Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Kehebatan diri melalui Pergaulan

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Kehebatan diri melalui Pergaulan on Fri Sep 11, 2009 2:03 am

aisya_maira


Ahli Baru
Ahli Baru
Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:
1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu- individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

http://www.roslieza.webs.com

2 Re: Kehebatan diri melalui Pergaulan on Fri Sep 25, 2009 9:23 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Tertarik dengan ayat terakhir ini..huhuhu

Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

Bila baca ni, saya teringat juga satu ayat iaitu manusia tidak akan selalu ingat apa yang orang lain katakan padanya, tetapi akan ingat apa yang orang lain itu buat hatinya rasa...atau tersentuh. Kadangkala kita memikirkan kenapa sikap kita tidak begitu disenangi. Salahnya di sini ialah kita memikirkan salah orang lain yang tidak menyenangi kita, bukannya sikap dan kesalahan kita yang menyebabkan terjadinya keadaan seperti itu.

http://normyislam.blogspot.com

3 Re: Kehebatan diri melalui Pergaulan on Wed Sep 30, 2009 12:30 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
aisya_maira wrote:


3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.


Teringat pada seorang kawan semasa di matrikulasi... dia sangat senang untuk senyum dan akan menjawab segala pertanyaan dengan senyuman terlebih dahulu...

memanh unik.. tapi...ramai yang berkawan dengan dia... sebab sejuk hati bila bercakap atau berkawan dengan kawan saya ni... x pernah sekali pun tengok dia marah... dan dia juga pendian orangnya... banyak pahal dia dapat... sekurang-kirangnya orang begini.. kurang dosa mengumpat2 tu.. kan...

http://www.shindah.blogspot.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum