelum ni hampir sama dengan apa yang dikatakan kak Insyirah itu, dan saya suka. Akak2 usrah sangat sporting. Usrah pun tak dibuat di surau, tapi di meja2 tepi jalan...hehe, tempat bersantai.
Em, memandangkan saya ni punya kelemahan dalan menegur perkara yang terang2ngan salah..huuu.. jadi saya buat cara lain yang saya tak tahulah berkesan atau tak.. Di board depan meja study saya saya tampalkan hadis2 berkaitan pentingnya solat dan mesej seumpama tu... err, sebab rumah kami ni kecil saja, jadi ulang alik sana sini akan lalu belakang meja study saya..huhu. Xpelah, kalau orang lain x dapat manfaat peringatan tu, sekurang2 saya boleh dapat manfaatnya...huhu, mengingatkan diri sendiri.

p/s:maaflah kalau saya lama x dapat menjenguk thread ni dan luangkan lebih masa kerana agak sibuk dengan aktiviti dan peperiksaan..huuu..

http://normyislam.blogspot.com

24 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Mon Oct 19, 2009 11:33 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum... Normy... salah baca kot... yg punya saranan tu saya punya... Very Happy
Tak perlu ilmu begitu mendalam sebelum mula dakwah... ingat wasiat Baginda Rasulullah semasa haji widak ... pada yang ada... sampaikan pada yang tiada.. Ada yang menafsirkan yg ada tu.. ada ilmu.. sampaikan pada yg belum berilmu..
Ingat juga pesanan... sampaikanlah kamu walau sepotong ayat... Macammana nak sampaikan.. satu ayat boleh ke? Tapi.. kalau difikir2kan...
'Elok'... 'Teruskan'...'Elakkan'....'Jangan'.... Banyak lagi.. bukankah itu satu ayat..
Ingat.. kalau nak berdai' bukan susah.. cuma perlu kena gaya..

http://www.umaruddin.blogspot.com

25 Re: Peranan badan dakwah di IPT on Tue Oct 20, 2009 1:28 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
hehe... maaf atas kekeliruan 'quote' di atas. (^_^)

http://normyislam.blogspot.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 2]

Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum